Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk
Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk.
Siapa sahaja yang tidak menginginkan kulit wajah yang bersih tanpa parut dan bekas jerawat kan?
Jom kita baca tips-tips dan langkah mudah di bawah untuk hilangkan parut dan bekas jerawat pada muka
1. Lemon
Fungsi lemon adalah sebagai peluntur semula jadi dan sangat berkesan untuk hilangkan kesan parut.
Potong buah lemon kepada dua. Sapu pada parut sambil picit sedikit demi sedikit sehingga keluar jusnya.
Untuk dapatkan kesan yang lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali dalam tempoh 15 hari
2. Kiub Ais
Ambil kiub ais dan letakkan pada parut sekerap mungkin.
3. Daun Aloe Vera
Mengikut cara tradisional, potong daun aloe vera dan picit sehingga keluar cairannya. Sapu pada parut dan bekas jerawat dengan lembut
Pada zaman ini, jika ingin cara yang lebih mudah, guna sahaja krim aloe vera yang original dan sapu krim tersebut dengan sekerap mungkin
4. Madu
Pastikan guna madu yang asli. Ambil dan sapu pada parut sambil diurut perlahan-lahan. Biarkan kering dan baru dibilas
5. Kentang
Hiriskan kentang mentah. Sapu pada bahagian wajah yang mempunyai parut
6. Minyak kelapa
Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa agar parut mudah dan cepat hilang.
7. Minyak zaitun
Titiskan dengan amaun yang sedikit minyak zaitun pada jari, sapu pada parut. Jadikan ini sebagai rutin anda setiap hari untuk dapatkan kesan segera
8. Timun
Hiriskan timun dan sapu jusnya pada parut (seperti menggunakan kentang)
9. Tomato
Hiris tomato dan tekap pada parut
10. Kulit kayu manis
Tumbuk hingga lumat dan bancuhkan serbuk yang telah lumat tadi dengan bedak sejuk. Tuangkan sedikit air. Apabila sudah sebati, sapu rata pada bahagian parut itu. Buat secara kerap sehingga parut beransur hilang.
11. Asam jawa
Goreng asam jawa tanpa minyak selama lebih kurang 5 minit. Selepas itu, ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuknya. Setelah serbuk keluar, titiskan sedikit sahaja air (jangan terlalu cair) dan sapu pada parut.Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur
Ikuti juga tips-tips berikut untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih
1. Rajin Cuci Muka
Sel-sel kulit mati akan tertanggal dan digantikan oleh kulit yang baru. Bukan itu sahaja, lapisan kulit yang berbiktik-bintik hitam juga akan terhakis sedikit demi sedikit
2. Guna Pelembab Muka
Anda perlu memakai pelembab muka biarpun kulit jenis berminyak kerana kulit anda memerlukan pelembab yang mengandungi nutrisi dan mencegah regenerasi serta mengawal kulit kusam. Oleh itu, pilihlah pelembab yang sesuai dengan kulit wajah anda
3. Guna Bedak ‘Oil Free’
Pilih bedak yang ‘oil free’ atau tanpa minyak supaya kulit yang berjerawat boleh bernafas dan tidak menimbulkan bintik-bintik hitam
4. Guna Produk SPF Tinggi
Pilihlah untuk menggunakan barangan kosmetik yang memiliki perlindungan sinaran matahari, SPF >20 untuk melindungi kulit daripada pengaruh sinaran matahari dan mengurangkan bekas-bekas jerawat.
5. Ambil Makanan Bervitamin Dan Berprotein
Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Bagi mempercepat regenerasi sel, makanlah makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kulit cepat diganti maka kulit yang mempunyai bekas-bekas jerawat akan segera hilang.
Amalkanlah tips-tips di atas untuk mendapatkan hasil yang membanggakan!
Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiastream.com/2017/06/cara-hilangkan-parut-dan-bekas-jerawa.html