Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir



Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir
Resepi Mee Hailam. Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan…jom ikut cara disediakan Mee Hailam yg sangat sedap rasanya.
Ciri-ciri utama mee hailam ialah kuahnya mesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:5-6 orang
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk mee (dicelur):
air secukupnya
1 pek /450g mee kuning
Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
sedikit minyak, untuk menumis
2 ulas bawang putih. hiris nipis
1 biji bawang merah kecil, hiris nipis
1 sudu besar cili kisar
1 ketul isi ayam, hiris kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 batang karot
sayur sawi, asingkan daun dan batang
2 keping fishcake, potong nipis
3 cawan air (anggaran)
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
4-5 ekor udang besar
kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
2 batang baby corn
2 ekor sotong
sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 biji tomato, belah 6
garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiasan:
daun sup
bawang goreng
cili merah
limau nipis
Cara Penyediaan:
Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.
Tips:
Serbuk lada sulah sangat penting untuk menghilangkan bau hanyir jika ada.
Sotong dimasukkan akhir supaya isinya tidak liat.
Kalau kurang masin, boleh tambah garam secukup rasa.
Resepi Che Nom
Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir
Baca Artikel Menarik :
Pertemuan misteri di Jalan Bellamy semalam Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah Polis Buru Doktor Palsu Suntik 812 Orang Guna Air Uyaina dikecam pakaian macam rahib Resepi Terung Goreng Kicap Bercili Layari Laman Facebook MYKMU
Resepi sambal tumis sotong petai

The post Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/04/resepi-mee-hailam-kuah-pekat-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Asam Pedas Pekat Rusuk Kambing

Resepi Asam Pedas Pekat Rusuk Kambing

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 365 hits
ASAM PEDAS PEKAT RUSUK KAMBING Jangan lupa dihidangkan bersama telur masin sambal belacan Dan Ulam ulamanBahan bahan 1 kilo rusuk kambing1 Helai Daun Kunyit4 helai daun limau purut1 batang serai1 BatanG Bunga Kantan1 biji buah tomato2 biji ...
Roti Jala Pandan Dengan Kuah Durian Bersagu Kuah Jadi Lagi Pekat Likat Sedapnya

Roti Jala Pandan Dengan Kuah Durian Bersagu Kuah Jadi Lagi Pekat Likat Sedapnya

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 481 hits
Serawa durian atau pengat durian mungkin sudah terbiasa namun bila digabungkan bersama biji sagu kuah durian menjadi lebih sedap dan pekat Lagi pula digabungkan bersama Roti Jala Pandan memang sedap Nak cuba resipinya Jom cuba resipi perkon...
Resepi Kuah Rojak Buah

Resepi Kuah Rojak Buah

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 446 hits
kuah rojak buahBahan 1 botol sos cili1 botol kicap lemak manis 350 gm gula3 keping nisan besar sedikit blacancili kering blend Cara Masukkan semua bahan bahan ke dalam periuk periuk boleh masukkan air dalam botol botol tu untuk habis kan si...
Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 397 hits
Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap Sebenarnya resepi gulai daging ni ada bermacam macam mazhab sebab walaupun pada asasnya semuanya kari tapi bahan bahan yang digunakan tu ada yang pelik pelik tapi sedap contoh resepi dibawah ni memang s...
Resepi Kuah Lontong

Resepi Kuah Lontong

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 234 hits
Kuah lontong Bahan bahan kuah lemak lontong 1 4 biji kubis1 batang carrot potong panjang9 batang kacang panjang1 ikat soo hoon1 keping fucuk potong panjang1 keping tempe potong dadu dan goreng dahulu2 batang serai ketuk1 cawan udang hidup1 ...
Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style

Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 1025 hits
As Salam Dengan Bismillah Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style Entri masak masak ni sebenarnya entri throwback gitu Saya masak menu ni untuk makan tengahari hari semalam Weekend kan K...
Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi Tea

Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi Tea

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 708 hits
Resepi Bekang Kuah Lemak Manis Untuk Hi TeaHi Tea ini sangat digemari di negeri Pantai Timur iaitu negeri TerenganuAnda juga boleh mencubanyaHi tea ambe petang ni Bekang Kuah Manis dan Lemak
Resepi Roti Butter Golok Viral

Resepi Roti Butter Golok Viral

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 265 hits
ROTI BUTTER GOLOK VIRALBahan 1 Cawan air suam1 Peket yis4 Sudu gula2 Sudu susu pekat2 sudu planta3 1 2 cawan tepung roti sya pakai tepung roti1 biji telurCaranya Campurkan yis dan air biarkan yis rehat dan berbuih Telur dipukul sedikit Camp...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama