Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak Terbaik


 hai assalammualaikum
Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak, Terbaik!! - Kalau dulu, nak tengok lontong waktu raya sahaja atau raya Aidiladha, tapi sekarang nak jumpa lontong bila-bila sahaja sebab ramai dah buat menu lontong kuah lodeh ni sebagai menu harian. Lontong memang sedap dimakan bersama kuah lodeh, lagi bertambah menarik ditambah dengan sambal kacang. Lontong, kuah lodeh, sambal kacang dan ayam kicap antara menu raya yang selalu mak masak. Dari kecil sampai kitaorang dah kawin, dah anak, menu ni tetap menjadi pilihan

Masa raya bila nampak menu ni, rasa teruja sangat, hahaha. Dari pagi, tengahari bawak ke malam, untuk dua hari boleh makan menu ni sahaja, tanpa jemu. Tapi dah masuk hari ketiga, kita tukar menu lain la pulak..hahaa. Selalunya, lontong ni mak akan beli dengan saudara yang memang jual lontong ni. Nak buat lontong ni tak susah, tapi kena hadap la bagi masak elok



Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang 
Sebelum ni, ada perbalahan sedikit dekat twitter tentang menu lontong kuah lodeh ni. Kebanyak sekarang orang buat menu kuah lodeh ni dimasukkan sekali nasi impit. Tapi orang panggil lontong, sebab disebut begitu. Nad tengok jela perbalahan tu, tapi bagi nad lontong dan nasi impit adalah berbeza. Kuah lodeh pula yang berwarna kuning dan berkuah bersama sayur


Meh la, nad bagi gambar sahaja la senang..hehee. Lontong dibungkus dalam daun pisang dan berwarna hijau, nasi impit berwarna putih, ketupat mestilah korang tau dan lemang. Lemang kalau tak tau entahla wuii, tak tau nak cakap apa..huhu. Senang boleh rujuk gamabr di atas

Macam nad lontong dan kuah lodeh makan dengan sambal kacang, kat kedai, orang jual, nasi impit,kuah lodeh dan sambal merah tu. Jangan dimarah, biasalah orang akan tambah citarasa sendiri, bila sedap orang suka. Masing-masing ada citarasa sendiri. Berkenaan perbalahan tu pun, takpela, asalkan makanan masuk dalam perut..hahaha. Dia sama je macam Laksa Johor, Laksa Sarawak dan Laksa Kedah, berlaina bukan, tapi tetap dipanggil Laksa. Hah begitula ceritanya

Tutup cerita tu, jom nad kongsikan resepi Lontong, Kuah Lodeh dan Sambal kacang yang nad dapatkan dari saudara dan mak

Resepi LontongLontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa


- Pertama sekali, beras perlulah dibasuh dan ditos terlebih dahulu - Kemudian, ambil daun pisang gulungkan daun pisang memanjang
-Ikat hujung daun dengan getah atau tali rapia pun boleh- Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos, isi 2/3 saja
- Selepas itu, ikat hujung kelongsong yang satu lagi
- Susun kelongsong lontong kedalam periuk bersilang silang- Merebus lontong ini memakan sekurang-kurang 5-6 jam

Bila dah masak di sejukkan dan di Tos airnya, kemudian boleh lah di potong dan dihidangkan

Resepi Kuah Lodeh
Kuah lodeh ni lauk sayur berkuah warna kuning. Untuk sayur, ikut suka korang nak letak sayur apa. Ni resepi mak kita..hehe


Bahan-bahan- 2 biji bawang merah besar- 6 ulas bawang putih- Tempe – 3 plastik yang kecil (dipotong dadu, dan digoreng)- Tauhu – 6 keping (dipotong dadu, dan digoreng)- Kacang panjang – 1 ikat (dipotong pendek)- Carrot – 1 batang (dipotong halus anggaran sebesar batang mancis)- Kubis – 1/4 bahagian dipotong kecil- Fucuk & suhun – Diletak sedikit sahaja nanti kuah jadi terlalu pekat kalau letak suhun banyak
- serbuk kunyit – 1 sudu- Air kosong – 3 cawan (kalau nak cair sedikit, boleh letak lebih)- Kiub ikan bilis - 2 kiub- Santan kotak – 1 liter (Jenama Kara best! )- Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya-  Kisar Bwang merah dan bawang putih
- Tumiskan minyak, masukkan bahan yang dikisar
- Masukkan kiub ikan bilis
- Masukkan serbuk kunyit supaya warnanya kelihatan lebih cantik dan menarik
- Masukkan air kosong. Jangan lupa kacaukan perlahan-lahan ye apabila masukkan setiap bahan
- Masukkan santan
- Masukkan bahan-bahan sayuran. Masukkan bahan yang lambat empuk terlebih dahulu seperti carrot dahulu- Letak gula & garam secukup rasa
- Masukkan suun dan fucuk masa last sekali. Sebab suun ni dia serap kuah kalau lama dibiarkan. Jadi kita letak last sekali

Siap, untuk dihidang

Resepi Sambal Kacang
Bahan-Bahannya- Kacang 1 kg- Bawnag putih- Bawang merah- Halia- Serai- Buah keras 3 biji- Kiub Ikan bilis- Cili giling / cili boh
Cara membuatnya- Kacang digoreng terlebih dahulu dan diketepikan
- Bawang merah, bawang putih dan buah keras diblender dan ditumis sehingga naik bau
- Selepas itu, masukkan cili giling- Kacang yang digoreng tadi, korang blend siap-siap dengan air
- Lepas tu masukkan kacang yang dah diblend tu dalam bahan tumisan- Masukkan asam jawa/ asam keping- Kemudian masukkan kiub ikan bilis- Akhir sekali masukkan gila, garam dan ajinamoto

Pastikan masa masak tu, kacau sambal kacang jangan sampai hangit ye. Ni cara mak kita. Macam nad cakap, lain orang lain caranya

Boleh la buat rujukan bila raya nak datang lagi..hehee


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/07/resepi-lontong-bersama-kuah-lodeh-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Pilihan Ramai Di Hari Raya Kuah Lodeh Atau Kuah Lontong

Menu Pilihan Ramai Di Hari Raya Kuah Lodeh Atau Kuah Lontong

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum Hai Selamat Hari Raya AidilAdha korang Raya mana tahun ni Ada sertai korban ke tak Aku macam biasa kalau Raya Haji ni kat Terengganu je la Tak balik ke Penang Sebab cuti pun kejap je kan So pagi raya ni aku masak menu yang a...
Sambal Nasi Lemak Resepi Turun Temurun

Sambal Nasi Lemak Resepi Turun Temurun

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 221 hits
Sambal nasi lemak resepi turun temurun Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar Kacau bagi sebati jangan hangit Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar Kalau nak pedas masukkan ...
Resepi Sambal Belacan Menyengat

Resepi Sambal Belacan Menyengat

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 248 hits
1 Sediakan bahan bahan di bawah dua genggam cili padi merah hijau 2 biji bawang merah 1 4 bawang Holland 1 biji tomato saiz kecil 1 ulas bawang putih 2 inci belacan 2 Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar Tambahkan 3 sudu besar cuka...
Resepi Ibu Sambal Kicap Marbeles

Resepi Ibu Sambal Kicap Marbeles

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 219 hits
1 Bahan bahan yang diperlukan dua genggam cili padi hijau 8 ulas bawang putih Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama Goreng seketika dua bahan di atas Cili padi perlu dipatah patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng 2 Masukkan ...
15 Resepi Masakan Perut Muda Dan Hati Limpa Lembu Kambing Yang Menyelerakan

15 Resepi Masakan Perut Muda Dan Hati Limpa Lembu Kambing Yang Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 583 hits
Saya boleh membantu anda mencari 10 jenis resepi masakan sedap dan menyelerakan bagi perut lembu dan hati lembu Berikut adalah resepi resepi yang saya dapati dari hasil carian web saya Resepi ini menggunakan perut muda lembu yang direbus da...
Kenapa Madu Boleh Dijadikan Pilihan Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Kenapa Madu Boleh Dijadikan Pilihan Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 327 hits
Kita ni orang perempuan bila mengandung memang tahap kesihatan kita sukar untuk diramal Hari ni sihat okey je Cergas aktif ke sana sini Tapi esoknya pulak tiba tiba jadi lesu letih tak bermaya Meledorr je kat atas katil nun Kita sendiri pun...
10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 384 hits
Universiti Malaya Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Taylor s University UCSI University Universiti Teknologi Petronas Universiti Utara Malaysia Universiti Teknol...
Insidious The Red Door Catat Kutipan Minggu Pembukaan Terbaik Untuk Filem Seram

Insidious The Red Door Catat Kutipan Minggu Pembukaan Terbaik Untuk Filem Seram

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 300 hits
Insidious The Red Door bermula cukup baik pada minggu pembukaan dengan mengutip AS 32 65 juta di pasaran domestik AS dan AS 31 juta di pasaran antarabangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS 64 juta Menurut Deadline ia adalah kutipan min...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner