Resipi Kerabu Sayur




Beberapa minggu lepas, MY hantarkan suami ke pejabat kami yang terletak di Taman Universiti, Skudai.Sebabnya, kereta suami masuk bengkel. Dalam seminggu jugakla MY tolong hantarkan ke pejabat.Dah sampai Taman U,Wajiblah belanja bini dia ni sarapan dulu.Jadi kami bersarapan di Gerai Pasar Awam Taman Universiti.Lepas siap sarapan,MY pun masuk dalam pasar cari sayur.
Dah beli sayur sayur sekalian,Petang tu harusla kena masak sayurnya.Kalau tak masak,Esok lusa kecut la sayurnya 

RESEPI KERABU SAYURBahan bahan:*1 biji bawang besar*2 biji bawang merah*3 ulas bawang putih*sejemput ikan bilis. (Dalam 10 ekor)*3 tangkai cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)*1 inci isi cekur (kalau takde, tak payah letak)garam dan gula secukup rasasuku biji kelapa parut3 - 4 tangkai kacang panjang1 ikat ulam raja1 ikat ulam pegaga2 genggam taugeh 
Cara cara membuat urap sayur:-
1. Kisar bahan bahan bertanda *. Bawang, bawang putih, cili , ikan bilis dan cekur. Cekur ni ada juga orang panggil ia sebagai kencur. Ambil isinya kisar tau, bukan daunnya.
2. Patah-patahkan kacang panjang. Celur dalam air dengan sedikit garam sehingga lembut.
3. Basuh sayur ulam pegaga dan ulam raja. Potong dalam ukuran satu inci. Toskan.
4. Bersihkan taugeh. Buang ekor kalau rajin. Basuh dan toskan juga. Kita taknak kerabu tu terlalu berair. Jadi air dari basuhan sayur kena betul betul ditoskan.
5. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Minyak sikit aje tau. Buat tak lekat kuali aje la kiranya. Jangan la sampai berladung ladung macam nak goreng pisang. 
6. Masukkan garam, gula serta penambah perisa jika perlu. Tapi letak garam aje pun dah sedap dah.
7. Jatuhkan kelapa dan kacau kelapa hingga sebati dengan bumbu.
8. Masukkan sayur sayuran.
9. Kacau hingga sebati. Tak payah gaul lama lama sangat. Agak dah rata je dah boleh matikan api. Siapp.

Waktu blender, jangan letak banyak sangat air.Lambat masak.Tapi kalau tak letak air,tak berpusing pulak blendernya.adeh.. nak kena beli food processor Philips Amway ke ni?Ke termomix ?
Walaupun tak letak air,lepas letak kelapa akan jadi berair juga.So gaul gaul la atas api tu supaya kelapanya jadi kering sikit.Jangan kering sangat pulak,Bukan nak buat kerisik
Masukkan sayur kacang dulu. Gaul rata.
Lepas tu baru masukkan sayur mentah ni.Yang ni takleh lama lama atas api. Tak sedap
Dah siap...Panas panas tu angkat isi dalam bekas lain.Jangan tinggal dalam kuali panas tu pula.Nanti lecur habis dan kecut habis semua sayur tu.Kalau kari lainlah.
Kejap cakap urap, kejap tulis kerabu.Dua dua pun sama je kut.Ada la beza sikit sikit.Urap kena ada bau bau cekur sikit,Kerabu tak payah cekur.Yang penting ada kelapa parut.
dah berminggu minggu duduk dalam folder draft,Hari ni baru timbul kerajinan menyudahkan.Kalau tak,hmm...Ke laut, ke langit perginya kerajinan.Kalau ada sisa sisa kerajinan, lepas ni kita schedule lagi satu entry,Lepas tu blogwalking barang satu ke dua kilo..Harapla tali kerajinan tu tak terlepas lagi...Aminnn...


 
@dianafisa81 jadilah buatlah kawan nasi dengan ikan goreng hari ni
♬ Belum Siap Kehilangan - Fahimi Rahmat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/07/resipi-kerabu-sayur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kerabu Maggi Thai Sedap Dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila

Resipi Kerabu Maggi Thai Sedap Dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 287 hits
Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Mudah Penting Rasanya Pedas Gila Kalau ke Thailand macam macam jenis makanan ada syurga makanan katanya dan salah satu makanan yang digemari ialah Kerabu Maggi Nad belum berkesempatan lagi ke Thailand seba...
Kisah Nasi Kerabu Dan Perangai Seseorang

Kisah Nasi Kerabu Dan Perangai Seseorang

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum Kat SSM kan setiap Jumaat ada flea market kan ada jual nasi campur nasi kerabu dan nasi arab ada macam macam sebenarnya kali ni SA beli Nasi Kerabu lauk daging bukan daging bakar tapi macam daging goreng kunyit ye tapi sedap...
Kari Ayam Sayur Kubis Goreng Kicap

Kari Ayam Sayur Kubis Goreng Kicap

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini 30 Julai ada lagi dua hari hari bekerja bagi bulan Julai 2023 Rekod kehadiran sepanjang bulan Julai belum ada lagi yang Sk hadir lewat Bukan keluar awal dari biasa pun sama aje Kadang keluar rumah paling lewat pu...
Mudahnya Nak Dapatkan Kulit Cantik Guna Sayur Ni Je

Mudahnya Nak Dapatkan Kulit Cantik Guna Sayur Ni Je

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 242 hits
Ada orang suka guna bahan alami je untuk cantik Tak kiralah buah atau sayur Syaratnya kena rajin je Kan Salah satu sayur yang popular yang selalu orang guna adalah tomato Memang tak dinafikan sayur yang satu ni mempunyai banyak manfaatnya u...
Kacang Botor Sayur Murah Banyak Khasiat

Kacang Botor Sayur Murah Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 323 hits
Sayur kacang botor agak mudah di temui di pasar pasar dan kedai runcit berdekatan kita antara sayur yang murah dan banyak khasiat Sayuran ini juga mudah tumbuh jika di tanam di kawasan rumah kadang kala campak sahaja benih tanpa penjagaan t...
Makan Di Kedai Nasi Kerabu Cikgu Siti

Makan Di Kedai Nasi Kerabu Cikgu Siti

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 439 hits
Assalamualaikum WBTLEPAS beli baru tahu bahawa kedainya tu dibuka dari pagi hingga petang Jadi memang dah berhasrat la bila bila nanti bolehlah makan kat sini Berkat zikir selalu macam pesanan rakan rakan bloggers akhirnya sampai jugaklah k...
Resipi Kuih Talam Tokyo

Resipi Kuih Talam Tokyo

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 362 hits
RESIPI KUIH TALAM TOKYOBahan untuk lapisan bawah300 gram sagu kecil warna putih60g suhun100g kelapa parut putih100 mililiter santan pekat300ml air1 sudu kecil garamCara penyediaan 1 Cuci sagu sebentar rendam selama 30 minit dan toskan 2 Ren...
Resipi Salted Donut Peach Viral Ini Baru Betul Donut

Resipi Salted Donut Peach Viral Ini Baru Betul Donut

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 313 hits
Sebelum ni ada yang keliru dengan donut peach viral Donut ke buah peach Sebenarnya buah peach bentuk donut yang viral Tak pasal pasal saya into the scene juga membeli dan merasa tu Harga bukan kaleng kaleng Sebab tu dipanggil buah kayangan ...
Ini Baru Betul Resipi Donut Peach Bukan Buah Tapi Donut Lembut Gebu Siap Ada Inti

Ini Baru Betul Resipi Donut Peach Bukan Buah Tapi Donut Lembut Gebu Siap Ada Inti

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 217 hits
Baru Baru ini viral Donut Peach sampai harganya agak kayangan tapi rupanya adalah buah bukan sejenis donut Tapi ini baru la betul2 Peach DonutBerpuluh kali ganda sedappp Lembut gebu siap ada inti Terasa lemak2 masin dan manis2 gula Ni Resep...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee