Resepi Rendang Daging Sate Untuk Hari Raya
Resepi Rendang Sate Untuk Hari Raya. Yeah.. raya datang lagi. Bila tibanya musim raya, ada saja menu kegemaran yang muncul. Menu kegemaran keluarga kami tentulah sambal goreng jawa, ketupat, lodeh, ayam masak kicap, dan juga rendang sate. Jangan lupa juga sambal kacang yang menyedapkan menu lontong kita. Tak sempurna rasanya jika tanpa sambal kacang.
Rendang daging sate ini saya kongsikan daripada blog masakan.. Saya harap dia terus dilimpahkan rezeki berpanjangan.. kerana share resepi rendang daging sate yang maveles ni.. hihi
Apa sebab disebut rendang sate? Sebabnya cara penyediaan daging itu diperap dulu selama beberapa jam sama macam nak buat sate, perapan daging dengan rempah ratus semalaman. Lebih lama diperap lagi sedap.. hihi
Resepi Rendang Daging Sate Untuk Hari Raya
Gambar hiasan - rendang daging sate
Bahan-bahan:
500 gram daging ( untuk satay )
10 tangkai cili kering dikisar
9 biji bawang merah saiz kecil dikisar
2 sudu besar ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan putih dikisar
5 batang serai dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci lengkuas dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 sudu makan kerisik
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
garam dan gula secukupnya
Cara menyediakan rendang sate sedap Sumber:
1. Campur semua bahan kisar dengan manisan dan garam. Gaul sebati. Lumurkan pada daging lembu yang siap dipotong mengikut saiz membuat satay tadi.
2. Perapkan sekurang-kurangnya 4 jam ( kalau sanggup tunggu la, hehe...)
3. Masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan masak hingga agak empuk. Jika daging payah hendak empuk boleh tambah air dan masak lagi
4. Masukkan kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air supaya kentang dan lobak tadi cepat empuk. Campurkan kerisik. Kacau rata
5. Bila daging, lobak merah dan kentang telah empuk, tutup api
6. Sebaik-baiknya tutup kuali ketika memasak, kacau sekejap-sekejap dan gunakan api sederhana
Whoa! Mudahnya buat rendang daging sate ni rupanya. Kakak saya paling rajin dan pandai buat rendang sate ni. Lebih sedap rasanya dengan kaedah memasak yang sederhana. Dengan jumlah serai yang agak banyak, pasti rendang daging sate ni diminati ramai.
Selamat mencuba
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2017/06/resepi-rendang-daging-sate-untuk-hari.html