Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan anda semua..
Al-kisah semalam petang, hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam. Cuaca sejuk tetiba rasa ingin makan scones hanya kerana terpandang gambar officemate yang sedang bercuti menikmati scones di Cameron Highlands..
Bila dah teringin mana lagi nak dapat scones selain di Cameron Highlands melainkan kita bake sendiri, tak gitu? Jadi tanpa berlengah dan terus merajinkan diri ke dapur sediakan barang-barang scone. Kebetulan hati tergerak nak cuba resepi scone buat pertama kali dalam hidup.. Perancangan nak buat scones memang dah lama tapi masa saja tak mengizinkan.. Maka semalam adalah harinya..
English scone for the first timeJom buat scone.. Saya ikut resepi basic English scones. Simple dan saya dah buktikan memang jadi..
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP
Bahan-bahan
3 cawan tepung serbaguna - ayak
5 sudu kecil baking powder - ayak
1/2 cawan gula putih
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 cup butter
1 biji telur, pukul
1 cawan susu segar
2 kotak kismis Lego
Cara-cara
1. Panaskan oven 400 degrees F (200 degrees C). Alas dulang pembakar dengan baking sheet.
2. Dalam mangkuk besar campur tepung, gula, baking powder dan garam.
3. Masukkan butter lembut yang telah dipotong kecil.
4. Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus berpasir dan tidak berketul.
5. Dalam bekas lain campur susu segar dengan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam mangkuk berisi tepung. Tinggalkan lebih kurang 6 sudu besar untuk sapu atas doh sebelum bakar.
6. Masukkan kismis dan kacau hingga sebati hingga menjadi doh lembut.
7. Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata (saya guna dulang) dan uli hingga doh tak melekat pada permukaan dulang.
8. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci tebal.
9. Tekan doh dengan acuan bulat dan letakkan atas dulang pembakar.
10. Sapu baki campuran telur dan susu segar atas adunan yang telah diterap.
11. Masukkan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 15 minit atau hingga permukaan doh berwarna perang (golden brown).
Step 2 : Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam
Untuk pengetahuan saya guna Ikea TRYGG serving bowl nampak transparent sebab tu saya alas supaya nampak bahan-bahan yang diadun..
Ikea TRYGG serving bowl.. sambung semula ke next step..
Step 3 & 4 : Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus dan tidak berketul
Step 5 : Masukkan campuran susu segar dan telur yang telah dipukul
Jangan lupa tinggalkan sedikit campuran susu segar dan telur ini untuk sapu di atas doh yang sudah diterap.
Step 7, 8 & 9 : Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata dan uli hingga doh tak melekat. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci. Tekan doh dengan acuan bulat.
Jangan uli terlalu lama kerana doh akan liat dan kemungkinan tak kembang bila dibakar.
Step 10 : Letak doh yang telah diterap atas dulang pembakar dan sapu dengan campuran susu segar dan telur.
Hasil pertama selepas keluar dari oven
Alhamdulillah puas hati bila scones dari tray pertama keluar dari oven.. Nampak rekahan dan scones gebu-gebas..
English scones
Ini pula hasil tray kedua, kena letak lama sedikit supaya permukaan scones golden brown dan rekahan cantik
Scone texture light and soft
Percubaan pertama untuk pastikan rasa dan tekstur scone.. Ternyata sedap, kurang manis dan lembut.. Texture scone lembut dan cair dalam mulut. Ada rasa manis kismis dan lemak butter yang pasti tak cepat rasa muak
Menikmati scones bersama kopi o panas
Selepas selesai sesi membakar tibalah masa untuk menikmati scones panas fresh from oven lawan kopi o panas.. Scones lebih sedap dimakan dengan jem tapi scones ini versi kismis so dah sedia manis boleh dimakan begitu sahaja..
Untuk pengetahuan, inilah gambar scones yang telah saya upload dalam Instagram malam tadi. Oleh kerana rasa teruja terus tak sabar-sabar abadikan dalam memory di Instagram.
Okay, siapa berminat boleh cuba resepi Scone Kismis Gebu, Simple dan Sedap ini.. In shaa Allah menjadi.. Bila dah cuba nanti jangan lupa kongsi gambar / cerita dan tag saya.. Lepas ni semakin bersemangat cuba resepi lain.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam.
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/10/resepi-scone-kismis-gebu-simple-dan-sedap.html