Resipi Ampap Ikan Basung
Resipi Ampap Ikan Basung | Kali ni aku kongsikan pula resepi ikan basung masak ampap. Makanan ni popular di kalangan penduduk Sabah, kalau nda familiar dengan resepi ni bukan orang Sabah tu kono. Kidding. Tapi aku rasa ikan ampap ni lebih terkenal dekat kawasan Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. Tempat lain aku sendiri nda sure sebab lain tempat lain dia punya makanan yang popular, mungkin ada juga tapi namanya mungkin lain.
FYI, resepi ni based on aku punya resepi sendiri. Bahannya slightly different but basically ianya tetap sama. Sebelum ni aku pernah kongsikan Resepi Ikan Basung Rebus Kuning which is kalau dekat Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan nama ikan singgang. Sebenarnya lama sudah aku mau kongsikan resepi ni tapi disebabkan mood memasak aku kelaut so kali ni baru dapat kongsi. 2020 ni memang jarang ba kono aku masak entah sampai ka tidak 10 kali lol teruknya lahaiii 😂😂
Bahan-bahan (bahan utamanya sama seperti ikan rebus kuning tu iaitu ikan basung) ;
Ikan basung a.k.a ikan sardine1-2 cawan/gelas kecil air putih
Tomato (boleh juga digantikan dengan asam keping/gelugur)HaliaBawang merahBawang putihLada putih / cili apiSerbuk kunyit (kunyit hidup lagi better dan sedap)Serai
Daun bawang, bunga kantan (optional untuk menggantikan daun kunyit)
Cara-cara;
Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, cili api, kunyi hidup dan ketepikan.
Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan ikan, bahan tumbuk, tomato dan serai yang telah diketuk. Jika menggunakan lada putih dan daun kunyit masukkan juga sekali.
Masukkan perasa dan tutup periuk. Perlahankan api dan biar selama 5 - 10 minit.
Selepas itu masukkan daun bawang dan bunga kantan, biarkan 1-2 minit sehingga masak dan siap!
Gambar diatas tu adalah antara bahan yang aku guna kecuali sawi tu hehe. Sebelah kanan adalah daun bawang yang aku guna, orang Kota Belud biasa sebut daun ganda ja. Nda pasti kalau ada nama lain selain daun bawang / daun ganda.
Tips untuk masak ikan ampap
Suka aku mau ingatkan lagi sikit airnya lagi sedap hasilnya. Boleh juga kalau mau simpan kuah atau lebihkan kuahnya tapi basically ikan ampap ni adalah ikan yang dimasak dengan sedikit air ataupun tanpa kuah. Air tu hanya untuk bagi dia masak ja. So lagi sikit air lagi pekat dan sedap rasanya!Kalau mau ada kuah boleh ja lebihkan air tapi nanti bila ikannya sudah masak dan sudah masukkan semua bahan, rasa pun sudah okay..kau kurangkan ja kuahnya (asingkan letak dalam bekas lain). Nanti masa mau makan hidanglah sekali.Gunakan kunyit hidup dan letak daun kunyi. Ini untuk bagi aromanya lagi menyelerakan, rasa pun lagi sedap.Lebihkan sikit garam supaya tahan lama (2-3 hari) dan cili api. Kalau aku memang suka makan pedas so memang banyaklah cili api atau lada putih yang aku guna.
*biasa kalau masak ikan ampap ni nda perlu potong pun ikannya tapi aku potong sebab periuk aku kecil comel ja haha biasalah kalau orang bujang ni, makan pun sorang-sorang so masaknya pun sikit-sikit tu pasal periuknya kecil, lagi senang 😄
Kalau tidak tahu apa itu ikan basung atau ikan sardine boleh rujuk dekat entri Ikan Basung Rebus Kuning tu. Di sana aku ada selitkan sekali gambar ikannya. Ikan basung tu antara ikan yang selalu kau akan jumpa dimana-mana sebab ikan tu memang popular di Sabah ni, plus harga pun standard tapi biasanya harga sekilo hanya sekitar RM6 - RM13. Kalau memang masa tu ngam-ngam musim ikan basung nahh..RM4 sekilo pun ada.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2020/12/resipi-ampap-ikan-basung.html