Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup



Resepi pengat pisang ini boleh membuatkan anda sentiasa termimpi-mimpi nak menikmati sajian manis ini setiap hari!
Resepi Pengat Pisang Terbaik Pengat pisang merupakan satu hidangan kuah manis yang lazimnya disediakan sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut dalam jamuan tempatan.
Hidangan pengat ini cukup popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Jenis Pisang dan Pengat Pengat lazimnya, disediakan menggunakan pisang, khususnya pisang Tanduk atau Pisang Lang. Bagi pembaca yang kurang arif tentang pengetahuan pisang, Pisang Tanduk atau plantain merupakan sejenis pisang bersaiz besar yang selalunya digunakan dalam masakan khususnya dalam penyediaan snek kerepek.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa pisang jenis ini diberi nama ‘tanduk’. Hal ini demikian kerana saiznya yang besar dan bentuk pisang yang melengkung seperti tanduk kerbau. Pisang Tanduk sesuai untuk dijadikan pengat kerana isinya yang berkanji. Apabila dimasak, pisang ini akan menjadi cukup lemak dan memang enak apabila dimakan.
Pisang Lang pula mempunyai tekstur yang lebih halus dan kurang berkanji. Namun begitu apabila cukup masak, memang manis. Kedua-dua jenis pisang ini seringkali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembeli kerana kelihatan sama. Jika tak pasti, tanya sahaja penjual, ya.
 
Pengat Pisang Lemak Manis Menanti Untuk menyediakan pengat pisang, mudah sahaja. Anda hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya tempatan.
Namun begitu, kami ada satu tip penting untuk anda. Jika anda tidak mahu pengat anda begitu manis, gunakan gula merah India. Anda boleh berkunjung ke kedai runcit mamak berdekatan dan tanya Anneh di kaunter agar anda tidak tersilap beli.
Sudah ada barang? Jom masak!
 
Bahan-Bahan
2 biji pisang ½ cawan sagu ¾ cawan gula merah 2 cawan air 1 kotak (200ml) santan 3 helai daun pandan  
Cara-Cara
Hiris pisang menjadi ketulan kira-kira 2-3 inci. Ketepikan. Rebus sagu hingga jernih. Tapis sagu dan ketepikan. Di atas api sederhana besar, panaskan 2 cawan air gula dengan daun pandan di dalam periuk. Apabila gula sudah larut, masukkan hirisan pisang. Kemudian masukkan santan dan sagu. Biarkan hingga mendidih selama 5 minit. Masukkan garam. Kacau dan padamkan api. Nota: Tapis dahulu gula merah sebelum guna. Ada kalanya, terdapat habuk halus akan terbentuk apabila gula merah lama tersimpan. Tak naklah pengat anda berasa berhabuk pula.
 
Kongsi, Jangan Tak Kongsi Sebelum menikmati pengat pisang anda, jangan lupa untuk tangkap gambar dan kongsi bersama kami dengan meletakkan #butterkicap dahulu sebelum anda pos di laman media sosial. Selain itu, jangan lupa kongsi resepi ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang teringin nak makan pengat pisang yang mudah tetapi cukup enak hingga satu mangkuk pun tak cukup.
The post Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/feature-recipe/resepi-pengat-pisang-makan-sekali-tak-cukup

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Pisang Goreng Gebu Gebas Aunty Zah

Resepi Pisang Goreng Gebu Gebas Aunty Zah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 527 hits
Resepi pisang goreng memang cukup banyak dan mudah untuk didapati Namun begitu resepi pisang goreng yang dapat menjamin hasil yang rangup di luar dan gebu di dalam memang susah nak jumpa Kini anda tak perlu asyik cuba resepi pisang goreng y...
Badan Lebih Cepat Kurus Hanya Dengan Amalkan Makan Pisang

Badan Lebih Cepat Kurus Hanya Dengan Amalkan Makan Pisang

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 515 hits
Badan Lebih Cepat Kurus Hanya dengan Amalkan Makan Pisang Rupanya Makan Pisang Badan Lebih Cepat Kurus Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebar...
Resepi Cekodok Pisang Enak Hingga Menjilat Jari

Resepi Cekodok Pisang Enak Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 481 hits
Cekodok pisang atau jemput jemput pisang merupakan hidangan minum petang yang cukup disukai golongan tua mahupun muda dari generasi ke generasi Rasa pisang yang lemak manis membuatkan anda termimpi mimpi tentangnya Makan pula dengan secawan...
Jangan Makan Pisang Bersamaan Dengan Bahan Makanan Ini Rileks Media

Jangan Makan Pisang Bersamaan Dengan Bahan Makanan Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 372 hits
Pisang buah yang enak dan hampir semua orang menyukai buah ini Tetapi ada beberapa larangan untuk memakan pisang bersamaan dengan beberapa bahan makanan dibawah ini 1 Semangka Buah semangka termasuk golongan buah dingin cocok untuk dikonsum...
Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Yang Terbaik Tanpa Perlu Membazir

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Yang Terbaik Tanpa Perlu Membazir

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 558 hits
Siapa yang tak nak sihat Siapa juga yang tak nak cantik Dek kerana faktor untuk menjadi semakin sihat dan cantik dalam satu masa inilah telah menyebabkan ramai orang terutama di kalangan wanita yang sangat suka untuk beli dan makan Vitamin ...
Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 529 hits
Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba