Resepi Bujang Dari Dapur Mahamahu Nasi Goreng Jagung Manis
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba tahun ni nak update banyak sikit resipi kat blog ni sebab dah macam slow pula kita nak masak-masak sejak dua menjak ni. Tak apa kita mula sikit-sikit dulu ok. Kali ni kita nak share menu orang bujang yang malas sangat nak makan kat luar dan nak masak cepat kat rumah
Resipi ni terilham dengan sendirinya bila tengok ada 1 ketul jagung manis yang kawan bagi masa dia pergi bercuti kat Cameron Highland. Orang kata kalau buah-buahan yang bawa turun dari tempat sejuk ke bawah ni akan tidak sama rasanya. Jadi sebab tu lah nak rebus makan macam tu dah tak berapa nak enak. Maka datang idea untuk buat Nasi Goreng Jagung Manis untuk makan malam
Bahan yang digunakan pun tak banyak dan boleh dapat kat dapur rumah jer, cuma mungkin jagung tu jer lah nak kena beli kat pasar tak perlu sampai ke Cameron Highland. Bahan yang Maha gunakan sangat simple dan mudah
1 biji Jagung Manis 1 biji Bawang Merah2 ulas Bawang Putih1 sudu masak Serbuk Kunyit1 sudu masak Minyak1 mangkuk Nasi Putihsedikit garam secukup rasa
Cara nak buat sangat mudah jer. Korang tak perlu nak rebus jagung tu hanya relaikan sahaja biji jagung dari tongkolnya. Cincang halus bawang merah dan juga bawang putih kalau nak tumbuk dengan lesung batu pun boleh ikut mana yang korang rajin. Maha malas sikit hanya cincang janji hancur ok
Lepas tu macam biasa panas minyak masak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan nasi putih dan paling elok gunakan nasi yang telah dimasak semalaman tak membazir. Cara nak masak nasi tanpa berkerak menggunakan dapur gas boleh baca kat post yang Maha share sebelum ini. Goreng sekejap dalam lebih kurang 5 minit. Barulah korang masukan biji jagung yang direlaikan tadi. Gaul sebati kemudian akhir sekali masukan kunyit dan juga garam secukup rasa
Siap buat resepi bujang yang sangat mudah dan sedap ni tak perlu nak berperang kat dapur cukup lah masak sikit-sikit sahaja. Sesuai untuk orang bujang yang malas macam Maha ni hehehe janji perut kenyang. Lepas ni akan banyak lagi resipi mudah macam ni Maha akan share dengan korang ok. Selamat mencuba semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/01/resepi-mudah-dari-dapur-mahamahu-nasi-goreng-jagung-manis.html