Resepi Talbina Makanan Sunnah Dengan Khasiat Dan Kebaikan


Resepi Talbina (Bubur Barli) Makanan Sunnah Dengan Khasiat Dan Kebaikan | Talbina atau bubur barli ni, umi dapat dari anak bujang, Ayong yang suka menggunakan bahan alami atau asli dalam merawat (remedy) kepada semua penyakit. Kalau kat rumah dia kerap menyediakan remedy untuk selesema, sakit tekak dan beberapa lagi tanpa mendapatkan rawatan ubatan yang mengandung drugs. Memang umi dan suami lebih suka mencuba cara ubatan yang tradisional ketika demam tanpa mengambil panadol kecuali demam berlanjutan.


Tak perlu cerita pasal antibodi dalam badan tapi kita patut tahu tahap kesihatan diri untuk elakkan diri dari makan ubatan hospital dan klinik. Setiap orang ada lain caranya dan apa yang kita rasakan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain.





Bercerita pasal bubur Talbinah ni, umi dah cuba dua kali pada bonda yang berusia 86 tahun yang semakin sukar untuk tidur macam insomnia. Waktu ke klinik, doktor bagi ubat saraf untuk bagi rehat tapi bila bonda makan memang tidur lena tapi keesokkannya dia lemah selemah lemahnya dan kalau duduk tu terlentok tertidur. Memang kesian sungguh.


Tapi sejak bagi bonda makan bubur barli ni, Alhamdulillah bonda tidur agak nyenyak dan malam tadi umi masak lagi dan bonda tidak bangun sekerap selalu sampai umi pun penat, malah pernah ada pengalaman alami microsleep yang buat umi risau dan takut.


Lazimnya kami akan bawa bonda ke bilik tidur dan selepas baring tu bonda akan memanggil lebih 10 kali dengan mengatakan sejuk, tak boleh tidur dan macam-macam lagi. Baru nak duduk, bonda panggil dan terkadang tu baru lelap sekejap, bonda panggil sampai terkejut badan. Bukan nak rungut tapi semoga entri umi ni menjadi panduan bagi mereka yang menjaga orang tua yang semakin uzur.


Berbalik pada bonda, dia bukan seorang yang suka susahkan orang lain apatah lagi anak-anak tapi keadaan badan bonda yang semakin senget disebabkan tulang rangka belakang yang mereput, pergerakan bonda terhad dan sangat terhad. Awal dulu sebelum pemergian Allahyarham abah pada tahun 2018, bondalah yang menjaga dan cukup cergas tapi semakin usia meningkat, bonda kena bergerak dengan tongkat kemudian tongkat empat kaki dan sekarang kalau nak bergerak harus dipantau dan banyak masa diatas sofa atau kerusi roda. 
 
Kisah bonda : Moga Bonda terus sihat


Berbalik pada bubur Talbinah ni, umi ada baca bukan barli yang kita beli tu tapi agak lain tapi kalau tengok khasiat barli memang banyak antaranya menenangkan dan menyegarkan hati orang yang rawan.


T A L B I N A Diperbuat daripada barli kisar. Antara makanan Sunnah Nabi yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ untuk pelbagai jenis penyakit dengan izinNya



Diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya: “Apabila ada keluarganya meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali ahli keluarga dan orang tertentu, beliau menyuruh memasak seperiuk Talbinah (bubur barli).
Kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan diperbuat dari campuran roti dan daging). Lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata:
Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian kesedihan”
Riwayat: Muslim dan Bukhari.






1. Resepi Bubur Talbinah
Ambil 2 sudu besar TALBINA masukan ke dalam periuk besama 2 cawan susu.

 Masak 10-15 minit dengan api yang kecil. Kacau selalu.

Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu. Siap


2. Resipi air barli untuk menguruskan badan:
Bahan-bahan: Setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu (kalau suka manis)

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.


Banyak betul khasiat Talbinah atau Barli ni, antaranya
Pengubatan lemah jantung, diabetes dan darah tinggi.Mengatasi masalah imsomnia@ gangguan tidur malam.Diet terbaik untuk pengidap ParkinsonMengubat selera orang yang berpenyakitBertindak sebagai penenang perasaan.Merawat sistem penghadamanMerawat kesedihan dan kemurunganMengawal penyakit kanserUntuk awet mudaMenguatkan sistem imun badan kita.Untuk turunkan berat badan, suka suka.Mengurangkan morning sicknessMenganjalkan kulitMelegakan sembelitMengatasi masalah artritisMenguatkan gigiMengurangkan rambut gugurMembantu masalah anemiaMenghilangkan batuk, sakit tekak, demamMencegah osteoporosisMencegah kencing kotorMeningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.


Banyak betul khasiat barli dan memang wajar air barli dijadikan minuman kegemaran. Apa pun kita mencuba dan mungkin tidak sesuai tapi Barli ni penuh manfaat dan khasiat, jadi tak salah mencuba bukan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/06/resepi-talbina-bubur-barli-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 354 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja MAKANAN YANG TINGGI KALORI SESUAI UNTUK ANAK KECIL 1 kekacang kekacang mmg ti...
Jugle House Membawakan Khasiat Madu Dalam Produk Kesihatan Makanan Dan Minuman

Jugle House Membawakan Khasiat Madu Dalam Produk Kesihatan Makanan Dan Minuman

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 350 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Kita tahu memang banyak makanan sunnah yang sering diceritakan dan boleh search kat mana mana antara makanan sunnah yang baik untuk d...
P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 243 hits
May 24 2022 Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang bersedia mempe...
Dunia Di Ambang Krisis Makanan Bersediakah Kita

Dunia Di Ambang Krisis Makanan Bersediakah Kita

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 243 hits
Pakar pakar bidang pertanian dan ekonomi telah lama memberi amaran berhubung keselamatan makanan pada masa ini berada di paras membimbangkan Konflik diantara negara kuasa besar juga memainkan peranan ekoran berlakunya aktiviti sekatan ekono...
Dia Belikan Saya Makanan Shin Siah Kongsi Kim Dami Beri Sokongan Buat The Witch 2

Dia Belikan Saya Makanan Shin Siah Kongsi Kim Dami Beri Sokongan Buat The Witch 2

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 239 hits
Pada 24 Mei sidang akhbar bagi filem The Witch Part 2 The Other One telah diadakan ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan pelakon utama bagi filem ini iaitu Shin Si ah akan memainkan watak sebagai The Girl yang muncul ke dunia buat kali pertam...
Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 239 hits
Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba bila korang berada di Johor Bahru ni Pertama kali umi menjejakkan kaki ke restoran makanan thai yang sangat selesa walaupun dinikmati semasa makan tengaha...
Cara Cara Memenuhi Merosakkan Keperluan Makanan Rakyat Marhaen

Cara Cara Memenuhi Merosakkan Keperluan Makanan Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 494 hits
1 Cara Di Indonesia 2 Cara Babi Hutan Serang Kebun Dan Tanaman3 Cara Gila Babi Atas Kononnya pekebun haram Mereka rela bayar sewa tanah Tapi tidak di layan Tebang pokok durian Sekarang harga naik 50 60 puluh peratus Bawah Kononnya TOL sudah...
Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 238 hits
Anak yang mengalami HFMD akan berasa tak selesa dan serba tak kena Tambah pula dalam mulut ada ulcer yang menganggu selera makan Apa yang dibimbangkan HFMD ini mudah berjangkit pada anak anak yang lain Apabila anak dijangkiti HFMD semestiny...
Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

Pastikan Harga Makanan Asas Terkawal Kenyataan Media Ppim 23 05 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 240 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pengumuman kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun nanti PPIM berharap bany...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp

Bekas Penjaga Gol Lagenda Pulau Pinang Meninggal Dunia Ketika Beraksi

Menu Kering Kering Je Hari Ni