Anak Ikan Hidup Mewah Layan Wanita Kaya


Memiliki wang ratusan ribu ringgit dan sebuah pangsapuri mewah bernilai RM400,000 di kawasan metropolitan elit di ibu negara. Itulah kemewahan hidup yang dikecapi pemuda bergelar ‘anak ikan’ hasil melayan nafsu golongan ‘mak datin’ dan wanita-wanita kaya yang dahagakan kasih sayang.
Anak ikan LOKMAN (bukan nama sebenar), 24, tidak pernah menyangka keputusannya menerima tawaran kerja di salah sebuah agensi perbankan di Kuala Lumpur telah merubah seluruh hidupnya.
Daripada seorang anak muda yang hidup sederhana, kini dia yang berasal dari utara tanah air, dilimpahi dengan kemewahan yang dia sendiri tidak pernah bayangkan selama ini.
Sebagai anak muda yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti swasta, rasa teruja dan semangat Lokman untuk memasuki alam pekerjaan begitu meluap-luap.
Bukan tidak pernah berfikir untuk mencari kerja di tempat kelahirannya dan pada masa yang sama menjaga ibu yang tinggal berseorangan setelah kematian ayahnya tiga tahun lepas, tetapi memikirkan peluang yang datang sekali seumur hidup menyebabkan Lokman nekad berpindah ke kota besar.
Wajah tampan dengan bentuk badan tinggi lampai persis seorang model ternyata bonus untuk Lokman apabila dia bukan sahaja terkenal dan menjadi kegilaan remaja perempuan di kampungnya, malah turut menjadi perhatian pekerja-pekerja wanita di tempat kerjanya.
Ketampanan itu jugalah yang telah menjerumuskan ke kancah hidup tidak bermoral sebagai ‘gigolo’ atau istilah anak muda sekarang jadi ‘anak ikan’ pada wanita-wanita kaya semata-mata untuk hidup mewah.
“Sebagai akauntan di bank saya kerap bertemu dengan pelanggan bagi menguruskan hal berkaitan kewangan mereka.
“Pada masa sama saya juga menawarkan khidmat perunding kewangan secara sambilan bagi mencari duit tambahan memandangkan gaji yang diperoleh tidaklah setinggi mana. Lebih-lebih lagi apabila sebahagiannya perlu dihantar ke kampung.
“Ramai daripada pelanggan saya adalah wanita. Selalunya urusan dilakukan di luar waktu pejabat sama ada di restoran atau rumah-rumah kelab.
“Kadangkala perbincangan meleret daripada soal kewangan membawa kepada hal-hal peribadi.
“Rata-rata wanita ini walaupun duit bukan jadi masalah tetapi hidup mereka sunyi tanpa teman kerana mungkin suami masing-masing sibuk.
“Jadi mereka berasa selesa dan gembira apabila ada orang yang bersedia meluangkan masa mendengar luahan mereka,” kata Lokman.
Jejaka ini mengakui tidak pernah menolak apabila wanita-wanita tersebut berterus-terang ingin menjadikan dia teman istimewa dan mengumpannya dengan wang ringgit serta barang-barang berjenama.
“Mula-mula memanglah sekadar ingin menolong dan menjadi teman berbual. Tidak ada niat untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.
“Namun lama-kelamaan semakin seronok dikelilingi kemewahan. Jenama-jenama mewah yang tidak mungkin saya akan dapat dengan gaji yang ada kini mudah diperoleh. Hanya sebut saja pasti dapat.
“Kerjanya pun bukan susah. Hanya perlu melayan apa saja kehendak mereka. Saya tahu secara moralnya memang salah. Tetapi memikirkan wang dan kemewahan yang boleh saya dapat, pejamkan mata dan jalani kehidupan seperti biasa,” kata Lokman berterus-terang.
Bukan seorang malah ada kalanya dia ‘disimpan’ dua atau tiga wanita pada masa yang sama.
Kerjanya sebagai ‘anak ikan’ kepada beberapa orang wanita diatur dengan teliti agar tidak diketahui di kalangan mereka.
Dia perlu bijak membahagikan masa untuk menemani wanita-wanita tersebut apabila khidmat diperlukan.
Kebanyakan mereka berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun yang kesunyian dan sering ditinggalkan suami atas urusan kerja. Mereka mencari ‘pucuk muda’ di luar bagi menghiburkan hati.
“Kadang-kadang ada timbul perasaan geli apabila terpaksa bermesra dan melayan kehendak wanita yang umurnya seusia dengan ibu di kampung.
“Namun, kerana wang, perasaan itu tidak dihiraukan. Saya menganggapnya sebagai satu pengorbanan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah,” katanya.
Ternyata ‘pengorbanan’ tersebut berbaloi apabila dalam tempoh setahun bekerja, dia sudah mampu memiliki kereta mewah.
Katanya, kereta tersebut bukan dibeli dengan wang sendiri tetapi ditaja oleh seorang wanita yang juga usahawan berjaya.
“Tidak cukup dengan itu, kini saya juga telah memiliki sebuah rumah yang juga dibeli oleh wanita tersebut dengan syarat saya perlu melayan dan memenuhi kehendaknya apabila dirinya memerlukan saya.
“Bukan tidak pernah ibu menyoal tentang status pekerjaan yang dilakukan apabila melihat kemewahan yang saya miliki sekarang.
“Tetapi saya tidak mengendahkan persoalan tersebut kerana tidak mahu mengecewakan hatinya apabila mengetahui perkara sebenar,” katanya.
Walaupun Lokman akui indah dibuai mimpi dengan kemewahan tersebut, dia berharap suatu hari nanti dirinya akan kembali ke pangkal jalan.
The post ‘Anak ikan’ hidup mewah layan wanita kaya appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/anak-ikan-hidup-mewah-layan-wanita-kaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengasas Hijab By Hanami Ini Tak Menyesal Tinggal Dunia Akademik Demi Bantu Wanita Kaya Amp Berjaya

Pengasas Hijab By Hanami Ini Tak Menyesal Tinggal Dunia Akademik Demi Bantu Wanita Kaya Amp Berjaya

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 368 hits
Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini adalah pilihan Kita sebagai manusia yang membuat pilihan hala tuju masing masing Pengasas Hijab by Hanami ini nekad memilih perniagaan tudung berlandaskan patuh syariah sebagai saham akhiratnya Perja...
Curi Celana Dalam Wanita Pria Beristri Dan Punya 3 Anak Di Garut Ditangkap Polisi

Curi Celana Dalam Wanita Pria Beristri Dan Punya 3 Anak Di Garut Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 338 hits
Panit Reskrim Polsek Tarogong Kidul Ipda Wahyono Aji mengatakan bahwa DS sebelumnya berhasil ditangkap warga saat hendak melarikan diri usai mencuri dua celana dalam wanita dari jemuran milik warga
Ini Arwah Anak Saya Hargailah Ketika Dia Masih Ada Jaga Perkataan Bila Marah Kerana Hidup Ni Tak Lama

Ini Arwah Anak Saya Hargailah Ketika Dia Masih Ada Jaga Perkataan Bila Marah Kerana Hidup Ni Tak Lama

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 496 hits
Tiada siapa yang menduga anak anak yang pergi meninggalkan kita dahulu Bagi ibu bapa biarlah mereka dahulu yang pergi sebelum anak anak Namun ajal maut semuanya kehendak Allah S W T Bagi yang masih bernafas hargailah orang disekeliling anda...
Hiburan Selamat Bertunang Dengan Wanita Pilihan Anak Lelaki Sheila Majid Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Hiburan Selamat Bertunang Dengan Wanita Pilihan Anak Lelaki Sheila Majid Bakal Mendirikan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 545 hits
Penyanyi lagenda Datuk Sheila Majid baru baru ini telah berkongsikan sebuah berita gembira mengenai majlis pertunangan anak keduanya Megat Abdul Rahman Majid Aziz yang difahamkan berlangsung pada 21 Disember lalu Berita tersebut telah dikon...
Padah Dukung Anak Dibelakang Badan Sambil Berbasikal Wanita Ini Kena Warning Keras Dari Polis

Padah Dukung Anak Dibelakang Badan Sambil Berbasikal Wanita Ini Kena Warning Keras Dari Polis

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 602 hits
Pihak polis memberi amaran kepada mana mana penunggang basikal terutamanya kepada seorang wanita yang didapati berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya Perbuatan itu bukan sahaja mengundang risiko keselamatan bahkan boleh diken...
11 Makanan Yang Dulu Dianggap Mewah Auto Berasa Orang Kaya Kalau Udah Pernah Cobain

11 Makanan Yang Dulu Dianggap Mewah Auto Berasa Orang Kaya Kalau Udah Pernah Cobain

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 614 hits
Dulu mana nih yang pengin banget kamu makan di masa kecil dan baru kesampaian sekarang ini D
Wanita Ini Dedah Bagaimana Dia Boleh Melancong Ke 40 Buah Negara Dalam Masa 2 Tahun Walaupun Bukan Orang Kaya

Wanita Ini Dedah Bagaimana Dia Boleh Melancong Ke 40 Buah Negara Dalam Masa 2 Tahun Walaupun Bukan Orang Kaya

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 424 hits
WANITA INI DEDAH BAGAIMANA DIA BOLEH MELANCONG KE 40 BUAH NEGARA DALAM MASA 2TAHUN WALAUPUN BUKAN ORANG KAYA Impian ramai dari kita adalah untuk melancong ke luar negara Kalau jutawan boleh la berjalan ke luar negara setiap bulan Tapi kalau...
Ibu Hidup Susah Tergamak Bunuh Tiga Anak Serentak

Ibu Hidup Susah Tergamak Bunuh Tiga Anak Serentak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 547 hits
Agensi Jakarta Akibat dihimpit masalah kewangan seorang ibu di Sumatera Utara tergamak membunuh tiga orang anaknya serentak dengan sebilah parang Kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika abang bapa dan datuk mereka keluar mengundi pada piliha...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap