Resipi Nasi Arab Sedap Tanpa Rempah Guna Rempah Homemade Je Sedap Sangat
Menjelang hujung minggu, pasti mak-mak sudah pun bersedia dengan menu istimewa untuk anak-anak dan keluarga. Apa menu istimewa anda? Apa kata sediakan nasi arab tanpa rempah khas ini untuk anak-anak.
Tidak menggunakan rempah khas sebaliknya hanya menggunakan rempah homemade sahaja dan hasilnya cukup sedap. Jom cuba resipi perkongsian Shedo Priorita ini.
Nasi arab tanpa rempah guna rempah homemade je. Sedap sangat. Resepi dari group ni jugak dan ada saya olah sedikit mengikut cara saya.
Bahan untuk rebusan ayam & sup & nasi:
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
Daun salam 3 helai
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
Kiub ayam
Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye. Masuk je macam tu dan sangai kering dahulu.
Banyakkan kuah sebab nak guna masak untuk nasi dan lebihkan sukatan bahan kalau buat banyak. Resepi saya untuk 3 orang makan.
Bahan nasi:
Tumis bawang besar setengah biji -mayang*
3 sekawan*
2 sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cwn beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
Garam
Tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yang siap dicuci. Tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi.
Sambal Arab:
Cili api & cili merah
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend+jus lemon)
Salatoh
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Saya tambah epal hijau. Sedap
Garam & Gula
Satukan semua perah lemon.
Bahan Ayam:
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Setengah sudu jintan manis dan putih
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
Pewarna oren
Perap ayam seketika & bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 15-20mnit ) atau guna air fryer je.
Menarik: Perapan Ayam Goreng Viral Serap Rasa Sampai Ke Isi, Garing Di Luar, Juicy Di Dalam
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Nasi Arab Sedap Tanpa Rempah, Guna Rempah Homemade Je, Sedap Sangat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-nasi-arab-sedap-tanpa-rempah-guna-rempah-homemade-je-sedap-sangat/