Resipi Cucur Mudah Untuk Hidangan Minum Petang


Menu aneka cucur yang mudah dibuat untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar, cicah pula dengan sos atau kuah kacang, memang sedap.
 
CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:
400gm tepung naik sendiri – beli online di sini
150ml air
100gm filemen ketam @ crabstick | dihancurkan
3 tangkai kucai | dipotong kecil
1 biji cili merah | dicincang halus – beli online di sini
1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online di sini
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
 
CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum – beli online di sini
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
300gm udang kecil
2 biji bawang besar dihiris
1 ikat kucai | dihiris
¼ biji lobak merah | dihiris nipis – beli online di sini
1 putih telur
¼ sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
4. Balikkan cucur dan goreng hingga masak. Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
 
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING

BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis – beli online di sini
8 tangkai cili kering
½ cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan. Hidangkan panas dengan sos pilihan.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
 
CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji ubi kentang | dihiris kecil
1 biji bawang besar | dimayang
1 biji telur
2 batang sosej | dihiris nipis
1 cawan air sejuk
1 batang lobak merah | dihiris halus
Sedikit daun kucai | dihiris
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
 
CUCUR UDANG MAK TUN

BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm tauge
150gm daun bawang | potong kecil
150gm bawang besar | hiris
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit
2 biji telur
Udang | buang kulit
Lobak merah | optional
Cili merah | optional
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati.
2. Biarkan batter (adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
NOTA:
Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Garang #daporchefgarang
 
CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS)

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang | kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup atau daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili (chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 
Resipi Mudah Tumis Petola Dengan Bebola Ikan, 10 Minit Dah Siap!

Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya 

Resipi Mudah Buat Apam Paddlepop Gebu, Mesti Anak-Anak Suka 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 



The post Resipi Cucur Mudah Untuk Hidangan Minum Petang  appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/03/resipi-cucur-mudah-untuk-hidangan-minum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Pulut Panggang Inti Ikan Sajian Enak Sesuai Untuk Minum Petang

Resipi Pulut Panggang Inti Ikan Sajian Enak Sesuai Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 307 hits
Pulut Panggang Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas panas memang sedap Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas memang kombinasi yang terbaik Pernah rasa Pulut Panggang versi dan Pasti terbayang bayang ke...
Resipi Mudah Buat Apam Pandan Coklat Gebu Lembut

Resipi Mudah Buat Apam Pandan Coklat Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 200 hits
Kuih apam antara yang senang untuk dibuat dan cepat siap Resipi apam pandan coklat ini memang berbaloi untuk dicuba Resipi yang dikongsi Fatin Bakery ini dikukus dengan menggunakan api sederhana selama 10 minit sahaja APAM PANDAN COKLAT GEB...
5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat

5 Resipi Kuih Apam Yang Sangat Mudah Untuk Dibuat

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 211 hits
Tak tahu nak makan apa untuk juadah petang Bosan dah kena asyik menggoreng saja Nah apa kata kita buat hidangan yang kukus sahaja Sihat dan senang Ini antara resipi resipi kuih apam homemade yang sedap dan anda boleh cuba Pasti puas hati AP...
5 Cara Mudah Supaya Minum Air Masak Secukupnya Sila Praktik

5 Cara Mudah Supaya Minum Air Masak Secukupnya Sila Praktik

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 238 hits
Minum air masak secukupnya sangat penting Ini adalah kerana air merupakan komposisi utama dalam tubuh manusia 60 peratus daripada berat badan manusia dikatakan adalah air iaitu kira kira 40 liter Air juga memainkan peranan penting terutama ...
Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

Mudah Simple Sedap Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 251 hits
Enaknya jika dapat menikmati Kuih Cakoi Goreng panas panas di waktu begini Rangup diluar gebu dan lembut di dalam Memang tak puas dimakan Bagi yang suka rasa manis boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard pun boleh Memang nikmat...
Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

Resipi Lasagna Roti Daging Berkeju Mudah Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 155 hits
Bagi penggemar sajian Lasagna resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba Bahan bahannya mudah sahaja Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak ...
3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 219 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam ...
Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

Gaul Gaul Dah Siap Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 198 hits
Resipi Kerabu Ikan Bilis perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap Janji bahan semua ada hiris halus goreng gaul rata dan perasakan sahaja Dah boleh hidang...
Owhh Mudah

Owhh Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 128 hits
Itukah alasannya untuk Muda langgar kerusi Keadilan di Larkin Muda tiada perjanjian dengan Keadilan cuma dengan Dap dan Amanah saja Jadi di kerusi2 Muda bertanding nanti tidak perlulah jentera2 dan pengundi2 Keadilan sokong kamu Begitu Kamu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco