Resepi Muffin Blueberry Gebu Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Muffin Blueberry Gebu, Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan | Salam semua, resepi muffin antara yang paling mudah nak buat sebenarnya sebab cara buat dia tu macam buat cucur. Lagipun tak payah guna mixer. Mixer ni rasanya semua ada masalah malas nak keluarkan mixer kan
Mesti ramai termasuk lah sis sekali. Kali pertama masa nak belajar kenal muffin ni sis pun berasa jakun, macam susah jer. Tapi lama - lama buat, rasa macam dah senang sangat.
Kalau terasa malas nak keluarkan mixer, jom belajar buat resepi muffin mudah. Kali ini nak belanja resepi muffin bluberry. Resepi muffin mudah ikut sukatan cawan. Sukat pakai cawan senang.
Walaupun nampak senang tak payah keluarkan mixer, orang kata buat pun macam cucur. Tapi muffin ni kalau salah godek jadi bantat
Banyak faktor kenapa muffin jadi bantat sebenarnya. Dan salah satunya adunan tak boleh terlebih kacau.
Yang baru nak belajar kali pertama buat kalau pertama kali buat dah tak jadi jangan lah down sangat ya. Biasalah tu pengalaman kan. Jom cuba resepi muffin blueberry yang mudah ini. Sedap, gebu dengan bluberry segar.
Baca : Resepi Muffin Pandan Mudah
Resepi Muffin Blueberry Gebu, Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan
Bahan - Bahan:
3 sudu besar butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telur dipukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam ( tak letak )
1 - 1 1/2 cawan blueberry segar
1 sudu kecil vanilla
Cara - Cara
1. Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.
2. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan
garam.
3.Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan
kertas.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.
5. Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya.
Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.
Nota : Sis bakar dalam 20 minit suhu 150 C. Pastikan suhu oven masing-masing
Lain kali nak masukkan tepung gandum diselangseli dengan susu.
Kredit : aziekitchen.com
Baca : 5 Resepi Cupcake Mudah Dan Moist Sangat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2015/02/blueberry-muffin.html