Pencuci Muka Terbaik Diy Di Rumah Ada 4 Resepi Yang Berkesan
Pencuci muka pun boleh buat sendiri. Imej: Puuuuvsoap.com
Sebelum ini Maznee ada kongsikan resepi skincare yang mudah. Kali ini nak kongsi pula cara buat pencuci muka sendiri.
Memilih skincare pembersih wajah yang betul & sesuai dengan kulit kita memerlukan ilmu. pernah di tulis sebelum ini.
Dan penting untuk kita tahu, kulit berbeza akan memerlukan skincare berbeza.
Supaya kulit semakin cantik & masalah jerawat dapat di kawal.
Selain mengamalkan pantang dalam pemakanan, tak ada resipi ajaib yang membuatkan kulit dari jenis berbeza mendapat hasil yang terbaik.
Dengan mempertimbangkan perkara di bawah ini, sangat membantu memilih produk yang sesuai. Faktor seperti:UmurJenis kulitCuacaPekerjaan
Macam mana cara DIY pencuci muka di rumah? Imej: Greenbeautyteam.com
Pencuci Muka Terbaik Buatan Sendiri Dari Bahan Semulajadi!Bahan dari alam semulajadi memang banyak kelebihan & khasiatnya. Kalau kita nak keluarga sihat & anak anak yang bijak.
Eloklah dahulukan produk dari alam semulajadi ni.
Terutama sekali untuk makanan. Mesti kita teringin yang terbaik untuk keluarga & anak anak kan.
Di bawah ini Maznee berikan resepi skincare pencuci muka di bawah untuk tujuan berbeza.
Teruskan membaca untuk mencari pembersih semula jadi yang asli yang paling serasi dengan kulit kita.
4 Resepi Mudah Untuk DIY Pencuci Muka Terbaik Di Rumah! Selamat & Berkesan.Ada 4 pilihan semuanya.
Pilih yang mana suka, selamat untuk cuci muka. Tiada bahan kimia, kulit cantik bercahaya. Wanita hamil pun boleh pakai.
4. Resepi Pencuci Muka Berbuih Lembut Terbaik! (Gentle Deep Foaming Cleanser)Sabun castile pun tak berapa dikenali di Malaysia. Buat pencinta produk organik mudah saja nak cari.
Online ada, butik kecantikan pun ada jual.
Bahan bahan untuk pembersih berbuih lembut buatan sendiri
1/4 cawan sabun castile1 cawan air sulingan / tapis5-10 titis essential oil - (Ada banyak jenis minyak essential yang boleh digunakan seperti lavender, serai, ylang ylang & sebagainya)1 botol dispenser kosong yang bersih (Boleh guna botol produk yang habis )
Cara cara menyediakan pencuci muka ini.
Campurkan bahan dan goncang sebelum menggunakan.
Cara menggunakan yang terbaik.
Urut muka kita, terutama sekali di kawasan zon T, dagu, dahi & hidung menggunakan pembersih gentle deep foaming cleanser dengan gerakan bulat untuk membersihkan kulit kita dengan sempurna.
Pembersih berbuih lembut ini dibuat daripada sabun castile yang bertujuan untuk
Digunakan selepas menggunakan pembersih minyakMembuang minyak berlebihan yang dirembeskan oleh kulit.
Madu lebah asli dari lebah liar ada banyak khasiat. Imej: Medicalnewstoday.com
3. Pencuci Muka Terbaik Berasaskan Madu Lebah! Terbaik dari Sunnah.Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Sesuai dimakan setiap masa, terutama sekali semasa mengandung.
Bahan bahan untuk pembersih berbuih lembut buatan sendiri1/4 cawan madu asli (Bukan beli dari pasaraya)1/4 cawan air, air kelapa atau santan1 sudu sabun castile cecairCara penyediaan sabun pembersih muda dari madu.Campurkan bahan dan tuangkan ke dalam bekas. Jangan goncangkan botol kerana ini akan menjadikan campuran ini berbuih. Kita nak elakkan semua tu.Memang betul madu lebah asli mahal, tapi kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya memang murah sebenarnya.
Fast food yang mahal pun kita sanggup keluar duit. Sedangkan tak sihat pun. Banyak lagi cara lain untuk kita jimatkan duit.
Dengan cara yang betul, kita boleh simpan RM1,000 sebulan tanpa tunggu naik gaji pun.
Kan untung jadi orang bijak.
Cara menggunakan pembersih muka iniTuang sedikit campuran ramuan ini ke dalam telapak tangan.Urut muka dan leher kita dengan lembut. Hati hati supaya tidak terkena mata, sangat pedih tau.Gunakan 2 kali sehari di waktu pagi dan petang.Tambah secubit baking soda beberapa kali seminggu untuk perlahan-lahan mengelupas. Bilas dengan air suam.
Madu lebah asli ada banyak khasiatnya untuk kebaikan.
Tak hairanlah kenapa di dalam Al Quran ada menyebut tentang lebah & madunya. Siap ada surah khas lagi.
Selain sedap untuk dimakan, madu juga bagus untuk kesihatan & kecantikan kulit.
Kelebihan pencuci muka dari madu ialah seperti di bawah:Madu adalah humectant yang memerangkap lembapan di permukaan kulit, membuat kulit kita lebih lembap & bersinar.Penggunaan madu asli lebih baik kerana mengandungi enzim semulajadi yang bersifat antibakteria. Ini akan membantu mencegah dan membantutkan jerawat.Selesai sudah resepi pencuci muka dari madu.
Madu asli ni mahal, jadi tak perlulah pakai banyak banyak kan. Buatlah cukup untuk kegunaan seminggu.
Lebih selamat daripada kita pakai pencuci muka berjenama yang banyak bahan kimia.
Contohnya paraben & fragrance yang disyaki berbahaya pada kesihatan. Entah apa kesan jangka panjang pada kesihatan. Waktu biasa pun tak selamat. Apatah lagi masa mengandung. Kena pantang & jaga betul betul.
Imej: Ootymade.com
2. Resepi pencuci muka untuk kulit berminyak! Hapuskan blackhead yang tak cantik.
Minyak jojoba ni kurang biasa di gunakan di Malaysia. Tapi kalau nak beli online ada jual. Senang je nak dapatkan pun.
Bahan bahan untuk pembersih muka kulit berminyak:
Minyak jojoba 3 bahagianMinyak Tamanu 1 bahagianMinyak pati minyak wangi (Frankincense essential oil)
Cara menyediakan:
Campurkan minyak jojoba dengan minyak tamanu menurut nisbah 3 : 1. Contohnya 3 cawan minyak jojoba dengan 1 cawan minyak tamanu.Bagi setiap 2 auns campuran minyak jojoba & tamanu, tambah 9 titisan Frankincense essential oil yang berfungsi untuk Menegangkan kulit.Mengurangkan penampilan liang besar. Pindahkan campuran minyak ini ke dalam bekas & sedia untuk di gunakan.Cara penggunaan untuk mengurangkan bintik hitam blackheads yang nakal!Goncangkan bekas setiap kali sebelum penggunaan.Gosokkan perlahan di atas dahi, kawasan zon t, pipi dan dagu. Biarkan selama 1-2 minit dan kemudian bilas dengan kain basah yang hangat.Akhiri dengan mencuci muka dengan air suam.
Kebaikan pencuci muka berasaskan minyak untuk masalah blackheads!Kombinasi minyak diatas akan menghilangkan bukan hanya solekan, tetapi juga sebum dan kotoran menyumbat liang-liang roma di wajah kita. Ini akan mengurangkan juga masalah pembentukan jerawat baru di muka.
1. Resepi Pembersih wajah untuk awet muda! Muka kelihatan cantik & tidak di makan usia
Bahan bahan pembersih muka Anti penuaan:3 biji badam mentah (Bukan yang di panggang tau. Khasiat dah mati)2 sudu makan beras2 sudu makan susu tepung
Cara cara menyediakan pencuci muka untuk awet muda:Kisar 3 badam dan 2 sudu makan beras sehingga sangat halus. Senang gula pengisar kering.Selepas puas hati, campurkan dengan 1 sudu susu tepung. Maznee rekemen untuk guna Susu penuh krim untuk mendapatkan hasil kulit yang awet muda & lembap.Ramuan yang telah siap boleh disimpan & insyaallah cukup untuk kegunaan 1 hingga 2 minggu. Jika nak buat lebih banyak, simpan di tempat yang kering & sejuk supaya tahan lama dan tidak bergumpal. Pastikan juga bekas untuk menyimpan kedap udara supaya tidak terdedah kepada lembapan dalam udara.Cara menggunakan pencuci muka DIY untuk awet muda.Campurkan secubit serbuk ini dengan sedikit air dan gosokkan ke seluruh muka dan leher.Urut perlahan-lahan dan bilas. Selepas selesai, bagus untuk susuli dengan pelembap & toner.
Kebaikan pencuci muka ini terkandung pada bahan mentah yang digunakan. Badam kaya dengan
Minyak yang membekalkan vitamin A dan E.Asid laktik akan menghembus dan melembapkan kawasan kulit kering.
Kesimpulan tentang pencuci muka DIY.
Siapa kata tak ada alternatif untuk pencuci muka di pasaran. Paling mudah 3 bahan saja pun ada kan.
Dan semua bahan ini ada di dapur rumah kita.
Tak nak makan, boleh buat scrub atau skincare, kalau nampak banyak lagi stok & dah dekat dengan expiry date.
Buat saja jadi pencuci muka. Paling mudah, macam pencuci menggunakan badam, beras dan susu tepung penuh krim tu.
Jadi, tak ada isu membazir kan.
Allah pun tak marah sebab kita manfaatkan semua nikmat yang ada sepenuhnya.
Seperti biasa, tinggalkan pendapat dan pandangan di ruangan komen di bawah. Terima kasih ya.
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hargasetbersalin.blogspot.com/2018/03/pencuci-muka-terbaik-DIY-berkesan.html