Viral Pelajar Upsi Cari Internet Dalam Hutan Bukan Mahu Berpolitik



Jika sebelum ini viral kisah pelajar Sabah yang sanggup membina pondok di atas pokok semata-mata untuk mendapatkan internet yang kuat demi menyiapkan tugasan online, kini tersebar pula kisah pelajar dari Sarawak pula yang terpaksa masuk ke dalam hutan untuk untuk selesaikan 'online presentation'.

Pelajar yang dikenali sebagai Rose ED itu kini belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak dan sudah pulan ke kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Internet sangat lemah di kawasan pedalamanBagaimanapun, ada sedikit halangan baginya untuk menyelesaikan tugasan online kerana internet yang lemah di kawasan rumahnya. Berikut adalah perkongsian dari Rose ED:


Berkelambu di dalam hutan. Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, harini saya terfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk hihihi.

Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah pembentangan kumpulan atas talian (online) melalui sistem MyGuru. Sepatutnya pembentangan ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkan diri ekoran daripada capaian Internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman.

Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapkan diri sendiri sebelum pembentangan bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat di dalam gambar tersebut, lokasi ini adalah di kawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah. Capaian Internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang.

Saudara saudari, walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian Internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi untuk mencari Internet seperti kawasan berbukit, kawasan ladang sawit etc.


Namun kawasan ini tidak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkan saya sendiri mempunyai jadual kelas yang penuh kecuali Selasa dan Ahad.

Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selepas habis kelas, saya dapat menolong ayah baik pulih pondok di kebun untuk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.

Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidak lah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan adalah memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari.

Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari, tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan.

Sebagai seorang pelajar tahun akhir, saya sangat memerlukan capaian Internet yang bagus untuk akses maklumat projek tahun akhir (FYP).

Segala sistem MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung tak dapat di akses.


Saya berharap coretan ini dapat sampai kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan pelajar yang betul-betul memerlukan capaian Internet yang bagus.

Mungkin coretan ini agak kurang bagus untuk dibaca dan saya sendiri mengaku masih kekurangan ilmu dalam penulisan. Mohon maaf dipinta sekiranya tersalah dan terkasar bahasa.

Demi mencari ilmu aku gagahkan jua tiada yang menjadi penghalang ( Nur Shafika, 2020)
Coretan Rose ED,
Pelajar Tahun Akhir,
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

#Upsi
#SoaringUpwards

Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah disalah erti bagi sesetengah pihak dengan mempolitikkannya.


Berdasarkan posting terbaru Rose ED, ada menyatakan bahawa UPSI telah menjaga kebajikan pelajarnya dan memahami masalah pelajar yang mengalami masalah internet.

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak UPSI adalah dengan menghantar nota pembelajaran secara pos terus ke rumah pelajar.

Rose ED juga mengakui yang perkongsiannya itu juga adalah untuk membuka mata pihak kerajaan negeri yang seharusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.


OHMEDIA: KITA HARAPKAN AGAR PERKARA INI DIAMBIL SERIUS OLEH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMANYA UNTUK MEMBANTUK MEREKA YANG TINGGAL DI KAWASAN PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK.

Kredit: Rose ED

+ Baca respon pembaca yang turut mahukan pihak berwajib lakukan sesuatu di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/06/viral-pelajar-upsi-cari-internet-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Ums Panjat Pokok Cari Line Internet Tak Hairan Sebab Telco Malaysia Hanya Setanding Bangladesh

Pelajar Ums Panjat Pokok Cari Line Internet Tak Hairan Sebab Telco Malaysia Hanya Setanding Bangladesh

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 626 hits
Video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian sepatutnya menjadikan kemaluan pengen...
Bakal Guru Berkelambu Di Dalam Hutan Untuk Capai Internet

Bakal Guru Berkelambu Di Dalam Hutan Untuk Capai Internet

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 504 hits
BERKELAMBU DI DALAM HUTAN Posting asal Rose ED Bakal guru berkelambu di dalam Hutan untuk capai Internet Setelah melihat video viral budak Sabah haritu harini saya trfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk hihihi H ari i...
Data Internet Percuma Kepada Pelajar Upnm Dengan Kerjasama Redone

Data Internet Percuma Kepada Pelajar Upnm Dengan Kerjasama Redone

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 465 hits
Bagi membantu pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran UPNM dengan kerjasama REDONE akan memberikan data internet percuma bagi tujuan pembelajaran Sebelum ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan dimana segala sesi pengajaran dan pembe...
Ular Tedung Dijumpai Di Bawah Meja Sekolah Pelajar Video Viral

Ular Tedung Dijumpai Di Bawah Meja Sekolah Pelajar Video Viral

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 681 hits
VIDEO VIRAL ULAR TEDUNG DIJUMPAI DI BAWAH MEJA SEKOLAH PELAJAR HATI HATI BUKA SEKOLAH NANTI CHECK DULU NASIB BAIK BERJAYA TANGKAP
Pelajar Gembira Video Panjat Pokok Dapatkan Internet Terima Reaksi Positif

Pelajar Gembira Video Panjat Pokok Dapatkan Internet Terima Reaksi Positif

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 420 hits
Baru baru ini tular video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian Video yang dimuat naik ...
Universiti Tempat Belajar Bukan Tempat Cari Jodoh

Universiti Tempat Belajar Bukan Tempat Cari Jodoh

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 344 hits
Universiti memang bukan tempat cari jodoh tetapi bila dah keluar universiti lagi susah nak cari jodoh yang baik baik Artikel yang saya ambil bersumber dari puan Atikah Shafii seorang kaunselor keluarga ini menarik untuk dibaca Universiti te...
Galah Tak Cukup Panjang Sambung Yang Elok Jangan Cari Yang Reput Patah Timpa Kepala

Galah Tak Cukup Panjang Sambung Yang Elok Jangan Cari Yang Reput Patah Timpa Kepala

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 295 hits
W FAUDZINGalah tak panjang dikaitkan jugaAir kelapa penghilang dahagaDitinggal kawan ku gagahi juaMenyahut seruan rakyat merata Lawan tetap lawanLawan sampai menang Photo Anwar sessi panaskan badan
Apa Lagi Yang Mahathir Cari

Apa Lagi Yang Mahathir Cari

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 337 hits
Barangkali ramai yang terfikir fikir mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati matian untuk memegang jawatan tersebut ...
Dunia Artis Masa Untuk Cari Duit Che Ta

Dunia Artis Masa Untuk Cari Duit Che Ta

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 346 hits
Rozita Che Wan membahagikan masa dan menyusun jadual dengan teratur apabila terpaksa menghabiskan baki penggambaran drama yang belum selesai Foto Rozita Che Wan KUALA LUMPUR Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta 47 ketika ini antara bintang la...
Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

What S So Hard About Building Trains

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Jackson Got7 Tulis Surat Menyentuh Untuk Ibu Bapa Peminat Sambut Hari Lahir Ke 31

Video Gelagat Anak Achey Menangis Salam Raya Raih Perhatian Suruh Minta Maaf Menjerit Pula Dia Hahaha

Ustazah Asma Harun Tegur Wanita Muslim Berjoget Sebelum Ambil Duit Raya Jangan Normalisasikan

Samsung Dilapor Tunda Pelancaran Galaxy S25 Edge

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble