Resepi Nanas Goreng Viral
Nanas goreng??? Macam pelik dan tak pernah dibuat orang goreng nanas. Pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng dah biasa dengar dah. Tapi nanas goreng? Hari tu dengan tak sengaja, tertengok berita TV3. Kan ada selingan sikit tu kan.
Ada lah satu slot tu usahawan di Bandar Pasir Puteh, Kelantan jual nanas goreng. Dah setahun berniaga tapi baru-baru ni lah baru viral katanya. Dah keluar televisyen, mesti pergi jauh lagi viral dia. Ke belum lagi
Nanas ni sejenis buah yang berair sedap di makan begitu saja. Sedap ke dibuat goreng? Yang Fiza tahu makanan berasaskan nanas ni sedap dimasak pajeri nanas. Sedap oiii! Tapi tak pandai masak pajeri nanas
Nanas masak lemak pun sedap juga. Selain tu buat jus nanas pun sedap. Kalau nanas potong kecil-kecil yang masak campur gula dan air tu orang panggil ape ye? Yang macam dalam tin tu. Air nanas ke? Buat macam tu pun sedap juga
Masak dalam seperiuk lepas tu simpan dalam bekas letak dalam peti ais. Minum sejuk sejuk sedap betul
Tapi
Nanas goreng tu memang unik betul. Seperti apa yang Fiza tengok haritu, dia guna nanas madu sejenis nanas yang manis dan kurang berair. Kiranya nanas paling sesuai lah untuk dibuat goreng macam pisang goreng tu
"SAYA halalkan jika ada peniaga lain membuat nanas goreng, saya anggap rezeki masing-masing," kata peniaga yang tular dengan menu nanas goreng yang dijual di Kampung Panggung Rama, Pasir Puteh
Noor Hidayah Abdullah, 32, mencetuskan fenomena baru apabila makanan unik dijualnya tular di laman sosial
Ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah menjual nanas goreng sejak setahun lalu di belakang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh namun hanya tular beberapa hari lalu
Nor Hidayah berkata, dia mula berniaga nanas goreng dengan suaminya, Suzaimi Awang, 52, bermula dengan sepuluh nanas dan kini mampu menjual 200 hingga 250 kilogram nanas setiap hari
"Pada mulanya ada yang menganggap menu itu pelik tapi mula menyukai keserasian gandingan rasa manis nanas dan kerangupan salutan tepung
"Lagipun saya masih menjaga rasa asli nanas dan zat di dalam buah itu dengan hanya mencelup nipis salutan tepung dan menggoreng sekejap saja sekitar dua ke tiga minit sekadar tepung masak bagi mengelakkan nanas terlalu berminyak dan kecut," katanya ketika ditemui di gerainya hari ini
Nor Hidayah berkata, dia juga hanya menggunakan nanas madu bagi mengelak buah itu terlalu berair dan merosakkan adunan tepung
Nanas dipotong kecil dan dicelup adunan tepung sebelum digoreng seperti biasa, tujuan dipotong kecil supaya mudah sejuk dan kurang berair
Katanya, dia juga menggunakan adunan tepung berasingan untuk nanas iaitu adunan lebih pekat selain turut menyediakan dua kuali khas untuk menggoreng buahan itu dan menu goreng lain
"Sejak tular, pelanggan lebih ramai malah ada yang datang dari Sabah dan Pahang yang minta saya kongsikan resipi untuk mereka jual di gerai masing-masing
"Saya dan suami tak marah sebaliknya rasa terharu kerana ramai yang datang memuji keenakan nanas goreng yang dijual selain menarik orang makan buah," katanya
Nor Hidayah berkata, jika boleh dia ingin berjumpa semula dengan wanita usia 40-an yang pertama kali mengajarnya memasak nanas goreng yang akhirnya membuka rezeki buatnya
"Wanita itu mendakwa dia buat nanas goreng supaya anak dan cucunya gemar makan buah dan menyarankan saya menjual nanas goreng yang hingga kini mendapat permintaan tinggi pelanggan, kalau boleh saya nak jumpa dia dan ucap terima kasih," katanya
Nor Hidayah berkata, dia kini turut menjual nanas goreng keju dan buah sukun goreng bagi merancakkan lagi jualan makanan di gerainya yang dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang
Credit: Harian MetroResepi Nanas GorengResepi nanas goreng ni Fiza rasa macam sama je adunan tepung goreng dia untuk goreng pisang. Kalau nak cuba rasa, paling mudah beli je tepung segera untuk goreng pisang tu. Mudah bukan? Kalau nak sedap lagi, mungkin boleh cuba resepi dalam video ni
Macam menarik gabungan rasa nanas manis, ada masam sikit dan rangup bersalut tepung tu. Ada yang cuba? Atau baru je tahu? Kata viral. Biasa benda viral cepat je orang tahu.
credit : The Asian Kitchen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/resepi-nanas-goreng-viral.html