Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan
Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan | Salam semua, tart nenas antara biskut yang paling digemari bila tibanya musim nak raya nanti. Sis pun dah cuba pelbagai resepi tart nenas. Tapi tak cuba lagi yang Azlina Ina buat ni. Siapa la yang tak kenal dengan Azlina Ina. Ada yang tak kenal ke.
Nama Azlina Ina ni sudah tidak asing lagi dalam dunia baking. Azlina Ina banyak berkongsi resepi - resepi yang dibuat untuk berniaga dengan follower di facebooknya .
Nak murah rezeki jangan kedekut nak berkongsi ilmu
Cakap bab acuan tart nenas ni. Sekarang dah macam - macam bentuk ada kan. Masa sis budak - budak, mak sis guna yang jenis terap tu.
Mak sis dulu suka buat ikut resepi tart nenas orang lama. Walaupun leceh jugak la kan. Tapi dah nak makan gigih main terap sampai habis.
Ada acuan jenis terap, ada acuan jenis roller tu kan. Sekarang ni ada yang pakai mesin. Kalau sis memang rela nak pakai mesin tu rasa senang sikit kerja.
Tunggu nak letak jem nenas, letak glazing dan bakar. Mencabar jugak buat tart nenas ni. Patut lah orang jual mahal tapi laku keras.
Sis sebenarnya memang dah lama nak cuba resepi tart nenas Azlina Ina sebab ada kelainan sikit.
Di bawah ini adalah resepi tart nenas sukatan cawan senang sikit. Selamat mencuba.
Resepi Tart Nenas Azlina Ina Sukatan Cawan Bahan - Bahan 1 cawan butter *2 sudu besar minyak sapi *1 biji kuning telur *Sedikit esen vanila *Sedikit pewarna kuning *3 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar tepung kastard
Cara - Cara 1. Bahan - Bahan yang bertanda * dikacau sebati dengan menggunakan senduk
2. Kemudian, masukkan 1 cawan tepung gandum ke dalam adunan butter tadi. 3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata. 4. Kemudian, tuang baki tepung selebihnya dan uli 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan cantik
5. Terap ikut acuan kesukaan. Isi jem dan gulung. 6. Glaze dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning. 7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing lebih kurang 20 - 25 minit
Baca Juga : 1. Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Rangup Dan Sedap 2. Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur 3. Resepi Biskut Nestum Sedap Sukatan Cawan
Gambar kredit dari facebook Eyfa Junhyung dan facebook page Resepi Untuk Yang Tersayang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2022/01/resepi-tart-nenas-azlina-ina.html