Resepi Makaroni Bakar Bersama Bebola Daging Enak Mudah Nak Buat Anak Makan Confirm Berselera
Pasta sering menjadi pilihan anak-anak selain mee atau nasi. Tambah pula kalau dimasak mengikut selera mereka dan ditambah dengan pelbagai bahan lain yang akan membuatkan mereka teruja untuk terus menikmatinya.
Resepi macaroni bakar bersama bebola daging yang dikongsi oleh Ain Khamis boleh mama cuba untuk jadikan hidangan sarapan atau minum petang bersama keluarga. Mudah dan cukup menyelerakan!
Baked macaroni with meatball
Creamy sauce :
1 cawan susu segar
2 sudu besar buttercup/marjerin
1 sudu besar tepung gandum
** dimasak atas api Yang kecil hingga sedikit pekat. Ketepikan
Macaroni :
1 cawan macaroni, direndam dalam 30min sebelum direbus. Rebus hingga empuk dgn sedikit garam & minyak
1 bungkus bebola daging.. Terpulang nk guna bnyk mana.. Basuh, toskan & goreng bersama minyak hingga garing
1 labu bawang merah, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dihentak & dicincang halus
** tumis kedua bahan tersebut hingga naik bau, jgn hangus
1 cawan daging hancur/kisar kedalam tumisan bawang² tadi. Letak 1 sudu kecil lada hitam yg dikisar halus & garam secukupnya . Kalau nk pedas letak black pepper lebih xpe.
1 batang carrot & lada benggala hijau, dipotong dadu. Masukkan kedalam bhn tumisan tadi. Kacau rata & masak hingga air daging tadi sedikit kering.
masukkan 1 tin SOS prego 300gram kedalam bahan² tadi, diikuti dgn bebola daging Yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.
dah mendidih,, masukkan macaroni yg telah direbus & kacau rata. Matikan api
turn on oven, panaskan dalam 10min dgn suhu 170 .
susun bebola daging kedalam aluminium foil. Kutip la bebola tadi tu dulu,, lps tu ceduk pulak macaroni. Curah dgn creamy sos yg mula² kita buat tadi. Dah tu, tabur la mozzarella cheese sebanyak yg korang suka..kalau nk pedas,, add on cili hiris kat atas tu.. Then bakar selama 20min atau hingga cheese mencair.
Apepon selamat mencuba.. Ubahla ikut creativity & selera tekak masing² .
Kredit : ain kamis
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Resepi Makaroni Bakar Bersama Bebola Daging Enak, Mudah Nak Buat Anak Makan Confirm Berselera! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resepi-makaroni-bakar-bersama-bebola-daging-enak-mudah-nak-buat-anak-makan-confirm-berselera/