Resepi Ubi Kayu Rebus Masak Asam Yang Sedap Dan Simple


Hi Semua..

Minggu lepas kawan tempat kerja suami ada bagi ubi kayu. Kawan dia ni memang selalu bagi macam-macam. Hari tu dia bagi telur itik punya la banyak. Sampai buat nasi goreng pun letak telur itik. Hahaha.. Alhamdulillah.. Bila tiap kali ada ubi kayu depan mata mesti nak masak Ubi rebus masak Asam. 
Ubi Rebus masak asam ni memang makanan kesukaan saya sejak saya kecil lagi. Kalau masak, siap ratah. Tak makan nasi dah la. Tu sebab tiap kali ada ubi kayu mula la nak buat masak asam. 

Masa kecik dulu pokok ubi kayu ni memang di tanam belakang rumah. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi kayu besar sebab suka sangat makan makanan yang berasaskan ubi kayu ni. Buat kerepak la, buat rebus makan dengan kelapa, buat bubur.. 





Oleh sebab ubi kayu yang kawan suami bagi ni ada banyak dan besar-besar jadi saya gunakan sebiji je untuk buat masak asam. Selebihnya saya buat kerepek goreng. Sekali anak-anak hadap terus habis. Tak tahu pulak rupanya Maisara pun suka sangat kerepek ubi kayu ni. Nanti saya tunjuk kan cara saya buat kerepek ubi kayu di entry yang lain

Ramai juga rupanya yang tak pernah makan Ubi rebus masak Asam ni. Rugi nya.. Hahah.. Cara membuatnya pun mudah sangat dan lebih kurang sama je macam kita buat masak asam guna ikan tu. Cumanya kita gantikan ikan tu dengan ubi kayu je,


Jom saya kongsikan resepi Ubi kayu rebus masak Asam dan korang boleh cuba nanti. 
Bahan-Bahan nya:
I biji ubi kayu saiz besar
5 biji bawang merah
3-4 biji cili padi1 sudu kecil serbuk kunyitGaram1 batang seraisedikit dauk kesum1 keping asam gelugur
2 cawan air



Cara-Caranya:
Buang kulit ubi, potong mengikut saiz yang korang suka dan bersihkan. Kalau korang potong ubi tebal2 dan besar-besar korang boleh rebus dulu ubi tu sampai lembut

Tapi kalau korang potong kecil-kecil tak payah la rebus dulu. 
Untuk resepi kali ni saya guna ubi yang besar dan saya potong tebal. Jadi Ubi tu saya rebus dulu dengan air. Kemudian Bila ubi dah lembut, buang air rebusan tu, dan ketepikan dulu


Kisar bawang merah dan cili. Kemudian masuk kan dalam periuk. Masuk kan daun kesum dan serai yang dah diketuk

Masuk kan juga serbuk kunyit dan asam gelugur. Kemudian masuk kan air






Buka api sederhana je dan masak. Bila dah hampir-hampir mendidih masuk kan ubi kayu tadi. Masak sampai mendidih sepenuh nya dan masuk kan garam

Dah siap untuk dihidangkan. Lagi lembut ubi kayu tu lagi sedap tau. Nak makan dengan nasi , boleh.. Nak makan ratah macam tu saja pun boleh.

Selamat mencuba.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2019/08/resepi-ubi-kayu-rebus-masak-asam-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Rebus Ikan Patin

Asam Rebus Ikan Patin

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 1024 hits
Asam Rebus Ikan Patin Kebiasaannya apabila di sebut ikan patin sudah pastinya resepinya tidak akan lari dengan tempoyak tapi kali ini resepi MYiDEAKiNi tersangat mudah dah ringkas Asam rebus biasanya dikenali ramai oleh masakan orang Melaka...
Kerang Rebus Paling Mudah Dan Sedap

Kerang Rebus Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 1523 hits
Salam sayang semua Kerang RebusMood malas masak datang mesti kita masak yang paling simple kan Ye lah dah jadi bini dengan mak orang ni penat macam mana pun kena fikir perut yang ada dalam rumah Kerang Rebus Paling Mudah Dan Sedap cara Nora...
Masak Perut Muda Air Asam Sukatan Pun Mudah

Masak Perut Muda Air Asam Sukatan Pun Mudah

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1792 hits
Masak Perut Muda Air Asam Sukatan Pun MudahMeleleh air liur beberapa harini teringinkn benda alah ni
Sedap Lembut Gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihan

Sedap Lembut Gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 852 hits
Sedap lembut gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihansedap lembut gebu tengok tu x nyempat2 nak lompat keluar acuan
Nampak Sedap Terliur Tengok Menu Meat Ball Ni Bolehlah Masak Macam Macam

Nampak Sedap Terliur Tengok Menu Meat Ball Ni Bolehlah Masak Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 489 hits
Meat Ball atau bebola daging masak apun sedap terpulang kepada cara olahan dan menu yang korang nak masak Kalau korang buntu berikut ada empat menu bebola daging yang mungkin boleh membantu korang mengolah menu baru atau paling senang kongs...
Cara Mudah Masak Mi Kicap Sup Wantan Yang Mudah Sedap

Cara Mudah Masak Mi Kicap Sup Wantan Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 874 hits
Sedapnya menu Mi Kicap dan Sup Wantan ni Tetapi jika nikmati di kedai atau restoran semangkuk hidangan Mi Kicap bersama Sup Wantan boleh mencecah harga belasan ringgit Makan pun tak puas Jadi bagi anda yang nak cuba masak sendiri sajian ni ...
4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 793 hits
Esok dah Aidil Adha ada yang berkira kira nak masak ada dengan daging korban Kalau tengah mencari menu yang ringkas sedap dan cepat dimasak ini RASA kongsikan empat resipi bercita rasa Malaysia yang gerenti tak perlu tunggu dapur lama punya...
Resepi Masak Lemak Ikan Masin

Resepi Masak Lemak Ikan Masin

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 707 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Masak Lemak Ikan Masin pula dengan korang Rasanya ramai kut peminat masakan kampung macam nie kan Kebetulan ada nenas yang Mak Abang Man bekalkan untuk kami takut rosak macam tu a...
Resepi Green Curry Chicken Paling Sedap Dengan Pes Green Curry Buat Sendiri

Resepi Green Curry Chicken Paling Sedap Dengan Pes Green Curry Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 501 hits
Apa yang anak kita suka makan sebolehnya kita akan cuba buat kalau tak tahu kita belajar sehingga menjadi dan sedap Bila dia suka sesuatu makanan tu dia akan makan banyak dan berselera Kali ni akak nak kongsikan resepi Green Curry The post ...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Round Bazaar Sempena Konvokesyen Di Ukm Bangi Selangor

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord