Resepi Pisang Goreng Gebu Gebas Aunty Zah



Resepi pisang goreng memang cukup banyak dan mudah untuk didapati. Namun begitu, resepi pisang goreng yang dapat menjamin hasil yang rangup di luar dan gebu di dalam memang susah nak jumpa.
Kini, anda tak perlu asyik cuba resepi pisang goreng yang anda temui satu per satu kerana resepi pisang goreng gebu gebas Aunty Zah inilah yang anda perlukan.
 
Ciri-Ciri Pisang Goreng Terbaik Sebelum anda mula panaskan minyak dalam kuali dan sediakan adunan, anda perlu tahu dahulu ciri-ciri pisang goreng yang menjadi idaman ramai.
Pertama sekali, kita lihat dari segi luaran. Pisang goreng yang menjadi igauan ramai mempunyai kulit yang rangup berwarna perang keemasan. Ketebalan kulit tidak boleh terlalu nipis mahupun terlalu tebal. Untuk ketahui tip untuk dapatkan kulit pisang goreng yang paling ideal, baca di bahagian tip di bawah.
Untuk isi pisang goreng pula, kita mahukan isi yang gebu, lembut dan manis. Oleh itu, kita perlu pastikan pisang yang digunakan adalah betul, tidak begitu ranum atau tidak begitu muda. Selain itu, kita juga perlu ketahui jenis pisang yang paling ideal untuk digoreng. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa baca di bahagian tip di bawah.
 
Tip Resepi Pisang Goreng Terbaik Di atas, kami sudah nyatakan ciri-ciri pisang goreng yang ideal. Namun begitu, kami tidak terangkan pula cara untuk anda dapatkan pisang goreng idaman anda.
Ikuti tip berikut untuk dapatkan pisang goreng gebu gebas yang anda idam-idamkan!
Tip #1- Pilih pisang yang sesuai
Pisang goreng yang sedap hendaklah mempunyai rasa lemak manis meskipun pisang yang digunakan tidak boleh begitu ranum. Pisang yang ranum akan membuatkan pisang goreng anda lembik.
Oleh itu, pisang terbaik untuk digunakan ialah pisang Awak, Abu ataupun Tanduk.
 
Tip #2 – Celup dan Goncang
Masalah kebanyakan pisang goreng yang dijual secara komersial ialah lapisan adunan tepung yang terlalu tebal. Adunan yang begitu tebal boleh membuatkan anda hilang selera. Anda nak makan pisang goreng, bukan tepung goreng, betul tak?
Cara paling mudah untuk pastikan anda mencapai keseimbangan dalam jumlah adunan yang disalut pada pisang adalah dengan menggunakan teknik ‘celup dan goncang’. Anda hanya perlu celup pisang hingga pisang disalut sepenuhnya dengan adunan dan goncang supaya tiada adunan lebihan pada pisang yang ingin digoreng. Mudah saja!
 
Tip #3 – Minyak mesti panas!
Perkara ketiga yang penting dalam penyediaan pisang goreng yang betul-betul sedap ialah minyak menggoreng mestilah panas. Panas di sini bukanlah hingga tahap berasap kuali tetapi cukup untuk pastikan adunan tepung di luar menjadi rangup dan pisang di dalam lembut dan empuk.
Untuk pastikan kuali anda mencapai kepanasan yang ideal untuk menggoreng, pastikan api sederhana besar dan tunggu hingga buih-buih kecil timbul di permukaan minyak. Barulah masukkan pisang disalut adunan tepung.
 
Pisang Goreng Gerenti Gebu Gebas Menanti Anda Anda sudahpun tahu ciri-ciri pisang goreng yang enak dan juga tip untuk sediakan pisang goreng yang rangup di luar serta lembut di dalam.
Kini, anda hanya perlukan resepi sahaja. Cubalah resepi pisang goreng ala Aunty Zah di bawah dan lihatlah betapa mudahnya nak sediakan pisang goreng paling masyuk anda cuba setiap kali anda mengidam nak makan pisang goreng!
 
Bahan-Bahan
1 sikat pisang 1 cawan tepung beras ¼ cawan tepung gandum 1 sudu teh air kapur ½ – ¾ cawan air Garam secukup rasa 1 ½ cawan air  
Cara-Cara
Kupas pisang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz kecil, potong secara panjang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz besar, potong menjadi ketulan kecil. Ketepikan. Sediakan adunan dengan campur semua jenis tepung, air kapur, air dan garam. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali sederhana besar. Masukkan minyak.. Celup pisang ke dalam adunan. Pastikan adunan disalut rata kemudian masukkan ke dalam kuali. Goreng hingga berwarna perang keemasan.  
Macam mana? Sedap kan pisang goreng yang anda buat menggunakan resepi ini? Jangan lupa untuk kongsi gambar hasil anda di laman sosial dengan meletakkan hashtag #butterkicap dan # auntyzah pada gambar anda.
Selamat mencuba dan makan!
The post Resepi Pisang Goreng Gebu Gebas Aunty Zah appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/feature-recipe/resepi-pisang-goreng-aunty-zah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Bujang Dari Dapur Mahamahu Nasi Goreng Jagung Manis

Resepi Bujang Dari Dapur Mahamahu Nasi Goreng Jagung Manis

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1202 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tiba tahun ni nak update banyak sikit resipi kat blog ni sebab dah macam slow pula kita nak masak masak sejak dua menjak ni Tak apa kita mula sikit...
Aneka Resepi Masakan Ayam Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit

Aneka Resepi Masakan Ayam Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 2408 hits
ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa AYAM Siapa je yang tak suka ayam kan Ayam kampung ke ayam bandar ke ayam organik ke semua sodap sodap belaka jika dimasak Goreng ma...
Resepi Viral Kulit Tangan Gebu Dan Berbau Wangi Seperti Cik Ta

Resepi Viral Kulit Tangan Gebu Dan Berbau Wangi Seperti Cik Ta

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 369 hits
Kulit tangan gebu gebas dan berbau wangi seperti artis popular dengan hanya menggunakan beberapa produk dapur yang murah Resepi viral ini telah menyebabkan stok lotion vaseline kehabisan di kedai 1 tbs soda bikarbonat1 biji limau nipis1 gen...
Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng

Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1870 hits
Resepi Sayur Kacang Buncis Dengan Bunga Kobis Goreng Sudah lama aku tak kongsi masakan sayur sayur gorengan aku ni Boleh di katakan saban hari aku ada masak satu resepi sayuran Kalau tidak lauk campuran satu lauk utama mesti ada satu hidang...
Resepi Cheese Cake Hanya Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Jadi Gebu Dan Lembut

Resepi Cheese Cake Hanya Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Jadi Gebu Dan Lembut

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 500 hits
Hanya dengan 3 Bahan sahaje boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss BAHAN BAHAN120g Tatura Cream Cheese120g Susu Pekat Manis3 Biji telur gred B Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja Sesuai untuk anda yang first time nak try ...
Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup

Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 399 hits
Resepi pengat pisang ini boleh membuatkan anda sentiasa termimpi mimpi nak menikmati sajian manis ini setiap hari Resepi Pengat Pisang Terbaik Pengat pisang merupakan satu hidangan kuah manis yang lazimnya disediakan sebagai hidangan minum ...
Resepi Cekodok Pisang Enak Hingga Menjilat Jari

Resepi Cekodok Pisang Enak Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 481 hits
Cekodok pisang atau jemput jemput pisang merupakan hidangan minum petang yang cukup disukai golongan tua mahupun muda dari generasi ke generasi Rasa pisang yang lemak manis membuatkan anda termimpi mimpi tentangnya Makan pula dengan secawan...
Manfaat Pisang Bertahi Lalat Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

Manfaat Pisang Bertahi Lalat Yang Ramai Tak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 287 hits
Pisang kalau dah lembik dan hitam ramai yang geli nak makan betul tak Senang kata jika kondisi pisang itu sudah terlalu lembik pasti orang menganggapnya sudah tidak elok dan hanya layak untuk dijadikan cekodok pisang semata Tetapi tahukah k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator