Resipi Fettuccine Green Fusion Dengan Produk Ready To Cook Anggun Chef
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsi tentang satu produk Ready-To-Cook by Anggun Chef kalau korang ada perasan. Tak pun kalau korang ada ikuti Facebook dan Instagram Maha share pasal semua produk ni bukan saja-saja tau. Tapi sebab memang Maha menggunakan produk-produk ni kerana ia sangat memudahkan kerja memasak kat dapur
Ada 9 pes masakan yang dihasilkan oleh Anggun Chef by Anggun Fusion ni. Semua pes tersebut seperti Vegetarian Green Curry, Asam Pedas, Rendang Peanut Butter, Seafood Sauce, Sour & Spicy, Beef Rendang, Satay Sauce, Sambal Dip dan Chilli Crab. Semua produk ni korang boleh beli secara online kat halalfoodmaster.com atau datang sendiri kat kafe mereka Anggun Fusion di Komplek MITEC Jalan Dutamas Kuala Lumpur.
Hari tu Maha dah pergi makan sana dah bawa pulang empat jenis pes yang istimewa mereka. Salah satunya adalah pes Vegetarian Green Curry. Selalu kalau green kari ni mesti ingat nak masak ayam atau dagingkan. Tapi kali ni Maha nak bawa kelainan dengan memasak campur elemen timur dan barat. Kalau korang nak cuba jom kita tengok resipi yang Maha nak kongsikan ini ok
Resipi ini Maha namakan sebagai Fettuccine Green Fusion. Bahan-bahan yang digunakan adalah :-
3 sudu masak Vegetarian Green Curry by Anggun Chef150ml Cooking Cream1 sudu kecil Lada Hitam1 cup Cheddar Cheese
3 biji Cendawan Butang1 genggam Fettuccine1 sudu Minyak MasakAir kosong
Cara-cara nak memasak resipi ini sangat mudah main campak jer. Korang tonton video ni sampai habis ok.
Air kosong dan juga minyak masak tu Maha guna untuk masak fettuccine sehingga separuh lembut. Sebab nanti korang akan masak lagi dalam kuah tu jadi kat situ ia akan melembutkan fettuccine tu. Juga sedikit tip kalau masak spaghetti ker atau fettuccine ni jangan kacau terlalu kerap ia akan hancur. Ingat pes yang Maha gunakan ini adalah vegetarian jadi tak ada masaukkan apa-apa daging dalamnya.
Cuma korang kalau rasa nak tambah garam atau perasa sikit bolehlah sebab pes ini pun dah cukup. Maha tak gunakan minyak masak sebab dalam pes tu dah ada minyak yang cukup untuk dimasak. Maha suka guna pes produk dari Anggun Chef ini sebab ia adalah produk tempatan dan juga pastinya Halal. Korang kena dapatkan cuba sendiri mana-mana pes yang korang suka ok sangat mudah. Selamat mencuba semua kalau dah cuba nanti komen sini ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/02/resipi-fettuccine-green-fusion-dengan-produk-anggun-chef.html