Resipi Mudah Nasi Ayam Penyet
Resipi Mudah Nasi Ayam Penyet. Dah lama tak berkongsi resipi kat sini. Semenjak tinggal bertiga ni, jarang masak, kalau masak pun yang simple simple saja. Semalam en hubby rasa nak makan nasi ayam penyet. Akak dah mula masuk ofis sekarang ni, jadinya dialah yang kelentang kelentung di dapur dengan anak-anak. Dapat tengok gambar saja, dah petang balik kerja baru sempat merasa.
Resipi Mudah Nasi Ayam PenyetApa sahaja air tangan en suami @ ChefZul kami ni memang tak pernah mengecewakan. Lepas tu akak tak lupa untuk ambil resipi untuk kongsikan di sini. Mudah saja. Nasi Ayam Penyet ni ada pelbagai versi cara penyediaannya. Cara kami simple saja. Bahagian nasi, kami guna nasi putih biasa sahaja.
Cara Penyediaan Ayam :Ayam pilihan kami, ayam saiz sederhana, terus minta potong kepada 4 bahagian
Tumis sedikit bawah merah dan putih serta halia, rebuskan ayam tadiNak lebih berperisa, masukkan satu potong kiub ayamCampakkan sedikit daun supRebus ayam tak perlu lama, agak-agak masak saja sebab nanti nak goreng pulaSejukkan ayam, kemudian lumurkan dengan garam kunyit, salutkan dengan tepungBiarkan sekejap, panaskan minyak dan bolehlah digoreng
Cara Penyediaan sambal :Bahan-bahan yang diperlukan : cili padi, cili merah, beberapa ulas bawang merah dan putih, tomato, sedikit belacan bakar , gula melaka, garam secukup rasa dan sedikit perahan limau (bagi yang suka masam-masam)Akak tak bagi sukatan bahan sebab terpulang pada korang yang lebih pedas atau tidak. Tomato digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dan jadikan sambal lebih moist
Mula-mula korang goreng cili dan bawang sampai layu
Kemudian kisarkan semua bahan tadi kecuali gula, garam, air limauKisar jangan terlalu halusLebihan minyak masa menggoreng bawang/cili tadi, korang panaskan dan bolehlah masak sambal yang dah siap dikisarBarulah masukkan gula melaka, garam dan perahan limau. Masukkan ikut sesedap rasa korang yer
Cara Penyediaan Bahan Sampingan :Bahan sampingan yang akak guna di sini ialah tempe, tauhu serta sayuran seperti salad, timun dan tomatoPotong tempe dan tauhu - jangan kecil, biasanya sekeping tempe potong tiga atau duaSama juga dengan tauhu - potong dua atau tigaAmbil sedikit serbuk kunyit, sedikit tepung beras, sedikit tepung jagung dan sedikit garamBancuh kesemuanya jangan terlalu cair - buat macam tepung goreng pisangCelupkan tempe dan tauhu, kemudian gorengBoleh juga campurkan sedikit serbu jintanHiriskan timun dan tomato
Dah siap semua, bolehlah hias, hidang dan makan. Mudah kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2022/06/resipi-mudah-nasi-ayam-penyet.html