Resipi Ban Manis Dengan Krim Roti Bajet Letak Penuh Penuh Sedapnya
Bagi penggemar roti ban, roti dengan inti krim yang penuh sememangnya membuatkan suapan ke mulut terasa lebih bermakna. Apa lagi bila inti krimnya merupakan krim yang lemak, manis dan cukup lengkap rasanya.
Inti krim homemade yang dikongsikan oleh Fierah Zulaikha ini sememangnya lain daripada yang lain. Bukan hanya berkongsi resipi inti krim pelbagai rasa bahkan turut dikongsikan dengan roti ban manis yang terlihat cukup lembut dan gebu. Hujung minggu ini apa kata anda mencuba resipi roti yang satu ini. Nampak cukup sedap!
Saya kongsikan resepi krim roti bajet. Mudah jimat. Resepi ban manis di bawah.
Bahan-bahan:
500gm marjerin pelangi atau puteri
200gm gula halus -blender halus
Sedikit esen vanila
Untuk perisa -boleh guna emulco
Untuk coklat -saya guna emulco coklat
Jagung -saya guna emulco, kordial jagung dan esen jagung
Putar marjerin dan gula hingga putih dan kembang sedikit.
Resepi Ban Manis (Resipi untuk 500g):
Telur ikut suka nak letak pun boleh, tak nak pun tak ada masalah.
Sesuai untuk semua jenis ban roti, donut, pizza.
500g tepung roti
90g gula halus
7g garam halus
28g shortening
30g marjerin
8g yis
3g magic improver
266 ml air sejuk
(Air sukatan anggaran sahaja) jadi letak air sikit-sikit ikut kelembutan doh masing-masing)
Campurkan semua bahan kecuali yis dan air sejuk.
Putar sebati. Masukkan air sejuk dan adun.
Kemudian last masukkan yis dan adun hingga elastik.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
Anak-anak Mama dah start merangkak laju?
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat!
The post Resipi Ban Manis Dengan Krim Roti Bajet, Letak Penuh-Penuh, Sedapnya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-ban-manis-dengan-krim-roti-bajet-letak-penuh-penuh-sedapnya/