Resipi Donat Lembut Gebu Macam Span Begini Caranya Mudah


Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.
Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!

Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.
DONAT GEBU MACAM SPAN
Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.
Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super

Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.

Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
*Satukan kedua-dua gula dan kacau rata, letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Artikel berkaitan: Resipi Donat Ball Mudah, Cukup Lembut & Gebu, Bulat-Bulay Comel, Senang Anak Makan
Resipi Donat Kampung Gebu Gebas, Paling Mudah & Ringkas, 6 Bahan Saja
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Donat Lembut & Gebu Macam Span, Begini Caranya, Mudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-donat-lembut-gebu-macam-span-begini-caranya-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembut Gebu Resipi Apam Nasi Paling Mudah Nak Cuba Confirm Menjadi

Lembut Gebu Resipi Apam Nasi Paling Mudah Nak Cuba Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 292 hits
Apam nasi sememangnya sering menjadi pilihan untuk sajian keluarga Mana tidaknya bukan sahaja kita dewasa dapat menikmatinya anak anak pun cukup sukakan apam dek kerana strukturnya lembut dan gebu Buat anak senang nak makan Nak tarik perhat...
Uli Guna Tangan Begini Cara Buat Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu

Uli Guna Tangan Begini Cara Buat Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 334 hits
Sedapnya Roti Paung Terengganu ni Dapat pula makan panas panas bersama secawan teh atau kopi panas nikmat tak terkata Ada yang nak cuba buat Roti Paung ni Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan cara caranya Uli pun guna tangan je namun ha...
Resipi Kek Apam Karamel Kukus Lembut Gebu Memang Sedap

Resipi Kek Apam Karamel Kukus Lembut Gebu Memang Sedap

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 407 hits
Bagi penggemar kek resipi Kek Apam Karamel perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang mudah dan sedap yang boleh cuba buat sendiri di rumah Tidak perlu ketuhar pun Hanya perlukan periuk kukusan sahaja untuk menghasilkan kek yang ...
10 Resipi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Mudah Disediakan

10 Resipi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 761 hits
10 Resipi Minuman Berbuka Puasa Sedap Dan Mudah Disediakan Berikut adalah 10 resipi mudah disediakan di dapur anda dan sedap sebagai minuman berbuka puasa Gais korang dah ready nak sambut Ramadhan Sebelum tu semak dulu kalau ada puasa yang ...
Sotong Masak Lemak Serai Resipi Yang Mudah Tapi Sedap

Sotong Masak Lemak Serai Resipi Yang Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 298 hits
Hidangan yang ringkas dan mudah untuk dimasak tetapi rasanya sedap tiada tandingan Kalau nak sotong kekal sedap berjus sotong tu jangan dimasak lama nanti liat pulak Ini dia resipi sotong masak lemak serai yang dikongsi oleh Chinta Damia Se...
Nak Nangis Rasa Sedap Sangat Resipi Buko Panda Rasa Macam Ice Cream Berasal Dari Filipina

Nak Nangis Rasa Sedap Sangat Resipi Buko Panda Rasa Macam Ice Cream Berasal Dari Filipina

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 556 hits
Buko pandan merupakan pencuci mulut terkenal yang berasal dari Filiphia dan biasanya disajikan di majlis majlis tradisi mereka Buko pandan bermaksud kelapa muda dan daun pandan Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan warna hijau asli dar...
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 431 hits
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut l Assalamualaikum Sejak ada oven baru dekat rumah ni bukan main semangat Ana nak mem baking Penat macam mana pun bila datang mood nak baking memang tak tangguh Terus m...
Tanpa Garam Gula Resipi Ni Paling Mudah Sedap Untuk Anak Tak Makan Sayur

Tanpa Garam Gula Resipi Ni Paling Mudah Sedap Untuk Anak Tak Makan Sayur

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 424 hits
Tercari cari menu sarapan pagi atau minum petang untuk anak Jangan susahkan diri mencuba menu sukar tetapi tidak menyihatkan buat anak Cuba resipi gabungan sayur dan keju ni pada anak Resipinya ringkas tetapi kaya dengan taburan sayuran dan...
Resipi Biskut Makmur Gebu Ikut Sukatan Cawan

Resipi Biskut Makmur Gebu Ikut Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 476 hits
Biskut makmur cara Ummi ni mudah saja sukat guna cawan dan guna minyak sapi Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut Bahan bahan 3 cawan tepung gandum1 cawan gulaSusu tepung every day 2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias