Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar


Sebut sahaja mengenai restoran Nasi Kandar, pasti terbayang-bayang keenakan Kari Mamak dan aneka lauk pauknya yang lain. Sangat padu. Masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Hidangan Kari Ayam Mamak pun jangan dilupa. Padu… Namun, di musim pandemik ini, ada kalanya buat kita terkenang-kenang sahaja. Nak keluar, aduh gerunnya. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu istimewa ini secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nadiah Hashim & bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KARI AYAM MAMAK YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam
1 biji tomato – hiris
4 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
1 sudu makan garam masala – jika ada. Jika tiada, abaikan – beli online disini
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Kicap manis secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS:
8 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 inci halia – tumbuk halus
1 batang serai – tumbuk hancur hingga nampak empulur
Cili api jika suka
Rempah 4 sekawan
Daun kari
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak. Nak tambah minyak sapi pun boleh. Tumis bawang merah hingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain.
2. Masukkan hirisan tomato. Tumis lagi hingga tomato lembik.
3. Seterusnya masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan juga garam masala. Jika tiada garam masala, abaikan. Tumis sampai sebati sambal lenyek-lenyekkan tomato.
4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.

5. Seterusnya masukkan ayam. Boleh juga guna ikan, daging, sotong, ketam atau udang. Kacau sampai sebati.

6. Masukkan 1 cawan air. Perasakan dengan garam, aji dan gula ikut cita rasa masing-masing. Tambahkan juga kicap manis secukupnya. Jika mahukan tekstur lebih berkrim, boleh tambah 2-4 sudu makan yogurt.

7. Masak ayam guna api sederhana dan pastikan selalu dikacau. Jangan guna api terlalu besar.
8. Kari Ayam Mamak siap untuk dihidang. Kepekatan kuah bergantung selera masing-masing. Boleh pekat dan boleh juga cair.

9. Untuk rasa lebih enak, tambahkan cili besar, bendi, telur rebus atau rebung ikut selera. Kuah bila lagi perangat, lagi sedap!
INFO: resipi ini sesuai untuk 6 ketul ayam / 6 potong ikan/1/2 kg daging @sotong @ketam @udang.
Jika mahu rasa lebih sedap, Kari Ayam boleh dimasak sehari sebelum. Lagi diperangat, lagi padu rasanya.
Kredit resipi & foto: Nadiah Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti Goreng Sardin. Resipi Mudah Je Tapi Sangat Sedap
Ikan Celup Tepung Rangup. Resipi Paling Mudah Untuk Minum Petang
Resipi Yong Tau Foo Homemade Sedap Macam Dekat Pasar Malam
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/06/resipi-kari-mamak-sedap-ala-restoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 365 hits
Bila disebut kari mungkin kita sudah biasa Namun bila menggabungkan dua menu dalam satu resipi terfikir fikir bagaimana gabungan rasa masakan ini Rupanya ia adalah gabungan rempah yang rasanya hampir sama Nak tahu macam mana rasa Ayam Kari ...
Resipi Nasi Goreng Kerabu Terlajak Sedap

Resipi Nasi Goreng Kerabu Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 457 hits
Nasi Goreng Kerabu resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Bahan bahan yang digunakan tidak sukar diperolehi malah boleh guna apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk Sesuai sangat dijadikan menu m...
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 371 hits
Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih ni memang sedap Hidangan sebegini biasanya dinikmati di restoran Namun kalau nak masak sendiri di rumah apa salahnya Tak susah pun malah bahan bahannya juga mudah didapati Saudari Liza Idris ada kongsika...
Resipi Nasi Arab Terlajak Sedap Guna Bahan Mudah Dapat Nak Buat Pun Senang

Resipi Nasi Arab Terlajak Sedap Guna Bahan Mudah Dapat Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 365 hits
Bosan dengan aneka lauk pauk yang sarat apa kata kita simpan tenaga untuk sediakan menu yang mudah tapi cukup istimewa pada anak anak dan suami Resipi Nasi Arab mudah ini mama wajib cuba Bahan ringkas dan mudah didapati Nak buat pun cukup s...
Resipi Pizza Homemade Sedap Tanpa Perlu Uli Tepung

Resipi Pizza Homemade Sedap Tanpa Perlu Uli Tepung

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 215 hits
Pizza homemade resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni nampak sangat sedap Hanya guna roti sandwic dan beberapa bahan bahan mudah yang lain sahaja Memang jimat Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak anak sempena PKP ni Boleh dijadikan saj...
Resipi Nasi Daging Kurma Adabi Menu Jimat Masa Tumis Dan Biar Sampai Masak Je

Resipi Nasi Daging Kurma Adabi Menu Jimat Masa Tumis Dan Biar Sampai Masak Je

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 345 hits
Resipi yang mudah dan ringkas sememangnya amat membantu kita ketika musim PKP ini Mana tidaknya dengan hanya menyediakan menu mudah dapatlah menjimatkan masa masa untuk fokus kepada kelas online anak dan kerja kerja lain dirumah Bukan sekad...
Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 373 hits
Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Bila work form home hari harilah masak sejak setahun yang lalu Bila dah hari hari masak barulah rasa macam mana surirumah yang lain rasa walaupun masak hari hari Rasa apa Rasa tak tahu nak masak apa dan ras...
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 379 hits
Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya Tak ada ketuhar di rumah Ha sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerluk...
Resipi Ayam Geprek Mudah Dan Sedap

Resipi Ayam Geprek Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 235 hits
Di hari cuti atau hujung minggu bolehlah kita mencuba resipi ayam geprek ini untuk makan tengah hari Resipi ayam geprek ini tidak memerlukan banyak bahan yang sukar amat sesuai juga untuk yang bergelar suami mencuba resipi ini Resipi Ayam G...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life