Resepi Kuih Talam Nyonya Gebu Dan Lembut


Kuih-muih tradisional Malaysia sering menjadi rebutan ramai. Baik yang tua mahupun yang muda, semua ingin menikmati kuih untuk minum petang ataupun sebagai kudapan.

Namun begitu, dengan peredaran masa, penjual-penjual kuih yang lazimnya menaiki motorsikal berisi bakul kuih dan datang dari rumah ke rumah telah bertukar ke gerai-gerai kecil di tepi jalan dan sekarang, beralih ke kedai-kedai besar seperti Nyonya Colours untuk kita mendapatkannya.

Kesukaran untuk mendapat kuih tradisional kegemaran di samping mencari kuih yang betul-betul enak merupakan dua perkara yang cukup sukar untuk dilakukan pada zaman ini. Jadi, apa penyelesaiannya? Kena buat sendirilah!

Seperti Air Tangan Mak Resepi yang saya nak kongsikan kali ini ialah resepi nostalgia zaman kanak-kanak saya. Tapi, saya dapat merasakan kuih ini pasti berada dekat di hati anda juga. Setiap kali minum petang, saya pasti tertunggu-tunggu bau kuih ini di dapur dan semestinya perasaan gembira yang saya rasai apabila dapat bau pandan yang semerbak memang tak dapat digambarkan!

Jika saya ingin mengimbau zaman kanak-kanak saya, saya pasti akan menyediakan kuih ini untuk melepaskan rindu. Kuih talam merupakan kuih yang mempunyai tekstur yang halus dan kenyal yang dimasak secara kukus. Untuk membuatnya senang saja, tambah-tambah lagi bila anda ikuti resepi yang saya kongsikan ini.
Bahan-Bahan:
a) Lapisan Hijau Pandan
300ml jus pandan1 sudu teh air beralkali/ air kapur100g tepung beras65g kanji ubi atau tepung sagu35g tepung kacang hijaugreen/hong kwee fun400ml air kosong150g gula kastor1/2 sudu teh garam halus b) Lapisan Santan
400g santan pekat1 sudu besar garam halus70g tepung beras30g tepung kacang hijau140ml air panas
Cara-Cara:
a) Lapisan Pandan
Lapikkan 7 X 7 inci dulang bakar kek segi empat atau dulang bakar kek buat 8 inci dengan kertas bakar.Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk dan adun hingga sebati. Selepas itu, tapiskan adunan.Letakkan mangkuk berisi adunan yang ditapis dalam seperiuk air.Kacau secara periuk berlapis (double boil) hingga sekeliling mangkuk adunan ada bentukan lapisan pes tebal.Angkat mangkuk adunan dari dapur dan kacau dengan pemukul tangan hingga tekstur halus dan pekat dihasilkan. Jika tidak, tapis dulu sebelum tuang ke dalam dulang.Tuang adunan pekat dalam dulang bakar.Letakkan beberapa helai daun pandan di luar dulang bakar untuk berikan bau aromatik.Kukus selama 30-40 minit pada suhu sederhana rendah.Setelah sampai 40 minit, padamkan api dan buka penutup.Selepas 5 minit, jika sudah masak sepenuhnya, lapisan kuih pertaa ini takkan mempunyai permukaan yang melekit bila disentuh dengan jari. Jika masih melekit, kukus selama 10 minit lagi. b) Lapisan Santan
Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Kacau rata. Letakkan mangkuk berisi adunan yang ditapis dalam seperiuk air.Kacau secara periuk berlapis (double boil) hingga sekeliling mangkuk adunan ada bentukan lapisan pes tebal.Angkat mangkuk adunan dari dapur dan kacau dengan pemukul tangan hingga tekstur halus dan pekat dihasilkan. Jika tidak, tapis dulu sebelum tuang ke dalam dulang.Tuang adunan pekat atas lapisan pandan. Tutup dulang atas dengan aluminium atau apa-apa penutup bukan plastik selagi tak bersentuhan dengan lapisan santan.Kukus selama 15-20 minit pada suhu sederhana rendah.Padamkan api dan keluarkan dulang agar menyejuk dulu tanpa mengangkat penutup. Jika tidak, permukaan lapisan santan akan merekah.Biar kuih talam menyejuk sekurangnya selama 3 jam sebelum memotong. Kuih talam disimpan dalam 3 hari dalam peti sejuk dan boleh dikukus semula selama 10 minit apabila ingin dihidang.
Senyuman dalam Satu Gigitan Jadi, bagaimana? Adakah anda berasa puas dengan hasil kuih talam anda? Jika ya, saya ucapkan tahniah kepada anda dan jika tidak, anda boleh saja bertanya terus kepada saya apa masalah yang dihadapi dengan mengunjungi laman Instagram saya, @justinescakesandkueh untuk sebarang soalan berkenaan masakan kuih tradisional dan jika anda ingin lebih banyak resepi kuih tradisional seperti ini, bolehlah ikuti Butterkicap di laman Instagram mereka ataupun Facebook untuk dapatkan perkembangan terkini resepi-resepi daripada saya di laman web mereka!
The post Resepi Kuih Talam Nyonya Gebu dan Lembut appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/resepi-kuih-talam-nyonya-gebu-dan-lembut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 467 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

Resepi Scone Kismis Gebu Simple Sedap

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 972 hits
RESEPI SCONE KISMIS GEBU SIMPLE SEDAP Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Terima kasih atas sokongan anda semua Al kisah semalam petang hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam Cuaca sejuk te...
Kuih Akok Berkedut Lembut Boleh Dihidang Sarapan Minum Petang

Kuih Akok Berkedut Lembut Boleh Dihidang Sarapan Minum Petang

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 1945 hits
Akok kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa KUIH AKOKBAHAN BAHAN6 biji telur1 cawan santa...
Resepi Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam Gittew

Resepi Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam Gittew

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 621 hits
Minggu lepas aku buat kuh kaswi ni Aku buat sebab teringin pula nak makan kuih kaswi gedik lama yang lembut lembut dan masin manis di salut kelapa parut yang lemak lemak masin ini Sudah lama tak buat Kuih kswi gedik ini juga di sukai en sua...
Buat Sendiri Kuih Onde Onde Keledek Lebih Sedap Lebih Jimat

Buat Sendiri Kuih Onde Onde Keledek Lebih Sedap Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 697 hits
Buah Melaka atau onde onde tepung pulut memang dah biasa tapi Buah Melaka Keledek juga tak kurang sedapnya Terbayang rasa rasa kenyal dan lembutnya adunan keledek manis gula Melaka dan lemak kelapa parut Hemmmm sedapnya Tapi kalau nak tau k...
Resepi Kangkung Goreng Belacan Sangat Mudah

Resepi Kangkung Goreng Belacan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1695 hits
Hi dear readers kali ni saya nak share resepi paling simple kegemaran ramai orang sayur kangkung goreng belacan Resepi ni sangat mudah nak buat preparation pun tak lama Bahan yang kita nak guna pun simple je Jom tengok Bahan bahan Sayur kan...
Resipi Kuih Kole Kacang Yang Sedap Mudah Kurang Manis

Resipi Kuih Kole Kacang Yang Sedap Mudah Kurang Manis

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 704 hits
Kuih tradisional seperti Kuih Kole Kacang memang sedap Kalau tabur banyak tahi minyak lagi sedap Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan Menerusi perkongsian saudari No...
Resepi Ayam Goreng Pedas Sedap Sangat

Resepi Ayam Goreng Pedas Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 544 hits
Resepi ayam lagi balik balik saya share Hihi Ayam kan sedap Kalau ada resepi yang best saya suka share biar semua dapat mencuba kan Kali ni saya share resepi ayam goreng pedas ala berlada mudah sangat nak buat yang penting rasanya sedap men...
Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Kini Berpindah

Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Kini Berpindah

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 464 hits
Yum yum sedapnya keria gula Melaka ni Kalau korang ingat dulu mama ada cerita tentang mama beratur sejam setengah sebab nak makan Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Di Limbongan Melaka Boleh baca kat sini http www mamapipie com 2017 12 kuih k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities