3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap


Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin
Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .
Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
1. CHEESE CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
250gm krim keju250gm gula ising2 sudu makan susu pekatBAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein½ sudu kecil garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm airCARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.
10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.
12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.
Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
PUFF BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:
40 biji bebola ayam20 batang lidi pencucukBAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein½ sudu kecil garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm airCARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
11. Hidangkan bersama sos dan mayones.
Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar
PUFF PIR

BAHAN-BAHAN:
UNTUK PASTRI PUFF:
125 g tepung tinggi protein½ sudu teh garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm AirBAHAN UNTUK INTI PIR:
50gm gula perang50gm air1 biji pir |potong dadu kecil1 sudu teh serbuk kulit kayu manisCARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.
10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.
11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.
12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis
Cara memasak: Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/3-aneka-puff-pastri-lapis-yang-gerenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 462 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 966 hits
RESEPI SCONE KISMIS GEBU SIMPLE SEDAP Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Terima kasih atas sokongan anda semua Al kisah semalam petang hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam Cuaca sejuk te...
Resipi Kukkra Curry Gerenti Sedap

Resipi Kukkra Curry Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 461 hits
Macam macam cara nak masak kari Ada yang suka pekat dan ada suka sederhana pekat Kari yang dikongsi oleh aslyna ni agak istimewa kerana abang iparnya orang Nepal Dia belajar cara masak kari cara orang sana Nama masakannya Kukkra Curry atau ...
Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap

Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 617 hits
Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam Sedap l Hari ni terasa nak makan ikan siakap goreng tomyam pulak Gara gara ternampak resepi siakap goreng tomyam melintas di Facebook menitik air liur dibuatnya Asyik asyik dengan siakap tiga rasa siakap mas...
Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 4286 hits
PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP Assalamualaikum Selamat petang Sana sini orang bererita tentang Bomboloni Sedap sangat katanya Tapi Cik Rose tak pernah rasa Hanya tengok di skrin telefon sahaja H...
Senarai Cawangan Wong Solo Ayam Penyet Sedap

Senarai Cawangan Wong Solo Ayam Penyet Sedap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 1337 hits
Suka benar aku makan di Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini Bukalah macam macam jenama dan kedai yang menyajikan ayam penyet tapi akhirnya bagi aku ayam penyet di Wong Solo ini tetap yang terbaik Punya kualiti dan ke Indonesia an yang tersend...
Rozita Che Wan Kongsi Resipi Mi Udang Sedap Dalam Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep6

Rozita Che Wan Kongsi Resipi Mi Udang Sedap Dalam Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep6

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 813 hits
Episod ke 6 Rasa Anak Emak Anak Bapak menampilkan selebriti cantik manis Rozita Che Wan yang meluangkan masa untuk keluar makan Mi Udang sedap bersama ibunya Hajah Zabedah Saad di restoran kegemaran Kalau nak tahu ibu Che Ta ni sangat suka ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos