Resepi Blueberry Jam Sedap Dan Mudah Guna 3 Bahan Sahaja


RESEPI BLUEBERRY JEM SEDAP DAN MUDAH  GUNA 3 BAHAN SAHAJA | Saya sangat suka makan buah blueberry. Kalau pergi pasaraya memang sambar la sekotak dua. Bagi penggemar buah macam saya mesti akan suka buah Blueberry. Buah ni baik untuk kesihatan.Banyak manfaat kalau selalu makan.Tapi harganya memang mahal sikit walaupun sekotak kecil je.





Kadang-kadang nasib tak baik. dapat juga buah Blueberry yang lembik dan rosak. Tapi saya tak buang tau.saya masuk kan dalam satu bekas dan simpan dalam peti sejuk kat bahagian sejuk beku. Tiap kali beli blueberry, kalau ada buah yang rosak saya masuk kan dalam bekas tu. Eh!!sedar tak sedar dapat 1 mangkuk blueberry dah.
Nak buat apa buah Blueberry yang rosak ni? Apa lagi..Buat jem la. Kalau beli di kedai rasa manis sangat. Tak sesuai dengan tekak.Rasa blueberry nya kurang , rasa gula saja yang lebih.Entah2 letak bahan pewarna juga,  Tapi kalau buah sendiri, boleh kurangkan gula.
Blueberry jem yang kurang manis boleh juga kita letak atas lapisan kek. Memang sedap.. Kalau buat jem tu manis sangat, tak sesuai nak letak atas lapisan kek. Nanti orang makan rasa manis sangat sebab kek dah cukup manis.Letak pula jem blueberry manis. Boleh potong kaki oi!!ahhaha
Selain tu boleh juga dimakan dengan roti atau scones. Dengan waffle pun boleh. Kalau nak resepi waffle , ada saya kongsikan dalam blog ni. Nanti boleh la makan dengan blueberry jem. 

Resepi Jem Blueberry yang mudahBuat Blueberry jem ni tak ambil masa yang lama pun. cuma dalam 30 minit saja untuk dapatkan jem yang pekat dan cukup masak. Saya guna 1 mangkuk kecil buah blueberry je. Jadi dapat la 1 bekas kecil jem. Ala..bekas yang selalu orang jual jagung cawan tu.Tak banyak pun.jadi la..boleh juga buat calit2 roti bila lapar.Heheh
Makan dengan roti pun sedap.

Bagi yang nak cuba membuat Blueberry jem sendiri, ini resepinya:


Bahan-Bahan membuat Jem Blueberry 150 -200g buah blueberry 
2 sudu gula
1 sudu kecil perahan lemon (untuk ada rasa masam-masam sikit.kalau tak nak letak pun tak pe)


Cara penyediaan jem BlueberryMasuk kan semua bahan dalam pan.
Buka api perlahan saja. kacau-kacau supaya jem tak hangus.
Masak hingga gula dan buah mencair. tekan2 sikit buah tu dengan wisk atau senduk.
Saya suka kalau buah blueberry tu tak hancur semua.
Masak hingga betul2 mendidih. kena kacau selalu.
Bila gula dan mencair semuanya dan mendidih tutup api dan ambik sedikit jem letak kan dalam piring.
Tunggu sejuk. kalau jem jadi pekat dan macam gel, maknanya jem dah siap.
Tapi kalau dah sejuk pun dia cair saja maknanya jem belum cukup masak. Kena letak atas api lagi dan pastikan betul2 masak. baru lah diangkat dan masuk kan dalam bekas.
Dapat 1 bekas kecil ni saja. :)

Simpan dalam peti sejuk supaya jem tak mudah rosak dan tahan lama.Senang saja cara membuatnya..kan?
Buah Yang boleh dibuat JemSebenarnya bukan Blueberry je boleh buat jem guna resepi ni.Korang boleh gunakan strawberry, anggur, rambutan, laici dan banyak lagi buah lain untuk dijadikan jem. Cuma pastikan buah tu tak de ulat je la. Kalau ada ulat kena buang terus.kalau buah rosak tu setakat pecah2 sebab tertindah saja, sesuai la untuk buat jem.
Ok la..semoga artikel Resepi Blueberry jem Sedap dan Mudah guna 3 bahan sahaja dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/09/resepi-blueberry-jam-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Muffin Blueberry Gebu Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Muffin Blueberry Gebu Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 490 hits
Resepi Muffin Blueberry Gebu Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan Salam semua resepi muffin antara yang paling mudah nak buat sebenarnya sebab cara buat dia tu macam buat cucur Lagipun tak payah guna mixer Mixer ni rasanya semua ada masalah malas ...
Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan Resipi Chicken Chop Homemade Ni Memang Terbaik

Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan Resipi Chicken Chop Homemade Ni Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 417 hits
Semua orang suka makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Mudah sedap dan tak ...
Resepi Bubur Nasi Ala Mc D Yang Sedap Dan Mudah Dimasak

Resepi Bubur Nasi Ala Mc D Yang Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 484 hits
Resepi Bubur Nasi Ala Mc D yang sedap dan mudah dimasak Assalamualaikum Kalau sebut tentang bubur nasi ada pelbagai cara dan resepi yang ada Lain orang lain cara dan rasanya Nak memasak bubur nasi ni bukan hanya ikut resepi semata tapi yang...
7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba

7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 345 hits
7 Resepi Makaroni Sedap Mudah Masak Macam Pro Untuk Kita Cuba Makaroni mungkin masih ada yang masih tidak tahu bagaimana untuk memasaknya akan tetapi makaroni ini sebenarnya mudah saja untuk memasaknya Bahkan makaroni ini boleh dipelbagaika...
6 Bahan Je Untuk Resepi Brownies Cookies Kedut Mudah Dan Gerenti Jadi

6 Bahan Je Untuk Resepi Brownies Cookies Kedut Mudah Dan Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 461 hits
6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES MUDAH DAN GERENTI JADI Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua Perghhh lama gia tak baking wei Dulu dulu baking ini lah terapi mummy sehingga wujudnya blog pertama mummy Sekarang ni dapur dah cant...
Cara Buat Apam Lenggang Sedap Bahan Bahan Sukat Guna Cawan Je

Cara Buat Apam Lenggang Sedap Bahan Bahan Sukat Guna Cawan Je

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 491 hits
Anda suka makan Apam Lenggang Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zaimah Zakaria yang anda boleh cuba buat secara homemade Senang je rupanya Bahan bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu Senangla...
Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 354 hits
Suka makan kek buah Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan Kalau beli harganya pun boleh tahan mahal Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni Hanya d...
Resepi Soto Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan Sedap

Resepi Soto Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 384 hits
RESEPI SOTO Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan SedapResepi Kuah Soto
Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap Serius Senang Nak Buat

Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Chocojar Sedap Serius Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 362 hits
Sebut je coklat tak kira orang dewasa atau kanak kanak pasti akan sukakannya Bagi yang teringin untuk makan kudapan berasaskan coklat apa kata cuba buat sendiri chocojar yang ranggup dan pastinya ralit apabila dimakan Kalau tengah tengok TV...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis