Resipi Kerabu Maggi Thai Sedap Dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila


Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Mudah, Penting Rasanya Pedas Gila -  Kalau ke Thailand, macam-macam jenis makanan ada, syurga makanan katanya dan salah satu makanan yang digemari ialah Kerabu Maggi. Nad belum berkesempatan lagi ke Thailand, sebab tu bila ada festival makanan Thai, nad mesti pergi semata nak membeli kerabu maggi tu. Wajib ye, sebab rasanya yang pedas masam gitu. Sekarang ni masakan Thailand makin digemari oleh rakyat Malaysia terutama resepi kerabu maggi

Selera tekak masyarakat Thailand dengan Malaysia tak jauh beza. Semuanya suka makan makanan yang pedas-pedas. Lagipun kerabu maggi ni nak buatnya bukan macam maggi biasa, ada la bahan-bahan dia yang membuatkan rasa tu pedas dan sedap. Baru la menyangkut dengan selera kan. Kalau pedas tu pula mesti tahap kaw sebab lagi umphh rasanya


Kerabu Maggi nad beli di Pesta Makanan Thai di Lotus Ampang
Kerabu Maggi Thai Sedap
Selalunya, kalau dekat Malaysia, kerabu ni kita buat dengan sayuran, seperti kerabu pegaga, kerabu pucuk paku, kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu kaki ayam, kerabu ikan bilis, eh banyak lagi la jensi-jenis kerabu ni. Thailand pulak, kerabu maggi. 
Kalau dah nama pun kerabu mesti ada rasa pedas, ada rasa masam, manis, rasa sedap dari seafood atau daging. Ada rasa rangup-rangup dari sayur atau ulam yg kita masukkan. Memang syiok betul makan kerabu maggi ni

Kerabu maggi merupakan suatu makanan yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai jenis sayuran, makanan laut dan juga maggi yang digaulkan sekali. Malah, cara penyediaannya juga sangat mudah dan menyelerakan. Sekali cuba pasti nak lagi. Memang puas hati kalau makan masakan ni sebab semua rasa ada dan seimbang jer. 
Masih ingat lagi bila pertama kali saya makan juadah ni. Waktu tu suami yang ajak pergi. Pertama kali datang ke pesta makana Thai, tengok diaorang buat dalam mangkuk besar tu. Laju je diaorang buat, kacau-kacau, masukkan bahan, dah siap. Waktu tu terfikir, apalah rasanya, sedap ke tak. Bila dah makan, memang teringat-ingat. Memang kena dengan selera nad yang suka makan pedas. 
Tak hairan kalau hari ni resepi kerabu maggi makin digemari dan disukai oleh semua lapisan umur rakyat Malaysia. Juadah ini bila-bila masa yang kita suka pun kita boleh makan. Bagi yang tak suka makan seafood atau alergik dengan seafood, korang boleh jer tukar seafood dengan ayam atau fishball
Ikut citarasa masing -masing. 
Bahan dan Cara Utama Membuat Kerabu Maggi ThaiGuna Maggi Siam
Nak buat Kerabu Maggi, nad tengok, orang Thai ni menggunakan maggi siam yang plastiknya berwarna merah. Boleh je cari dekat Shopee atau mana-mana.

Memasak Menggunakan Kaedah Celur
Apa yang nad tengok masa pergi pesta makanan Thai, semua maggi dan bahan-bahan sayuran, sotong, udang mereka menggunakan kaedah celur atau celup dalam air panas. Jadi lembut semua apabila dimakan

Bila dah siap celur baru la digaul hingga sebati dalam magkuk besar tu. 
Tengah menaip pun duk telan air liur juga..hahaa. teringat rasanya yang pedas dan masam tu. Mau lepas tulis entry kene buat sendiri ni..haha. Nak jimat kos dari membeli kat luar. Yela, harga Kerabu Maggi ni pun boleh tahan mahalnya. RM8 ke atas macam tu. Jadi, buat jela resipi sendiri ikut resipi nad kongsikan ni

Resepi Kerabu Maggi Sedap dan MudahBahan-bahan:- 2 paket maggi siam Serda- Sotong, udang bebola ikan dan ‘seafood’ lain
- Limau nipis- Daun ketumbar- Bawang besar- Cili- Sos ikan- Gula kabung/gula- Pes cili thai- carrot hiris panjang2-kubis dihiris halus-2 biji tomato dipotong daduCara penyediaan:1) Panaskan air di dalam periuk. Bila air dah mendidih, celur atau rebus maggi dan lauk pauk. Angkat dan toskan seketika. 2) Pastikan anda menyimpan air yang diguna untuk rebus/celur maggi untuk dijadikan sebagai kuah
3) Sediakan mangkuk sederhana. Masukkan perencah maggi bersama bahan dihiris kemudian gaul biar sebati
4) Tambahkan dengan 1 sudu sos Ikan5) Masukkan juga setengah sudu Thai Chili Paste6) Tambah setengah sudu Gula Kabung Thai, boleh juga guna gula biasa. Kacau sebati
7) Kemudian, masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan kacau sebati
8) Akhir sekali, masukkan maggi yang dah direbus tadi dan tambahkan dengan bawang besar, cili padi dan seafood.Masukkan perahan air limau nipis
9) Gaul semua bahan tadi hingga betul-betul sebati. Angkat dan hidangkan

Resepi ini diakui sangat simple dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu memasak. Orang bujang pun boleh cuba untuk memasaknya dirumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua

Jangan lupa kongsikan resepi ini untuk kenalan rapat, kaum keluarga dan insan yang tersayang yer. Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/08/resipi-kerabu-maggi-thai-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Pisang Bakar Terpaling Mudah Dan Sedap

Roti Pisang Bakar Terpaling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 229 hits
Tiba tiba macam lapar Nak makan apa ye Ada roti ada pisang Ting Muncul idea nak buat roti pisang bakar Ke roti bakar pisang Mana manalah kan janji ada bunyi roti pisang dan dibakar Sapukan butter atas bawah roti letakkan dalam pan Susunkan ...
Cara Masak Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Cara Masak Mi Maggi Cepat Dimasak Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 186 hits
Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan Tagline mi segera yang tak boleh disangkal lagi kesedapannya Tiba tiba tengah malam rasa teringin nak makan mi maggi kari Nasib baiklah ada stok dalam kabinet Kalau tidak kempunan Pernah sekali tu tering...
Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap

Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 298 hits
Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap Jus Avocado merupakan salah satu minuman yang segar mengenyangkan Dan penuh nutrisi Baru aku tahu rasanya macam mana Seumur hidup tak pernah try makan buah Avocado ni Rasanya berlemak lemak gitu Dan ...
13 Resipi Kuih Kaswi Gedik Viral Pelbagai Perisa Sukatan Cawan Yang Mudah

13 Resipi Kuih Kaswi Gedik Viral Pelbagai Perisa Sukatan Cawan Yang Mudah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 493 hits
Tak sangka kuih kaswi tiba tiba jadi viral Yang viral tiba tiba tu pula kuih kaswi pandan yang diberi nama kaswi pandan gedik Gedik tu sebab kuih kaswi tu kenyal dan lembut Goyang sikit je dah bergedik kuih kaswinya pun Selain itu ada pelba...
Resipi Kerabu Sayur

Resipi Kerabu Sayur

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 344 hits
Beberapa minggu lepas MY hantarkan suami ke pejabat kami yang terletak di Taman Universiti Skudai Sebabnya kereta suami masuk bengkel Dalam seminggu jugakla MY tolong hantarkan ke pejabat Dah sampai Taman U Wajiblah belanja bini dia ni sara...
Baby Pun Boleh Makan Nasi Goreng Kampung Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Ikut

Baby Pun Boleh Makan Nasi Goreng Kampung Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Ikut

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 173 hits
Sebagai ibu salah satu fasa yang membuatkan kita teruja adalah ketika menyediakan makanan untuk anak tersayang Lagi lagi bila mereka dah mula belajar makan banyak resipi yang kita cuba untuk pastikan anak kenyang dan mendapat khasiat yang s...
Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 386 hits
Assalamualaikum apa khabar semua Harap anda semua sihat sihat sahaja Sejak beberapa hari ini mendapat khabaran rakan rakan yang tidak sihat yang disahkan mengidap kanser ada pulak bekas rakan sekerja yang masih muda yang telah meninggal dun...
Jagalah Hafalan Al Qur An Karena Ia Mudah Hilang

Jagalah Hafalan Al Qur An Karena Ia Mudah Hilang

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 187 hits
Jagalah hafalan Al Qur an karena hafalan tersebut mudah lepas atau hilang Penting sekali banyak mengulanginya
Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja Suami Ini Kongsi Cara Mudah Buat Isteri Rasa Bahagia

Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja Suami Ini Kongsi Cara Mudah Buat Isteri Rasa Bahagia

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 322 hits
Sudah menjadi lumrah wanita memang suka membeli belah Tidak semestinya shopping untuk diri sendiri tetapi kebanyakan isteri lebih teruja membelikan sesuatu buat suami dan anak anaknya Kadang kadang tak sedar pun tak ada reward untuk dirinya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah