Menu Pilihan Ramai Di Hari Raya Kuah Lodeh Atau Kuah Lontong


Assalamualaikum. Hai! 

Selamat Hari Raya AidilAdha korang! Raya mana tahun ni? Ada sertai korban ke tak? Aku macam biasa kalau Raya Haji ni kat Terengganu je la. Tak balik ke Penang. Sebab cuti pun kejap je kan. So, pagi raya ni aku masak menu yang aku terer je la iaitu KUAH LODEH! Hihi


Eh? Kuah lodeh ke kuah lontong? Mesti korang pun confuse kan? Takpe. Nanti korang akan dapat jawapan dalam entri aku ni. Yang penting korang rajin nak baca je. Nak ilmu kena la rajin membaca. Ecewah. 

Selamat Hari Raya AidilAdha


Plan Korban Yang Tak Jadi
Sebelum tu, nak cerita dulu la kisah raya aku untuk tahun ni. Catatan memori untuk dikenang dan dibaca nanti. Kata bawak identiti Personal & Lifestyle Blogger. Mesti la ada terselit kisah hidup aku dalam blog ni. Hihi. Korang baca je la eh

Ikutkan plan awal, aku dengan encik CH nak korbankan seekor lembu untuk anak-anak Raya Haji tahun ni. Ada dah lembunya. Kami beli tahun lepas. Tapi itulah, masih selim lagi budak lembu tu tak gemuk-gemuk. 
Jadi encik CH cadangkan plan tu postpone dulu dan proceed tahun depan. Kata dia, macam tak tergamak nak sembelih nanti dagingnya sikit je dapat. Nak sedekah kat orang kan? Kena la bagi yang terbaik. Aku pun setuju je la. 
So, plan korban budak lembu tu tak jadi la tahun ni. Kena bagi dia makan lagi banyak dan gemukkan dia sebelum Raya Haji tahun depan pulak. Panjang umur lagi budak lembu tu eh? Hahahaha. 
Tahun ni kita beraya santai-santai je la. Tak pergi mana pun. Tu yang aku masak menu kuah lodeh bersama sambal bilis dan telur rebus untuk dimakan dengan nasi impit. Encik CH yang request jugak sebenarnya. Kita tunaikan je la. Aku kan isteri kiriman syurga yang solehah. 🤣

Kuah Lodeh atau Kuah Lontong?
Haaa, ini la yang aku nak kongsi dengan korang. Ramai sebenarnya yang confuse nak panggil kuah lodeh ke kuah lontong. Kalau korang nak tahu, nama yang paling tepat untuk menu ni ialah KUAH LODEH

Ye. Masakan tu namanya kuah lodeh ye. Dia ala-ala masak lemak kuning sayur-sayuran camtu. Selain sayur ada la digandingkan dengan udang dan tempe. Tapi kalau tak berapa minat tempe, tak letak pun tak jadi hal la. Tak berdosa pun. Korang jugak yang nak makannya. Ikut selera anak tekak korang la. Tapi nama dia tetap la orang panggil kuah lodeh

Menu ni sedap dimakan dengan sambal bilis tau. Perghhh..terangkat rasa dia. Mabelesss! Jangan lupa telur rebus juga. Lepas tu, nasi impit pun kena ada. Baru la lengkap pakej dia. 😋

Lontong vs Nasi Impit


Lontong Tu Apa Pulak?
Buat pengetahuan korang, lontong ni ala-ala nasi impit tu la. Ye. Lontong ialah sejenis makanan berasaskan nasi. Cuma cara buatnya tu tak macam nasi impit. Dia special sikit. Masak dia macam lemang sebab guna daun pisang. Tapi tak letak dalam buluh la. Cuma beras tu diletakkan dalam daun pisang. Lepas tu direbus. Haaa..begitu

Kalau macam nasi impit, cara buat dia lain. Aku ingat lagi masa kecik-kecik pernah tolong mak buat nasi impit cara tradisional. Masak nasi dengan air yang banyak untuk pastikan nasi tu lembik. Tapi jangan la banyak sangat air dia. Nanti jadi bubur pulak. Dia kena agak-agak tapi biar lebih sikit dari kebiasaan nak tanak nasi biasa tu. 
Bila nasi dah lembik, kaut letak dalam loyang lepas tu penyet-penyetkan bagi padat. Nak padatkan tu kena guna kain nipis yang bersih letak kat bahagian atas sebab nak tekan tu masa nasi masih panas-panas lagi. Baru la nasi-nasi tu semua terhimpit elok. Tu pasal nama dia nasi impit tau. Hihi. Bila dah siap padatkan nanti kena sejukkan dulu. Lepas tu baru boleh potong. Camtu la cara buat nasi impit dulu-dulu. Nostalgia betul. Korang pernah tak buat? 
Sekarang je dah mudah. Beli yang segera dalam paket kecik-kecik tu je ha. Tinggal nak rebus je. Pastu tos bagi sejuk dan boleh potong. Settle! Aku pun tak buat dah cara tradisi tu ha. Malas nak renyah-renyah. Benda yang dah diinovasikan ada, kita manfaatkan aje ye. Hihi. 
Lontong setakat ni aku rasa takde lagi diinovasikan. Sebab dia kan kena guna daun pisang. Daun pisang tu yang buatkan lontong ni special. Ada aroma dan rasa yang tersendiri. 
Haa, itulah kisah sebenar si lontong. Adik beradik je dengan nasi impit. Nasi yang dimasak di dalam daun pisang. Lepas ni jangan confuse lagi tau. 

Resipi Kuah Lodeh Mudah dan Sedap
Sedap ke resipi aku ni? Dia atas tekak yang makan jugak. Tapi yang paling penting bagi aku, encik CH cakap sedap cukup dah buat aku kembang setaman. Hahaha. Aku ni jenis masak nak yang mudah-mudah je. Malas nak yang complicated sangat. Style aku masak, campak-campak asalkan jadi. Gituhh tagline dia. 😝
So, kalau korang rasa nak ikut cara aku ni, dipersilakan. Kalau taknak, korang tatap je la gambar tu eh. Jamu mata. Kena terima yang cara aku masak tak sama macam mak, tok, atau moyang korang masak eh. Jadi tak payah nak komplen dan bezakan. Warning sesiap ni tau! 

Kuah Lodeh air tangan CikSha


Bahan-bahan Kuah Lodeh 
1. Sayur-sayuran (Lobak, Kacang Panjang, Anak Jagung) 2. Sayur fucuk dan Suhun3. Ubi kentang4. Fishcake dan Tempe5. Bawang Merah dan Bawang Putih6. Serai7. Udang segar8. Santan9. Air secukupnya 
Kuantiti sayur-sayuran dan ubi kentang tu ikut la korang nak letak banyak mana ye. Agak-agak je. Cara potong pun ikut la macam mana pun. Kalau nak cantik, lobak tu boleh kerat panjang kurus tak pun buat la bentuk bunga. Ubi kentang tu nak potong bulat ke petak ke macam jari ke, terpulang. Pendek kata, ikut suka korang la! 
Sayur fucuk dan suhun tu jangan lupa rendam dulu bagi dia kembang. Nanti nak masak senang. Kuantiti pun agak-agak banyak mana korang nak masak. Yang penting suhun tu jangan banyak sangat. Kang dia serap kuah, kering kontang pulak takde kuah nanti

Fishcake dengan tempe pun sama jugak kuantitinya korang bajet ikut banyak mana nak masak kuah tu. Jangan banyak sangat. Kang tak sedap. Bagi yang tak suka tempe, taknak bubuh pun takde masalah ye. Aku pun tak letak tadi sebab tempe takde. Takyah gaduh-gaduh. Kita yang masak dia

Bawang merah dan bawang putih, aku guna 3 ulas memasing. Hiris halus je. Aku malas nak tumbuk. Nak cepat. 
Udang aku potong comei-comei macam kiub. Terlebih rajin sebab aku malas nak kopek masa nak makan. Nak telan je terus. Hahaha. Jadi aku kopek sesiap kulit dan potong kecik-kecik

Aku guna santan kotak jenama Kara yang kotak kecik tu. Rasanya 125ml kot. Lupa pulak. 2 kotak aku guna. 
Cara Masak Kuah Lodeh
Okay, jom proceed cara nak masak pulak. Versi perempuan pemalas masak campak-campak jerr. 🤣
1. Rebus lobak dan kentang dengan air secukupnya. 
2. Bila lobak dan kentang dah lembut, campak bawang merah dan bawang putih. Lepas tu campak pulak fishcake dan udang. 
3. Udang dah masak, masukkan santan. Jangan lupa sebelum buang kotak dia tu, letak air dalamnya dan goncang-goncangkan lepas tu tuang air tu dalam kuali. Jangan bazirkan lebihan santan yang terlekat di kotak kekdahnya. Hihi

4. Masukkan air secukupnya. Ikut la banyak mana kuah korang nak. Biar berpadanan dengan kuantiti sayur-sayuran dan bahan lain tu. Tapi pastikan santannya tak ceroi (cair) sangat la ye. 
5. Tabur serbuk kunyit ikut tahap kuning mana korang nak. Kalau suka pucat, letak sikit. Kalau suka terang, letak la banyak. Begitu. Letak serai juga ye masa ni. 
6. Jangan lupa garam dan 1 kiub pati ayam. Lepas tu rasa la dulu dan adjust sampai capai piawaian sedap korang

7. Dah nampak mendidih tu, masukkan kacang panjang, anak jagung, sayur fucuk dan suhun. Kalau ada tempe letak la juga. Kenapa masukkan last? Sebab taknak kacang panjang + anak jagung lembik sangat dan yang lain tu hancur

8. Biar mendidih sekejap dalam 5 minit bagi 'mesra' bahan yang masuk last tadi tu. Tutup api dan siap

Minta doa kat Allah supaya bagi rasa sedap masakan tu kat tekak orang lain. InsyaAllah mesti sedap. 😊
Sesambil tu rebus la nasi impit dan telur tau. Buat gandingan nak makan dengan kuah lodeh. Kalau macam aku, suka ada sambal bilis sekali. Tapi kalau korang taknak buat pun boleh je. Ikut suka la kan? Tak perlu terikat sangat dengan cara orang lain. Kita yang nak makannya pun


Bisik-bisik :: Makanan kegemaran aku tau kuah lodeh ni. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/06/menu-pilihan-ramai-di-hari-raya-kuah-lodeh-atau-kuah-lontong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak Terbaik

Resepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak Terbaik

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 244 hits
hai assalammualaikumResepi Lontong Bersama Kuah Lodeh Dan Sambal Kacang Masakan Mak Terbaik Kalau dulu nak tengok lontong waktu raya sahaja atau raya Aidiladha tapi sekarang nak jumpa lontong bila bila sahaja sebab ramai dah buat menu lonto...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua macam mana sambutan Aidiladha korang Ada yang buat korban SA tahun ni korban hati dan perasaan je la hahahha xde laa kat kampung ada la yang buat korban tapi kami x balik kampung Mak Pa...
Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

Video Kurban Plus Plus Ala Bos Jalan Tol Jusuf Hamka Di Hari Raya Idul Adha

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 237 hits
Pengusaha jalan tol Jusuf Hamka merayakan hari Idul Adha Jusuf salat di Masjid Babah Alun Cilandak Jakarta Selatan Seusai ibadah Babah Alun berbagi dengan warga dan pegawainya Tradisi ini selalu dijalankan Jusuf setiap Idul Adha dan Idul Fi...
Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1444

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum Raya Haji datang lagi Seperti lazimnya Abe Kie menyertai ibadah korban pada tahun ini Jika tahun lepas buat on9 di Kemboja tahun ini kita buat fizikal di tempat kediaman kita plak Memang Abam Kie dan isteri bergilir gilir me...
Hari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru

Hari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 364 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2023 Suasana Korban Di Jalan Paip Meru Alhamdulillah sekali lagi dapat nad rewang dengan saudara mara terdekat bantu majlis ibadah korban bagi yang membuat korban Masih umur panjang dapat merasa ni se...
Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

Libur Panjang Hari Raya Idul Adha Harga Bawang Putih Hingga Cabai Naik

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 165 hits
Beberapa hari ini masyarakat Indonesia tengah menikmati hari libur panjang yakni sejak tanggal 28 Juni 2023 hingga 2 Juli 2023 di mana hari tersebut terdapat cuti bersama hari raya Idul Adha 1444 Hijriyah dan libur weekend
Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 463 hits
Setiap tahun ucapan Hari Raya Aidiladha sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat malaysia Jadi untuk tahun 2023 ini pelbagai contoh ucapan yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan rakan tersayang Umat Islam mempunyai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah