Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


Salam semua, ramai kan peminat sambal peparu ni ke ada yang tak makan. Kalau tanya sis memang feveret dah tapi tu lah cuma jarang nak masaknya. 
Siapa yang suka lauk sambal pedas, wajib cuba resepi sambal kering peparu ni. 
Rasa pedas manis, berkilat, dan peparu yang digoreng rangup memang buat lauk ni padu sangat kalau digandingkan dengan nasi lemak, nasi putih atau nasi berlauk. 
Biasanya sis guna peparu frozen. 
Sambal ni juga sesuai dibuat lebih untuk simpan beberapa hari. Lagi best kalau makan waktu sahur atau bawak bekal ke tempat kerja. 
Nak tahu rahsia sambal kering peparu yang tak liat dan tahan lama? Jom teruskan baca!
Apa Itu Sambal Kering Peparu?Sambal kering peparu ialah sejenis lauk tradisional yang menggunakan organ paru-paru lembu (peparu) yang direbus, digoreng rangup dan dimasak bersama sambal tumis pekat. 
Berbeza dengan sambal biasa, sambal ini dimasak hingga kering jadi boleh tahan lebih lama dan sesuai dibawa ke mana-mana.

Lauk ni memang popular terutama di negeri Pantai Timur macam Kelantan dan Terengganu. Tapi kalau kat mana-mana pun, pasti ramai yang rindu rasa dia!



Untuk rebus peparu: 500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk) Bahan-Bahan Sambal Kering Peparu1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan jus pekat asam jawa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras

Cara-Cara Masak Sambal Kering PeparuLangkah 1: Bersihkan & Rebus PeparuBersihkan peparu dengan perahan limau nipis dan garam untuk hilangkan bau hanyir.Rebus bersama halia, bawang putih, serai ( optional ) dan sedikit garam lebih kurang 30–40 minit hingga betul-betul empuk.Tos dan biarkan sejuk, kemudian potong kecil (saiz ikut suka).
Langkah 2: Goreng Peparu Hingga RangupGoreng peparu yang telah dipotong hingga garing. Guna api sederhana dan biarkan toskan minyak betul-betul.Tips: Lagi lama ditos, lagi rangup dan tak berminyak.
Langkah 3: Tumis SambalTumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula.Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering.Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan segera.
Tips Masak Sambal Kering Peparu yang SedapIkutkan nak masak sambal kering peparu ni ada tipsnya. 
1. Jangan masukkan peparu terlalu awal : pastikan sambal betul-betul masak dan kering dulu

2. Goreng peparu betul-betul rangup : ini buat sambal tahan lebih lama dan tak cepat basi

3. Letak sedikit gula Melaka : kalau nak rasa manis pedas macam sambal Kelantan

4. Gunakan minyak yang mencukupi masa tumis : sambal akan lebih cantik berkilat

Cadangan Hidangan Bila sebut sambal kering peparu ni bukan setakat sedap makan dengan nasi putih, boleh cuba kombinasi ni tapi yang femesnya dengan nasi lemak kan atau gandingkan dengan sambal kerang sedap.
Sis kalau sebut je sambal apa pun memang kena ganding dengan nasi lemak. Ni sis ada idea untuk korang. 
1. Nasi lemak daun pisang + sambal peparu + telur rebus + kacang goreng

2. Bekal nasi + sambal peparu + ulam timun + telur dadar

3. Roti sandwich + sambal peparu (untuk twist moden!)
Beberapa Cerita & Tips Tambahan:Ada orang tanya, boleh ke guna peparu frozen? Jawapannya boleh je, asal cairkan dulu dan rebus macam biasa.
Kadang peparu frozen tu dah separuh masak, jadi masa merebus tu boleh pendekkan sikit. 
Peparu ni ambil masa juga nak empuk kalau rebus cara biasa. Tapi sejak guna pressure cooker, kerja memang jadi cepat. Dalam 20-30 minit dah lembut, senang terus masuk sambal.

Kalau tengah cari pressure cooker bajet yang tahan lasak, boleh tengok model yang sis guna ni 
==> MMX Pressure Cooker 8 Liter
Kalau sambal cepat basi, mungkin sebab sambal tak cukup kering atau peparu tak cukup garing masa digoreng. Kena pastikan dua benda ni betul-betul tip top.
Nak sambal ni nampak berkilat dan sedap macam jual kat kedai? Masa tumis cili tu jangan kedekut minyak. Biar dia masak betul-betul sampai pecah minyak.
Kalau nak rasa macam sambal Kelantan, cuba tambah sikit gula Melaka. Manis-manis pedas gitu.
Rebus peparu pun penting. Kalau rebus kejap sangat, masa goreng nanti peparu liat dan keras. Elok rebus sampai bila cucuk garpu dia senang tembus.


Apa Yang Best Sangat Dengan Sambal Peparu Ni ? Rasa dia lain dari yang lain unik dan nostalgia Sesuai untuk buat banyak dan simpan Guna bahan bajet tak mahal mana pun Boleh bawa bekal ke tempat kerja atau travel
Kesimpulan Kalau dah lama tak rasa sambal peparu, bolehlah cuba resepi ni. Mudah je step dia, dan rasa pun confirm padu. Kalau ada kenangan makan lauk ni masa kecik-kecik dulu, lagi syok nak buat sambil throwback.

Kalau dah cuba, share la hasilnya! Mana tahu versi orang lain lagi power, kita pun boleh belajar sama-sama. Kalau ada idea atau nak share tips lain, tulis je kat ruangan komen. Selamat mencuba!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2012/01/sambal-kering-peparu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 233 hits
Nasi lemak adalah hidangan sarapan yang sangat popular di Malaysia Namun ia sering dianggap berat dan tinggi kalori Tapi jangan risau dengan sedikit kreativiti kita boleh menyediakan versi nasi lemak rendah kalori yang tetap sedap dan menge...
Sambal Nasi Lemak Legend

Sambal Nasi Lemak Legend

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 197 hits
Haa tajuk nya kan Kenapa sambal nasi lemak legend Ini adalah kerana zaman dulu bila beli nasi lemak afa sambal ikan bilis di dalamnya Sekarang memang susah nak jumpa Ramai jual nasi lemak dengan sambal kosong Ikan bilis mungkin dah dikisar ...
Petua Memasak Sambal Nasi Lemak Versi Kelantan

Petua Memasak Sambal Nasi Lemak Versi Kelantan

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 173 hits
Petua Memasak Sambal Nasi Lemak Versi KelantanMemasak sambal Nasi Lemak versi Kelantan ni memang satu seni yang tersendiri lain benar dari sambal Nasi Lemak biasa yang pedas menyengat tu Saya faham sangat perasaan tu Dulu masa saya mula mul...
Wfh Day 3 Sarapan Nasi Lemak Home Made Hari Ini

Wfh Day 3 Sarapan Nasi Lemak Home Made Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum 6 00am SA dh bangun buat nasi lemak dah mujur dah buat sambal malam tadi semalam lepas maghrib SA ke ST Rosyam beli bahan nak buat nasi lemak SA beli kerang frozen dan bahan bahan lain sebenarnya masa baru parking SA dapat c...
Lontong Darat Kering Sedap Tak Kedekut Lauk Pauk

Lontong Darat Kering Sedap Tak Kedekut Lauk Pauk

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 164 hits
Lontong Darat tumpang lalu Ada orang panggil lontong kering juga Segala apa jenis lontong saya suka Lontong kuah lodeh lontong darat atau lontong goreng Semuanya sedap Ini kali kedua saya beli lontong darat di Restoran Irabaiduri Chicken Gu...
Sambal Telur Hancur Perencah Mudah Dan Power Untuk Nasi Goreng

Sambal Telur Hancur Perencah Mudah Dan Power Untuk Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 143 hits
Sambal telur biasa tetapi boleh makan dengan pelbagai makanan seperti nasi putih lempeng roti dan sebagai perencah nasi goreng SAMBAL TELUR HANCUR SEMPOI BAHAN BAHAN 4 Biji Telur 1 sudu bawang goreng 1 2 kiub ikan bilis Minyak untuk menumis...
Nasi Lemak Abang Strawberry

Nasi Lemak Abang Strawberry

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 215 hits
Nasi Lemak Abang Strawberry Short Vacation nieyl last week ni tiada dalam plan langsung Tahu tahu sampai Cameron Highlands hihihi Bila dah sampai ni wajiblah kita pergi jalan jalan dan semestinya bukan duduk hotel je ok Nieyl gerak pada har...
Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 212 hits
Siapa peminat ikan talapia Arwah pak mertua cikla memang suka makan ikan ni Cikla dulu dulu memang tak makan Tapi sejak kawin dan duduk dengan mertua semua bedal Haha Resepi Talapia Masak Pedas ala Thai Resepi talapia masak pedas ala Thai B...
Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 164 hits
Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin di Rumah Pengantin Baru baru ni singgah rumah pengantin anak jiran Kahwin Meriah dengan pelbagai lauk pauk Ada nasi Putih Dan nasi mintak Nona sudah tentu amek Dua Dua jenis nasi Lauk pun Campur semua Kuran...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun