Resepi Pencuci Mulut Pavlova Lebih Gebu Gebas Dengan Menggunakan Beko Hand Mixer
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebenarnya Maha ni peminat makan dessert dan juga kuih-muih tak kisahlah yang tradisional atau yang modern. Tapi bab nak membuat kuih tu yang malas tahu makan jer wakakaka. Lama juga tak membuat resipi kat blog ni rindu nak memasak lak. Apa kata kali ni kita buat satu pencuci mulut modern yang mudah dan sangat cepat.
Kebetulan lak kat rumah ni dah ada satu pekakas baru iaitu BEKO Hand Mixer. Tak pernah dengarkan jenama ni, Maha sendiri pun baru jer tahu. BEKO ni adalah jenama yang sangat popular daripada Eropah dan kita tahu produk elektrik dari sana memang berkualiti. Sebenarnya Maha tertarik dengan produk ni sebab bentuknya cantik dan menarik, kalau nak banding dengan yang plastik tu ia mudah berwarna kuning dan cepat pecah. Tapi yang ni lebih tahan lasak menggunakan bahan yang baguslah boleh rasa bila korang pegang sendiri
Firstime cuba angkat mixer ni ingat berat tapi tidak yer ia ringan dan boleh dikendalikan dengan hanya sebelah tangan sahaja. Paling best tempat pemegangnya yang lembut dan tidak menyakitkan tangan. Tahu je lah kalau pakai mixer ni nak pukul tempoh yang lama tambah kalau buat kuih tradisional tu memang kena pegang lama-lama jari-jemari akan mudah kebas, tapi ini sangat selesa.
Tengok pulak ia ada 5 tahap kelajuan yang boleh ditetapkan dan nampak butang TURBO kat tengah tu kalau sekali-sekala nak guna untuk putaran yang kejap-kejap boleh tekan butang turbo tu. Produk ni kalau korang beli bukan sahaja dapat pemukul keluli tahan karat tapi dapat juga cangkuk doh untuk mengadun jadi kerja memasak lebih mudah dan cepat. Kat depan tu ada eject button untuk mudah korang nak keluarkan pemutar tu nak cuci nanti.
So senjata dah ada apa lagi jom kita masuk dapur hehehe. Kali ni Maha nak membuat pencuci mulut barat yang sangat popular ramai orang tahu buatnya. Maha nak buat Pavlova selalu tengok orang buat dan jual kat kedai jer kan kali ni Maha nak cuba sendiri buat dengan menggunakan pengadun baru ni nak test power
Bahan-bahan nak buat Pavlova sangat simple :
4 biji Telur (ambil putih sahaja)1 1/4 cawan Gula Putih1 sudu teh Asin Vanila 1 sudu teh Jus Lemon2 sudu teh Tepung Jagung
Bahan hiasan
1 cawan Butter Cream Ready-made Buah Strawberry dan Blueberry
Sebelum buat bahan adunannya korang kena panaskan oven dulu 150°C ok. Cara nak membuat Pavlova ni sangat mudah dan cepat korang kena tonton video ni dengan teliti.
Ada pantang larang kalau nak buat Pavlova ni menjadi korang kena pastikan telur yang digunakan tu adalah berkualiti dan masih baru. Juga semua peralatan yang nak digunakan bersih daripada sebarang cecair atau bendasing. Senang cerita korang lap dulu semua pekakas yang nak digunakan sehingga kering dan bersih termasuk mixer tu dan juga mangkuk yang nak digunakan. Kalau ada walau setitik air dalam tu nanti korang nya meringue tu langsung tak menjadi
Korang tengok betapa mudah nak buatkan Pavlova ni. Maha menggunakan mixer ni rasa sekejap jer dah jadi meringue tu. Pulak tu tak perlu nak penat-penat pukul ngan tangan. Paling best ia tak menghasilkan bunyi yang kuat. Jadi lepas ni boleh lah buat banyak lagi resipi sebab dah ada mixer ni. Nak buat kuih raya pun senang sebab dah tak lama nak puasa dan lepas tu dah nak raya betul tak. Jadi sesuai sangat kena standby peralatan macam ni
Jadi kalau sapa-sapa nak cuba resipi ni boleh try kat rumah ok. Nanti dah jadi korang kongsi dengan Maha mana tahu kita boleh tukar-tukar pendapat dan pengalamankan. Maha pun baru nak belajar buat dessert macam ni pasti ada kekurangannya hehehehe. Asyik buat makanan kampung jer sekali sekala buat yang barat baru rasa tercabar juga wakakaka. Jangan ada yang nak tempah pulak yer Maha buat untuk makan sendiri jer tau. Jemput makan dan selamat mencuba pada korang semua ok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/03/resepi-pencuci-mulut-pavlova-lebih-gebu-beko-hand-mixer.html