Resepi Risoles Sayuran Auni Style
RESEPI RISOLES SAYURAN AUNI STYLE - Dah lama teringin nak buat Risoles ni tapi sebab tak berapa rajin. Harini mood rajin tiba-tiba je datang, so aku pun minta tolong Is belikan bahan. Resepi asal ada ayam atau daging, tapi aku hanya menggunakan kentang dan lobak merah
Bila aku perhatikan Risoles ni, aku rasa ianya seakan kuih dadar berlauk yang Mama pernah buat. Macam kuih ketayap versi savuri. Cuma kuih dadar berlauk Mama tidak digoreng. Risoles perlu digoreng
RESEPI RISOLES SAYURANBahan-bahan inti :1 labu bawang holland - potong dadu2 ulas bawang putih - cincang2 biji kentang - potong dadu1 batang lobak merah - potong daduSegenggam daun sup - mayang halusGaram dan gula secukup rasaSedikit bancuhan air tepung jagung
Cara-cara :Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan bawang putih. Biar sehingga layu dan masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk. Tambahkan air dan biarkan kentang dan lobak merah lembut. Masukkan garam dan gula serta daun sup. Akhir sekali masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Biarkan masak seketika dan sejukkan
Bahan-bahan kulit :2 cawan tepung gandum1 kotak kecil susu full cream Dutch Lady1 cawan air1 biji telursecubit garamsesenduk minyak
Cara-cara :Campurkan semua bahan. Nak senang kisar je kemudian tapis. Gunakan non-stick pan dan masak adunan secara nipis. Bancuhan adunan juga mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Aku punya sedang-sedang je.
Bahan lain :
Sedikit tepung gandum bancuh dengan air sejuk
Cara-cara menyediakan Risoles :Masukkan sesudu besar inti ke dalam kepingan kulit. Balut dan kemudian celup dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kedua-dua belah Risoles menjadi garing
TIPS : Pastikan minyak betul-betul panas kemudian biarkan api dalam keadaan sederhana besar. Semasa menggoreng, jangan membalik-balikkan Risoles. Biarkan 2 minit setiap bahagian yang digoreng.
**** Risoles sedap dimakan dengan cili padi. Selamat mencuba :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/12/resepi-risoles-sayuran-auni-style.html