Resipi Jeruk Buah Bambangan Buah Khas Dari Borneo


Resipi Jeruk Buah Bambangan, Buah Khas Dari Borneo
Umum mengetahui bahawa jeruk merupakan salah satu kaedah pengawetan makanan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Bukan itu sahaja, proses penjerukan juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat buah-buahan atau sayur-sayuran dengan lebih lama.
Selain itu, jeruk juga menghasilkan rasa yang sangat unik dan menarik dengan gabungan rasa masam, manis atau masin.
Ia juga berfungsi sebagai pelengkap hidangan ataupun pembuka selera. Malah, kepelbagaian variasi jeruk yang ada juga mencerminkan kreativiti orang kita dalam memanfaatkan hasil alam serta menyesuaikan dengan cita rasa tempatan.
Biasanya, kita sering mendengar nama-nama jeruk buah-buahan seperti jeruk mangga, jeruk anggur, jeruk kedondong dan macam-macam lagi.
Namun, bagi masyarakat negeri Sabah, buah bambangan sering menjadi salah satu buah yang ikonik bagi mereka. Oleh sebab itu, ada yang turut menghasilkan jeruk dengan menggunakan buah ini.
Salah seorang pengguna Facebook, Chef Malvin Gatu ada berkongsi cara pembuatan jeruk bambangan. Menurutnya, cara pembuatan yang dikongsi itu merupakan cara yang sama diajar oleh orang zaman dahulu kepada ibunya.
Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Bahan-bahan Buah bambangan Garam BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat Cara penyediaan Mula-mula, cuci bersih buah bambangan tersebut dan lap permukaan kulitnya sehingga betul-betul kering bagi mengelakkan kotoran yang melekat pada kulit terkena pada bahagian isi buah tersebut.
Seterusnya, kupas nipis kulit buah tersebut dan jangan biarkan ia mengena pada bahagian isi. Ini kerana lapisan luar buah tersebut diperlukan bagi proses penghasilan jeruk ini.
Selepas selesai kupas, lap buah tersebut sehingga bersih dan potong buah tersebut kepada potongan kiub kecil.
Kemudian, buka biji buah tersebut dan ambil bahagian dalaman biji tersebut. Cuci dan bersihkan biji tersebut dan potong kepada potongan yang kecil.
Anda juga boleh kisarkan biji tersebut dengan menggunakan mesin pemproses makanan. Pastikan biji tersebut tidak dikisar terlalu hancur.
Selepas itu, anda boleh campurkan biji buah bambangan yang telah dikisar tadi bersama dengan isi buah bambangan dan masukkan juga garam.
Ulas Chef Malvin lagi, mengikut resipi turun temurun yang diajar oleh ibunya itu, nisbah garam dan biji bambangan mestilah 2:1.
Maksudnya, jika dua cawan biji bambangan kisar digunakan, anda perlu masukkan satu cawan garam. Namun, sekiranya anda takut jeruk anda masin, anda boleh kurangkan jumlah garam tersebut.
Selepas itu, campurkan dan gaulkan kesemua sekali sehingga rata. Selepas semuanya merata, anda boleh simpan jeruk tersebut ke dalam balang atau bekas.
Ingat, pastikan udara atau angin betul-betul keluar sewaktu anda masukkan ia ke dalam bekas. Pastikan juga anda isi buah bambangan tadi sehingga ia padat.
Jeruk bambangan anda siap untuk dihidang.
Anda juga boleh menikmati terus jeruk bambangan tersebut. Namun, jika jeruk tersebut diperam terlebih dahulu selama satu ke dua hari, ia pasti akan lebih sedap.
BACA: Resipi Cireng, Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat Jadi, jangan lupa untuk cuba resipi ini. Untuk mengetahui cara penyediaan yang lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: Chef Malvin Gatu 
The post Resipi Jeruk Buah Bambangan, Buah Khas Dari Borneo appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/20/resipi-jeruk-buah-bambangan-buah-khas-dari-borneo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 208 hits
Donut kampung memang ada tarikannya yang tersendiri Donut versi basic dan disalut gula tetapi teksturnya lembut dan gebu membuatkan sekali makan memang rasa tak puas Bagi puan puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa dinikmati masa z...
Buah Jambu Batu Tut

Buah Jambu Batu Tut

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 84 hits
Setelah 3 tahun dialihkan ke raised bed bulat tepi pagar pokok jambu batu tut ini semakin membesar dengan baik Selalu berbunga berputik dan berbuah terus menerus sepanjang tahun Saiz buahnya bergantung kepada penjagaan terutama pemberian ba...
Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 154 hits
nbsp Gambar ni kak ana ambil di pasaraya NSK baru baru ni sewaktu kak ana shopping barang dapur Nampak pelik sangat buah atau sayur entah lah kak ana tak pasti Di usia separuh abad ni lah pertama kali kak ana jumpa nbsp Depa letak di ruang ...
Hiburan Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

Hiburan Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 137 hits
Pelakon popular berkongsi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya selepas mendedahkan dirinya disahkan menghidap renal cell carcinoma atau kanser sel buah pinggang tahap satu Menerusi satu hantaran di platform Threads Zara atau nama len...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

Tsunami 2004 Dan Banjir Besar 2025 Di Indonesia

Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

Lirik Lagu Jendela Hafsah Syah Inteam