Resepi Sagu Gula Melaka


Resepi Sagu Gula Melaka | Hidangan minum petang yang paling mudah & sudah tentu paling sedap, sagu gula melaka. Sedapnya dimakan sejuk-sejuk tau. Jom tengok bagaimana cara membuat sagu gula melaka yang sangat mudah ini. Cara CN ni memang sangat mudah sesuai untuk wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk tapi ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga gituw. Okay, teruskan membaca ya. 


Sagu Gula Melaka, enak dimakan sejuk-sejuk

Resepi Sagu Gula Melaka Bersama Susu Sejat Penuh Krim Ideal
Sagu gula melaka ni boleh dimakan bersama santan atau cara moden sekarang ni dimakan bersama susu sejat. Tips nak bagi rasa lagi lemak berkrim, kena lah letak susu sejat penuh krim jenama Ideal. Rasa lagi umph tau!


Cara-cara Membuat Sagu Gula Melaka

Bahan Sagu :
1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan)
3 cawan air
5 titis pewarna sirap ros
Cara penyediaan: 
- Didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. 
- Kemudian tapiskan sagu untuk hilangkan kanji supaya sagu nampak cantik dan tidak melekat. Sejukkan dalam loyang.


Bahan Gula Melaka :
1 ketul gula melaka 
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
Cara penyediaan: 
- Masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan.


Bahan Lain :
1 tin susu sejat penuh krim jenama Ideal
Cara penyediaan: 
1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas.
2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa yang manis, boleh letak banyak.
3. Tuang susu sejat penuh krim jenama Ideal perlahan-lahan.
4. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan

Sagu Gula Melaka


Siap sudah sagu gula melaka! Mudah bukan? Bahan-bahannya pun tak banyak. Kalau CN lebih suka letak sagu dalam bekas kecil, letak siap-siap susu & gula dan dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan, ambil sahaja bekas tersebut. 


Anak-anak pun senang nak makan. Tak ada lah kes susu dan gula tumpah gituw. Anak suka, mama bahagia! 


Selamat mencuba! Jangan lupa tag CN di instagram atau facebook jika masakan anda menjadi ye. 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2020/12/resepi-sagu-gula-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 324 hits
loading Agar agar kali ini merupakan salah satu resepi agar agar yang telah menjadi tular Ianya adalah agar agar santan gula melaka
Kek Pandan Gula Melaka Kurang Manis Tapi Sedap Tak Sampai Sehari Dah Licin

Kek Pandan Gula Melaka Kurang Manis Tapi Sedap Tak Sampai Sehari Dah Licin

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 848 hits
Saat dihidangkan di atas meja pastinya anak anak cukup terpukau dengan gabungan warna hijau pandan dan buttercreamnya yang cukup padu Anak anak pastinya cukup teruja Kurang manis tetapi rasanya cukup enak dengan aroma pandan Resipi Kek Pand...
Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made Yang Mudah

Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made Yang Mudah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 271 hits
Jom Kurangkan Rasa Mengidam Dengan Resepi Home Made yang Mudah Nilah kalau duduk kat rumah ada je benda yang rasa nak buat Kadang tu rasa nak makan sesuatu tu membuak buak sampai tak boleh dah nak tunggu sampai esok lusa tau Umi mengidam na...
Pencuci Muka Terbaik Diy Di Rumah Ada 4 Resepi Yang Berkesan

Pencuci Muka Terbaik Diy Di Rumah Ada 4 Resepi Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 546 hits
Pencuci muka pun boleh buat sendiri Imej Puuuuvsoap comSebelum ini Maznee ada kongsikan resepi yang mudah Kali ini nak kongsi pula cara buat sendiri Memilih pembersih wajah yang betul sesuai dengan kulit kita memerlukan ilmu pernah di tulis...
Resepi Gulai Kuning Ikan Aye Tongkol Citarasa Pantai Timur

Resepi Gulai Kuning Ikan Aye Tongkol Citarasa Pantai Timur

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 751 hits
RESEPI GULAI KUNING IKAN AYE TONGKOL CITARASA PANTAI TIMURLauk ini memang sangat sinonim dengan orang pantai timur
Resepi Mashed Potato Home Made

Resepi Mashed Potato Home Made

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 377 hits
Resepi Mashed Potato Home Made Hari minggu yang lepas mama ada buat mashed potato a k a whipped potato a k a kentang putar untuk dimakan bersama kambing bakar Sedap yakmat ikut Resepi Mashed Potato Home Made ni Mashed potato ni kalau dimaka...
Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 508 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bulan mac haritu masing masing tunjuk bakat memasak di dapur Banyak betul menu viral yang dicipta sehinggakan wujudnya page Masak apa tak jadi harini Masih ingatkah lagi Yang mana masih dalam Perintah Kawal...
Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap

Resepi Mudah Nasi Dagang Pantai Timur Dengan Gulai Tongkol Dan Acar Timun Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 685 hits
Dah lama nak buat nasi dagang tapi asyik tertangguh sebab agak payah nak dapat beras nasi dagang ni Rasanya kali terakhir buat tahun lepas dan selebihnya makan nasi dagang yang di beli tapi tak puashati sebab gulai ikan tongkol tu isinya ke...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi