Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap


Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap | Awal Ramadhan ni hari-hari hujan. Syukur cuaca sejuk dan kurang sikit ujian berpuasa tu. Biasa kalau tiba waktu hujan, mulalah perut mintak makanan tapi bila kau dah niat berpuasa tu perut terus segan nak mintak makanan. Dalam kepala ni dah berfikir-fikir " Nak masak apa untuk berbuka hari ni?" Okay, stok ayam ada lagi so kita masak rendang ayam je lah harini. Kalau merendang tu kena lah masak awal sikit

Pukul 5 petang dah terpacak kat dapur tu. Solat asar siap-siap sebelum memasak senang nanti tak kelam kabut. Kalau masak rendang ni tak boleh nak tinggal sangat. Sat lagi tak perati hangus pulak tengah-tengah tu. Sejak berkahwin ni lah baru pandai masak rendang. Dapat jugalah beberapa tips dari mak mertua sikit-sikit

Masak rendang ayam tu tumis dulu baru sedap. Lepas tu kalau masuk ayam tu, biarkan ayam kecut dulu baru letak santan dan air. Ada tips dari yang lain, letak guna anau macam dalam iklan raya TV tu. Kalau ikut style mak Fiza masak rendang letak kerisik baru sedap rasa rendang. Haa, pening nak aplikasi banyak tips dapur dari mak-mak kita ni. Ada je la petua dia kan



Kenapa Masak Rendang Lama?Sebut je rendang, rasa macam malas betul nak masak sebab masak rendang ni ambil masa yang lama untuk masak. Tengok je la persiapan raya masak rendang tu macamana. Tak lama tak sah. Bukan kerana sibuk berborak sampai lupa rendang dalam kuali. Tapi nak masak rendang tu memang ada peraturan dia. Kena tunggu bahan tumis garing, tunggu ayam kecut dan kena tunggu kering dan ayam betul-betul masak. 
Bahan-bahan *1/2 ekor ayam potong kecil*1 biji bawang besar*2 biji bawang merah*2 ulas bawang putih*2 inci halia*1 inci lengkuas*1 batang serai*1 Genggam Cili Api3 sudu cili kisarKerisik (2 genggam kelapa parut disangrai dan ditumbuk)Minyak untuk menumis1/2 kotak santan1 cawan air3 sudu kecil garam bukit1 sudu gula perang1 keping asam keping2 helai daun kunyit (Diracik halus)
Cara Masak Rendang AyamBlend bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan sekali cili kisar. Tumis sampai garing sikit dan pecah minyak, baru masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sampai ayam kecut. Masa ni boleh terus letak kerisik dan gaul rata. 
Dalam masa yang sama kena rajin kacau juga supaya tak hangus bahagian bawah tu. Bila ayam dah kecut tu barulah masukkan santan dan air. Kacau rata dan kena rajin mengacau jugalah kalau tak nak kejadian hangus hangit bawah tu. Rosak rasa nanti rendang tu nanti

Dah masuk santan dan air tu. Masukkan lah juga garam, gula perang dan asam keping. Rajinkan lah mengacau sampailah rendang tu agak kering sikit. Ada orang suka berkuah lebih, ada orang suka kering sikit. Ikut tekak masing-masing. Last sekali barulah masukkan daun kunyit. Masa ni bau dia memang tak boleh tahan dah. Bulan puasa ni tak boleh nak rasa dan adjust rasa dia. 
Tapi kalau tak puasa tu kau orang bolehlah adjust rasa rendang kau orang tu sampai memenuhi kriteria rendang yang kau orang suka. Masak rendang mudah je cuma ambil masa lama sikit nak dapatkan rasa rendang yang sedap. Husband bertambah tambah makan bila masak rendang ni. Sedap katanya sampai terasa-rasa kat tekak sedapnya. Amboiii kemain puji lagi

Masak rendang ni ada pelbagai cara ikut cara masing-masing. Ikutlah mana yang rasa senang nak di ikut dan paling penting rasa dia sedap. Tanyalah selera sendiri. Bila dah tahu masak sendiri boleh lah masak rendang ayam raya nanti kalau tak dapat balik kampung. Jadi lah kan dapat membangkitkan mood raya dengan adanya rendang ayam. Makanlah dengan ketupat dan lemang segera ada. Makan dengan nasi pun boleh. Janji ada rendang masa raya. Syahdu pulak kalau raya tak dapat balik kampung. Sob sob sobs...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/05/resepi-rendang-ayam-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak Mudah Murah Serius Sedap

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 549 hits
Jom hasilkan 9 resepi ayam goreng yang ringkas ini Memang sedap small Cover image via Seismik Makan small 1 Butter Chicken Untuk hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai anda wajib sekali mencuba resepi Butter Chicken ini Hida...
Resepi Roti John Sedap Dan Mudah

Resepi Roti John Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 650 hits
Assalamualaikum dan selamat petang Salam Ramadhan Ke 12 Tertiba kan rajin updated entry resepi Hehehe Yelah selalu mencuba menu baru so selalu updated gambar ja dekat social media sampai ada yang tanya macam mana buat So terlintas untuk men...
Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Ayam Penyet Sedap Menyelerakan

Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Ayam Penyet Sedap Menyelerakan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1038 hits
Salam Ramadan Sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke Empat Alhamdulillah dah masuk Ramadan ke 9 kita lalui dengan penuh kesyukuran Hari ni mood rajin sikit bagi menunaikan permintaan suami nak makan Nasi Ayam Penyet Dala...
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 628 hits
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah Rasanya tak ada sesiapa yang akan pertikaikan yang masakan ibu sendiri tu tak sedap terutama bila ibu ibu kita tu adalah surirumah sepenuh masa yang sibuk dengan hal ehwal rumah tangga...
Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 938 hits
Siapa suka nasi lemak Saya Dia tanya dia yang jawab Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi Dulu dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je Ta...
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 653 hits
Ayam Masak Merah Sedap Mudah Dan Menyelerakan Ayam masak merah selalunya kalau kita google akan ada pelbagai jenis dan cara masakan yang berbeza So ada yang mudah tak perlukan bahan yang banyak dan ada yang mudah tapi bahan yang digunakan b...
Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Dari Lya Imtiyaz

Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Dari Lya Imtiyaz

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 655 hits
Terima kasih Lya Imtiyaz kerana join segment mama Lya kongsikan Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah Yang penting Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah ni memang nampak sedap dan mudah saja nak buat Sapa takde idea nak sahur atau...
Resepi Parfait Pencuci Mulut Sedap Mudah Disediakan

Resepi Parfait Pencuci Mulut Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 904 hits
Parfait pencuci mulut sedap dan mudah dibuatSalah satu pencuci mulut atau dessert yang mudah disediakan adalah parfait Apa itu parfait Parfait bermaksud perfect Pencuci mulut yang berasal daripada Perancis ini pada asalnya dibuat daripada k...
Resepi Angel Hair Dengan Sos Prego Mac Cheese Mudah Tapi Sedap Rasanya

Resepi Angel Hair Dengan Sos Prego Mac Cheese Mudah Tapi Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 773 hits
Semenjak dua menjak ini ada semacam sesuatu kegilaan aku dengan cheese Jadi aku terjumpa pula di pasaraya sos Prego Mac Cheese Ada pula tester yang di sediakan oleh jurujual Setelah merasa tergerak hati aku nak membeli se tin sos Prego Mac ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall