Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap
Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap!|| Jus Avocado merupakan salah satu minuman yang segar, mengenyangkan Dan penuh nutrisi.. Baru aku tahu rasanya macam mana. Seumur hidup, tak pernah try makan buah Avocado ni. Rasanya berlemak lemak gitu, Dan tak Manis pun tapi aku takleh makan atau minum kosong semata mata. Kena bercampur dengan bahan lain, baru boleh telan semua. Hehe..
Buah Avocado yang turut dikenali sebagai buah mentega atau alligator pear berpotensi sebagai pencegah kanser, membantu dalam penghadaman Dan bermacam macam lagi kebaikan di dalamnya. Jika diamalkan selalu, pasti tubuh kita sihat sihat Dan penuh dengan Nutrisi. Aku beli haritu avocado bersaiz besar berbanding saiz biasa yang dijumpai. Memang ngam! Baru guna half je buah, Dan boleh memenuhkan satu gelas! Tapi kalau ikut resipi, umpama macam aku beli sebiji avocado bersaiz medium tu la ye.
1. Isi Kandungan dalam Buah Avocado1.1.Vitamin B6 dan Asid folikIni dapat membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
1.2 Vitamin EIni membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat
1.3 PotasiumBeberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dan terkawal) boleh membantu dalam pengurangan tekanan darah, iaitu salah satu faktor kepada masalah jantung, strok serta kegagalan buah pinggang berfungsi.
1.4 Asid oleik- asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) Asid oleik terbukti dapat mengurangkan kadar keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kepada mereka yang mempunyai gen pembawa kanser. Kalau nak tahu, Asid Oleic ni juga terdapat di dalam minyak zaitun ✅
1.5 Bahan antioksida yang tinggi seperti Lutein dan ZeaxanthinIni yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan mata.
Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang kebiasaannya dialami oleh orang tua!
⏩ Bahan-Bahan Membuat Jus Avocado Milo Tabur
Sebiji buah avocado3 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar gula Kiub ais2 cawan airMilo (2/3 sudu cawan besar- Mengikut kehendak masing masing)
Apa pun, bergantung pada tahap kemanisan yang korang nak. Sesungguhnya buah ni dah cukup berkhasiat serta Nutrisi tanpa bahan berlemak yang lain. Kita menambah bahan untuk menyedapkannya je. Ada orang campurkan dengan madu Dan Susu cair. Aku saja ler nak yang manis manis lebih.. Haha..
Cara-Cara Membuat Jus Avocado Milo Tabur1. Buang biji Avocado yang berada di tengah tengah.
2. Korek semua isinya Dan masukkan ke dalam bekas makanan atau ke dalam blender terus
3. Blend isi Avocado bersama sama susu Manis, Ais, Dan Air
4. Taburkan Milo di bahagian atas
SIAP! Kalau tak nak letak Milo, it's okay..Just minum jus Avocado camtu jela. Yang pasti, time panas panas minum, sedap uit
Makan bersama kek batik yang kubuat sendiri.. Turut mengandungi Milo jugak tuh 😄 Kenyang lama! Hehe..
Kelebihan Buah Avocado1. Membantu Menyihatkan Jantung2. Mengurangkan Berat Badan Berlebihan3. Membantu Badan Menyerap Nutrisi dengan Secukupnya4. Menghilangkan Nafas Berbau Kurang Menyenangkan5. Menurunkan Kadar Gula dalam Darah6. Melawaskan Pembuangan Air Besar7. Mencantikkan Kulit Dan Anti Penuaan
Apa lagi? Jomlah beli buah Avocado! Banyak jugak resipi lain berasaskan buah Avocado ni ek! Untunglah kalau dapat khasiat Dan manfaat Daripada buah ni!! Kena makan selalu Nampaknya! Kan!
Notakaki: Nak buat smoothie Avocado lah lepasni 😃
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/08/resipi-jus-avocado-milo-tabur-yang-sedap.html