Resepi Sambal Penyet Mudah Dan Sedap


Sambal Penyet ialah sambal yang disukai ramai. Kalau dulu sambal penyet di dihidangkan khas bersama Set Nasi Ayam Penyet iaitu Nasi Putih, Ayam yang diperap bumbu khas dan digoreng garing siap ada kerak kerak rangup ditabur bersama ulam, sambal penyet dan sup. Tapi sekarang Sambal Penyet semakin digemari dan dimakan dengan hampir semua hidangan nasi. Dah macam jadi pengganti sambal belacan. Cuma orang suka resepi sambal penyet kerana rasanya lengkap manis, masin, pedas, dengan bawangnya beserta minyak tumisan yang memberi ummph dan padu pada sambal. 
Klik SINI untuk resepi Nasi Ayam Penyet
Ramai pula yamg berniaga Sambal Penyet dalam botol dan laris sungguh. Resepi Sambal Penyet juga ramai yang share dan pelbagai.  Tapi kalau yang kurang mampu nak beli sebotol kecik memang agak beban. Jadi jomla buat je sendiri sambal ni. Bukan susah mana cuma perlu modal rajin je. 

Resepi Sambal PenyetBahan-bahan resepi sambal penyet 10 biji biji bawang besar
30 biji cili padi merah dan hijau
20 biji cili merah
10 ulas bawang putih
8 biji tomato
100 gm belacan ( boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa)

Gula melaka dan garam ikut manis dan masin

Cara penyediaan resepi sambal penyet
Potong cili merah dan cili padi supaya bila goreng tak meletup 
Belah 4 tomato


Potong bawang besar kepada 4 belah.

Panaskan minyak dalam anggaran 1 cawan dan goreng cili, bawang besar dan bawang putih sehingga semua bahan layu.


Masukkan tomato. Goreng lagi sehingga tomato layu.

Masukkan belacan. Goreng sehingga belacan garing dan wangi


Tutup api dan biarkan sejuk sekejap

Kisar bahan goreng dalam mesin pengisar (food processor) atau blender. Jika blender mungkin perlukan sedikit air

Kisar jangan terlalu kasar.

Selepas kisar, panaskan lebihan minyak dalam kuali.

Masukkan sambal yang dikisar dan masak sekali lagi sehingga minyak naik ke atas sambal.

Nak lebih mudah boleh tengok video penyediaan di You Tube Resepi Eny Abdullah sepeti di bawah 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2023/05/resepi-sambal-penyet-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Daging Sedap Dan Mudah

Resepi Rendang Daging Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 335 hits
Resepi Rendang Daging Rendang daging merupakan salah satu menu yang ramai di cari orang ketika makan di restoran kedai makan atau acara perkahwinan Ini wajar sahaja kerana memiliki kelazatan sendiri Orang Minang memang terkenal sangat panda...
Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 473 hits
Kalau korang nak tahu Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino Dan sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan baha...
Resepi Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Resepi Sup Ayam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 367 hits
Hari ini saya nak kongsikan resepi sup ayam sedap dan mudah Sup memang paling suka saya masak sebab boleh olah dengan macam macam jenis bahan Campak campak je semua bahan dan biarkan masak Walaupun ringkas tapi bila cuba resepi ini istimewa...
Resepi Churros Rangup Mudah Dan Sedap

Resepi Churros Rangup Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 336 hits
Resepi churros sedang popular di perkataan dan menjadi viral di media sosial Churros ini kuih popular di Spanyol Perancis dan Itali yang berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup coklat Bila makan di cafe atau restoran harga boleh men...
Resepi Mee Kari Spesial Dan Paling Sedap

Resepi Mee Kari Spesial Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 302 hits
Anda yang masih tidak ada idea nak masak apa hari ini boleh cuba resepi mee kari spesial dan paling sedap Mee kari memang paling sedap di masak menggunakan air rebusan udang Jika nak buat mee kari kita memang mesti sibuk sedikit kerana baha...
Resepi Kek Marble Mudah Dan Sangat Gebu

Resepi Kek Marble Mudah Dan Sangat Gebu

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 406 hits
Resepi Kek Marble yang saya kongsikan kali ini mudah dan sangat gebu menjadi favorite kek saya Saya memang lebih suka buat kek marble daripada buat kek coklat Apalagi untuk kita orang yang memang dah sebati sama kek ni kerana sudah masuk ke...
Resepi Kek Oren Sedap Harum Dan Lembut Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Sedap Harum Dan Lembut Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 408 hits
Resepi Kek Oren Sedap Harum Dan Lembut Sukatan Cawan Kek oren dengan rasa oren sebenar Ini kek orang dulu dulu Senang sangat rasa pun sedap tak muak Cuba lah bau semerbak tak menahan Biar rasa kek oren yang original macam ni lebih menarik s...
Resepi Donut Gebu Lembut Dan Mudah

Resepi Donut Gebu Lembut Dan Mudah

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 299 hits
Donut adalah kuih yang tak asing lagi di telinga Kuih ini berbentuk lingkaran yang di tengah tengahnya ada lubang seperti cincin Rasanya yang manis dan lembut membuat donut banyak anak anak yang suka Selepas saya cari cari di google menemuk...
Resepi Puding Milo Oreo Simple Mudah Disediakan Dan Enak Dimakan

Resepi Puding Milo Oreo Simple Mudah Disediakan Dan Enak Dimakan

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 354 hits
Bermacam macam resipi boleh dibuat dengan menggunakan biskut oreo Bukan sahaja sedap dimakan begitu tapi sebagai tambahan dalam hidangan lain pun sedap Resepi puding yang dikongsikan kali ini menggunakan oreo dan milo Resepi puding milo ore...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Sah Jatuh Talak 3 Siti Jamumall Amp Aiman Tak Boleh Rujuk Semula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

Cara Jual Emas Harga Tinggi Dapat Duit Tunai

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

003 Percutian Di Kota Kinabalu Sabah Terukir Pesona Kenangan Yang Membahagiakan

Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb