Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan


Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini teringin betul nak makan masak lemak ketam. Lama benar rasanya tidak makan ketam. Kenapa lama? Sebab dalam rumah ni Sha sorang sahaja yang makan ketam, maklumlah nak makan ketam sedikit rumit berbanding lauk lain. Jadi Sha akan beli ketika teringin sangat.


Suami Belanja Beli KetamJadi apa lagi, kita pujuklah suami untuk belikan ketam. Tapi itulah, suami Sha kalau minta benda yang dia tak makan lambat sikitlah dapat kecuali kalau mintak McDonald's memang laju dia keluar beli..ehehehe.. Hari sebelum PKP diumumkan Sha sempatlah keluar beli barang dapur sebelum orang lain menyerbu supermarket yang ada. Sebelum keluar rumah suami hulur kad bank, untuk beli barang rumah. Memandangkan suami dah bagi belanja, Sha pun belilah ketam 3 ekor. 3 ekor je? Cukuplah untuk Sha sorang makan, kalau ada pun suami ambil sebelah ekor.
Beli Sayur Paku RawanApa itu paku rawan? Sebenarnya Sha mula makan paku rawan ini dalam 3 tahun lepas di sebuah kedai makan popular di Lenggong, Perak. Sejak dari itu, barulah Sha berani nak beli sayur ini. Maklumlah selama membesar tak pernah jumpa sayur ini di kampung, bila dah pindah Perak adalah beberapa sayur baru yang Sha kenal.





Rupanya paku rawan sebenarnya tumbuhan yang tumbuh meliar di tepi parit dan sawah padi. Ianya spesis tumbuhan yang cepat membiak. Walaubagaimanapun, Sha tertarik dengan khasiat paku rawan selain Sha suka rasanya. Paku rawan dikatakan baik untuk sistem pencernaan manusia kerana ianya tinggi serat. Paku rawan juga bersifat antioksidan yang mana baik untuk jantung kita.
Selepas membeli paku rawan, Sha teringin nak masak cara lain selain hanya rebus dan buat cicah budu. Oleh kerana suami dah belanja ketam, Sha ambil keputusan untuk masak lemak paku rawan sekali dengan ketam yang ada.
Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku RawanAkhirnya bersatulah Masak Lemak Ketam Dengan Masak Lemak Paku Rawan di dalam periuk. Alhamdulillah, ketam dan paku rawan dapat berkawan baik dan menghasilkan lauk makan tengahari Sha yang menyelerakan. Memandangkan anak-anak tak makan ketam, Sha masakkan sardin untuk mereka.




Bahan-Bahan Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan3 ekor ketamSeikat Paku Rawan2 cawan santan pekat2 biji bawang merah*2 ulas bawang putih*1 inci halia*1 inci kunyit hidup*6 biji cili hijau*
bahan-bahan bertanda * dikisar bersama
Cara-cara memasak Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan

1. Cuci paku rawan dan potong lebih kurang 2-3 inci

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar

3. Masukkan sedikit air dan masukkan santan dan kacau,
4. Bila santan sudah panas, masukkan ketam dengan paku rawan

5. Kacau hingga masak. Tidak perlu terlalu lama untuk pastikan paku rawan tidak terlalu lembik

Boleh juga masak lemak kulat sisir ------> Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang
Kalau masak lemak paku rawan macam ni nak lawan dengan ikan goreng garing mesti lagi best! Nanti nak beli lagilah tapi ganti ketam dengan udang pulak, sebab anak-anak suka makan udang. Hah! Korang masak apa tu? Kalau nak cuba masak macam Sha masak ini pun boleh sahaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/06/resepi-masak-lemak-ketam-dengan-paku-rawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap

Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 656 hits
Resepi Masak Lemak Kuning Telur Itik Simple Tapi Sedap Assalamualaikum wbt Hi korang Lamanya tak share resepi kat sini Yang ada pun kat sini banyak yang repost balik hehe Hari ni agak rajin sikit nak masak dan share resepi sebabnya resepi k...
Ketam Masak Blackpepper

Ketam Masak Blackpepper

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 467 hits
Assalamualaikum TAK puas makan bulan puasa hari tu sekali lagi Pak Inche ajak cari ketam sempena cuti umum Hari Wesak semalam Kali ini Pak Inche mengajak ke Kong Kong Laut Masai kerana tekak dia nak makan ketam nipah Jadi lepas ambil Chocol...
Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

Resipi Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Mudah Dan Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 391 hits
Masak Lemak Cili Padi Udang Nanas Bila work form home hari harilah masak sejak setahun yang lalu Bila dah hari hari masak barulah rasa macam mana surirumah yang lain rasa walaupun masak hari hari Rasa apa Rasa tak tahu nak masak apa dan ras...
Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang

Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 673 hits
Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang PKP lagi maknanya semua orang akan berada di rumah Kalau tempat akak ni petang petang selalunya hujan turun memang asyik masuk dapur sahaja la masing masing Sampaikan hilang idea nak masak apa En hubby r...
Cara Masak Bubur Sumsum Yang Lembut Cukup Rasa Lemak Manisnya

Cara Masak Bubur Sumsum Yang Lembut Cukup Rasa Lemak Manisnya

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 232 hits
Bubur Sumsum satu lagi manisan atau dissert tradisonal yang kerap dihidangakan di majlis majlis keraian dulu dulu sangat sedap dan mudah disediakan Sekarang ini pun masih ramai yang membuatnya sebagai dissert Kepada anda yang belum mencuba ...
Menu Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Memang Buat Bertambah Makan

Menu Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas Memang Buat Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 387 hits
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran waktu lockdown ni Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan lauk pauk hari raya Muak pula rasanya Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur Paduan rasa masam manis dan...
Mak Pah Mengidam Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Mak Pah Mengidam Daging Salai Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni Mak SA teringin nak makan daging salai masak lemak cili api nasib la semalam SA ada beli daging batang pinang sekilo so hari ni Pak Zain tolong la salaikan pucuk ubi pun SA dah petik semalam kat simpang ruma...
Perdana Menteri Australia Beri Resepi Masak Rendang Sedang Wabak Covid19 Melanda

Perdana Menteri Australia Beri Resepi Masak Rendang Sedang Wabak Covid19 Melanda

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri Australia Scott Morrison memasak rendang Facebook Scott Morrison Perdana Menteri Australia Scott Morrison nampaknya mempunyai masa untuk berehat Scott Morrison berkongsi salah satu aktivitinya di akaun media sosial Facebook ...
Resepi Soto Simple Dengan Begedil Dan Sambal Kicap Sesuai Untuk Baru Nak Belajar Masak

Resepi Soto Simple Dengan Begedil Dan Sambal Kicap Sesuai Untuk Baru Nak Belajar Masak

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 420 hits
Resepi soto cepat dan mudah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Alhamdulillah walaupun beraya simple sahaja tahun ini tetapi ia tetap diraikan Baru baru ini Sha memang teringin sangat nak makan soto biasanya musim raya mesti nak makan...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey