Tiga Pegawai Maqis Direman Lima Hari Kes Daging Import


Oleh Mohamed Farid Noh TIGA pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dikawal pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - Foto ZAIN AHMED JOHOR BAHRU: Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Perintah reman sehingga 23 Januari itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzier selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, pagi ini.
Ia menjadikan lima pegawai jabatan berkenaan disiasat setakat ini berhubung kes terbabit selepas pada 7 Januari lalu, dua pegawai MAQIS Johor berusia 27 dan 31 tahun direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 40, 44, dan 55 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 7 malam tadi selepas hadir untuk membantu siasatan.
Disyorkan Untuk Anda SPRM tahan pengarah, pekerja syarikat pengimport daging sejuk bekuIsu kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran disyaki terbabit rasuahSPRM akan tahan beberapa individu lagiPenyeludupan daging beku berlaku di sempadan Kelantan, Sarawak - Bukit Aman"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.
Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru sebelum suspek direman selama enam hari bermula semalam.
Pada 12 Januari lalu, seorang ejen penghantaran direman lima hari kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung isu skandal kartel daging import yang menggemparkan tanah air, Disember lalu.
Lelaki berusia 55 tahun berkenaan sebelum itu ditahan di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 4 Januari pula, seorang pengarah dan tiga pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku, di sini dilaporkan turut direman.
Empat suspek berusia 39 dan 50 tahun itu adalah pengarah, pengarah operasi, kerani dari sebuah syarikat sejuk beku, manakala seorang lagi pengarah syarikat lain.
Semalam, SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan seramai lapan suspek sudah ditahan sejak 4 Januari lalu bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku dan 27 saksi juga dipanggil terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.
Kes terbabit disiasat mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.
Disember lalu, media melaporkan wujudnya kartel mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, dengan produk yang dibawa masuk diragui halal status dan kualitinya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tiga-pegawai-maqis-direman-lima-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Tiga Lagi Kakitangan Maqis Johor Direman

Kartel Daging Tiga Lagi Kakitangan Maqis Johor Direman

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 311 hits
Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor direman lima hari hingga 23 Jan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu Peri...
Pegawai Maqis Bolos 100 Kontena Daging Import Terima Rasuah Hingga Rm5k Setiap Kontena

Pegawai Maqis Bolos 100 Kontena Daging Import Terima Rasuah Hingga Rm5k Setiap Kontena

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 329 hits
Johor Bahru Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia yang direman semalam disyaki menerima sogokan sekurang kurangnya RM200 000 bagi melepaskan kontena muatan daging kerbau sejuk beku import daripada pembekal tid...
Kartel 2 Penolong Pegawai Maqis Johor Direman 5 Hari

Kartel 2 Penolong Pegawai Maqis Johor Direman 5 Hari

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 251 hits
KARTEL 2 PENOLONG PEGAWAI MAQIS JOHOR DIREMAN 5 HARI JOHOR BAHRU Dua Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor yang disiasat terlibat rasuah dalam melindungi kegiatan kartel import daging haram ditahan reman sela...
Kartel Daging Seludup Sprm Tahan Dua Pegawai Maqis Johor

Kartel Daging Seludup Sprm Tahan Dua Pegawai Maqis Johor

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 346 hits
BernamaJOHOR BAHRU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah ...
Covid 19 Kes Sembuh Lebih Tinggi Untuk Tiga Hari Berturut Turut

Covid 19 Kes Sembuh Lebih Tinggi Untuk Tiga Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 310 hits
Seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia masih komited dan tidak putus asa untuk menghadapi Covid 19 yang sudah memasuki gelombang ketiga dan genap setahun memerangi pandemik yang sama Gambar hiasan KUALA LUMPUR Sebanyak 3 638 kes sembu...
Kes Meningkat Saban Hari Elfira Loy Dan Anak Lelaki Jalani Ujian Saringan Covid 19 Sebagai Langkah Berjaga Jaga

Kes Meningkat Saban Hari Elfira Loy Dan Anak Lelaki Jalani Ujian Saringan Covid 19 Sebagai Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 334 hits
Meskipun merasakan dirinya hanya berada di rumah dan keluar bila perlu pelakon dan kini usahawan Elfira Loy berkata dia mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat ujian saringan COVID 19 secara bergerak di rumahnya sebagai salah satu lan...
Tutup Dulu Tiga Sektor Ekonomi Jadi Punca Lonjakan Kes Covid 19 Najib

Tutup Dulu Tiga Sektor Ekonomi Jadi Punca Lonjakan Kes Covid 19 Najib

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berkata sektor sektor yang menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan Covid 19 dan kluster terbesar perlu dihentikan buat sementara waktu
Tajuddin Saya Persoal Isu Kartel Daging Import Dari Era Bn Lagi

Tajuddin Saya Persoal Isu Kartel Daging Import Dari Era Bn Lagi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 298 hits
Pemimpin Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata dia telah mempersoalkan isu kartel daging import sejak memegang jawatan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani pada era pentadbiran BN Tajuddin mendakwa kartel daging import sememangnya...
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Kari Sardin Sedap

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Subang Ke Alor Setar Dengan Pesawat Kecil Firefly Atr 72 500

Friday Notes From The Quran Some Words Of Advice

Zahid S Comments About Sabah For Sabahans May Backfire On Umno Says Analyst

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Wat Are The Benefits Of Eating Yogurt Daily

Kuala Lumpur Sharil Regalia Studio Regalia Residence