Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang Yang Menyelerakan


Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebulan yang lepas, Sha hadir di suatu program bersama klien dan pemimpin masyarakat. Selepas selesai tugas, Sha dan kawan-kawan yang lain tak makan makanan yang disediakan oleh pihak penganjur. Tak makan bukan sebab apa, sebab ramai jadi tak nak lah berhimpit-himpit untuk makan kenalah jaga SOP kan. Kami ambil keputusan untuk makan bila balik ke pejabat sahaja. Apabila orang ramai dah siap makan, kami pun dah masuk ke dalam kenderaan untuk balik. Tiba-tiba penghulu kawasan berkenaan yang boleh dikatakan tuan rumah bersama pengarah jabatan Sha sendiri telah menjemput kami untuk turun semula dan menjamah juadah yang ada. Jadi kami pun turunlah bagi menghormati mereka

Sebenarnya Sha memang suka kalau buat program di kawasan sini sebabnya tahu kebiasaan makanan disediakan sedap-sedap. Alhamdulillah, memang rezeki kami lauk-pauk memang banyak lagi. Untungnya kami makan dengan hidangan khas untuk kami tanpa beratur. Jadi dapatlah kami makan dengan selesa dan tanpa segan. Ahhahaa... Tengok hidangan pun dah tahu sedap, ada ikan kukus goreng dan masak lemak. Katanya akak tukang masak, semua lauk adalah mengikut kesukaan Yang Berhormat (YB)yang hadir tadi.  Kalau macam ni punya lauk, bukan setakat YB suka kak, kami pun suka. Itulah kali pertama Sha makan Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir dengan Isi Kerang. Memang bertambah-tambah la Sha makan. Rasa dia pun teringat-ingat sampai rumah



Rezeki bulan puasa baru Sha dapat masak sendiri gulai lemak kulat sisir atau cendawan kukur tu. Masa mula-mula nak makan tu Sha tanya "Ini masak lemak apa?" "Ni masak lemak shisho" katanya akak tukang masak. Shisho tu apa la pulak, rupanya Kulat Sisir...huhuhu.. Hari ahad ada pasar pagi kat tempat tinggal Sha, jadi memang dah target nak masak Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir dengan Isi Kerang. Alhamdulillah, selepas hampir putus asa sebab tak jumpa kulat Sha belilah pucuk paku sebagai ganti. Tapi Sha cuba juga ke kedai akhir, dengan harapan ada rezeki. Akhirnya ketemu juga Sha dengan kulat sisir yang hanya tinggal sepinggan sahaja. Rezeki pagi itu dapatlah kerang segar dan kulat sisir. Sha simpan resepinya kat sini dulu ya, nanti nak masak lagi

Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang

2 cawan kulat sisir / cendawan kukur1 kg kerang segar5 biji cili hijau1 biji cili padi ( Sha nak tambah pedas )1 biji bawang merah1 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup
2 batang serai500 gram santan segar1 keping asam kepingGaramGula

Cara-cara memasak Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir / Cendawan Kukur


1. Cuci dan rebus terlebih dahulu kerang dengan sedikit garam. Selepas sejuk, ambil isi kerang sahaja
 2. Kulat sisir atau cendawan direndam di dalam air bersama dengan sedikit garam. Selepas nampak kulat dah lembut, cuci dan toskan

3. Masukkan santan ke dalam periuk diukuti dengan cili hijau, cili padi,bawang merah, bawang putih dan kunyit yang telah di kisar. Buka api dapur.

4. Kacau santan dengan bahan kisar hingga sebati

5. Kemudian masukan serai yang telah diketuk dan juga asam keping

6. Masukkan kulat dan isi kerang yang telah kita rebus dan ambil isinya tadi

7. Perasakan dengan garam dan gula

8. Jangan tinggal periuk, pastikan kuahnya dikacau supaya tidak berketul


Untuk hidangan Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir ini Sha padankan dengan ikan rebus goreng dan juga budu. Memang menambahlah nasi, nasib baik Sha lebihkan sikit sahaja kalau tak bahaya lagi banyak kali ceduk nasi..hihihihi.


Macam korang nampak dalam gambar tu ada nampak hijau-hijau kan. Itu gambar semasa sahur, lauk ada lebih lagi. Memandangkan kulat sisir dah habis, Sha tambahkan pucuk paku dan baki isi kerang yang ada. Jadi berbuka dengan Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir, manakala bersahur dah jadi Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dengan isi kerang

Paling best, suami dan anak-anak berselera menikmati kuah masak lemak dan isi kerang yang segar itu. Lepas ini kena masak lagi la nampak gayanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/04/Masak-Lemak-Cili-Padi-Kulat-Sisir-Dengan-Isi-Kerang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 586 hits
Bahan bahannya 1 kg daging salai15 biji belimbing buluh atau pucuk ubi kayu4 batang serai dititikSemangkuk santan segar3 keping asam gelugorBahan bahan kisar 4 ulas bawang merahSegenggam cili padi kampung 1 inci halia2 inci kunyit hidup3 se...
Ayam Masak Lemak Cili Padi Aiskrim Goreng Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Ayam Masak Lemak Cili Padi Aiskrim Goreng Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 447 hits
Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya Amirul Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa Berbicara t...
Resepi Pucuk Paki Masak Lemak Cili Api Udang

Resepi Pucuk Paki Masak Lemak Cili Api Udang

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 916 hits
Dapat makan masak lemak pucuk paku dengan udang serius layan silap2 tambah 2 3 kali pon tak sedar Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Udang Bahan bahannya1 2 ikat pucuk paku2 Kunyit3 Cili padi mengikut kepedasan yg kita suka 4 Serai 5 Udang6 Sa...
Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Bayam Brazil Di Puasa Kedua

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Bayam Brazil Di Puasa Kedua

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 551 hits
Assalamualaikum SATU SATUNYA lauk yang dimasak dan dihidang untuk berbuka puasa hari kedua Ramadhan 1442H Oh lupa sebenarnya ada dua lauk yang dihidangkan Satu Udang dengan bayam brazil macam dalam gambar ni la satu lagi lauk udang yang tak...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 626 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Salam 3 Ramadhan ada tak dekat sini peminat Peria tak kisahlah peria apa Peria Katak Peria Kambas semua Bonde Suka he he he pahit tu adalah penawar This is a content summary only Visit my website for full li...
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis Tempoyak

Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis Tempoyak

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 315 hits
Bahan bahan Pisang muda cuci bersih bersih potong dan rendam dgn air garam asam keping Cili api dtumbuk Kunyit hidup dtumbuk Tempoyak Asam keping Ikan bilis 1 biji setengah Kelapa parut Garam secukup rasaPisang tu ikut nak banyak mana Jika ...
Cili Padi Aka Cili Api

Cili Padi Aka Cili Api

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 397 hits
Assalamualaikum Hai semua Apa khabar Bulan puasa ni pagi macam free sikit Maka harini sebab kan cuti dan tak buat apa LM turun padang berkebun sikit Cili api ni dah ada yang mula masak Sayang pula jika dibiar Alhamdulillah dapat la juga seg...
13 Resepi Masakkan Yang Berasaskan Kerang Untuk Juadah Berbuka

13 Resepi Masakkan Yang Berasaskan Kerang Untuk Juadah Berbuka

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum dan Selamat Petang Salam 8 Ramadhan semua Ada peminat kerang disini Bonde adalah peminat kerang Kalau nampak kerang bakar terus nak oder suka meratah kerang Bonde nak This is a content summary only Visit my website for full ...
Telur Goreng Masak Asam Simple Resipi Turun Temurun Dari 4rw4h Nenek Sungguh Menyelerakan

Telur Goreng Masak Asam Simple Resipi Turun Temurun Dari 4rw4h Nenek Sungguh Menyelerakan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 350 hits
Wanita ini kongsikan cara buat telur goreng masak asam yang sangat sedap Resipi turun temurun dari 4rw4h opah yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula Jom cuba Resipi Telur Goreng Masak Asam Bahan bahan Telur goreng Ba...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia