Resepi Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Nak Buat
Cara Buat Kimbap Roll Korea Homemade Mudah Sangat Rupanya
Melayan selera anak-anak nak makan Kimbap mengalahkan orang Korea lagaknya. Kali terakhir belikan Sushi dan Kimbap dari Empire Sushi memang masing-masing berebut tak cukup. Harga dia boleh tahan mahalnya.
Memandangkan anak-anak suka jadi beranikan cuba resepi kimbap roll ala Korea yang rupanya mudah sangat nak buat. Sebelum ni pernah beli bamboo mat tapi tak pernah guna dan mat tu dah hilang kemana.
Bagi mereka yang nak cuba buat Kimbap roll Korea ni tapi tak berani, sila dengar nasihat aku. Tak susah pun. Cuma part nak gulung sedikit leceh sebab aku gulung guna macaroon mat. Kalau guna bamboo mat tiada masalah rasanya.
Perkara pertama kalau nak buat Kimbap kena decide nak letak bahan apa sebagai inti. Bagi aku personally Kimbap yang sedap adalah Kimbap yang rasa dia balance lemak berkrim, sayur yang rangup dan segar, serta tambahan lauk seperti ayam goreng, isi Tuna mahupun isi ketam.
Kalau nak hasilkan kimbap roll yang cantik kena sabar hiris sayur supaya nipis dan saiz sama besar dan syarat utama kena ratakan nasi nipis dan sekata di atas kepingan rumpai laut. Baru lah senang untuk digulung dan cantik selepas di potong.
Teringat pula makan corndog cheese tarik di Eid Aunthentic Korean Restorant Damansara
Lagi satu, bahan paling susah nak jumpa dekat pasaraya atau kedai biasa adalah cuka sushi. Kalau rajin beli jelah online, Shopee berlambak orang jual.
Aku kebetulan tengok satu Youtube dia guna cuka makan jenama Jalen. Aku pon dengan senang hati guna cuka makan juga. Selesai masalah.
Bahan-Bahan Nak Buat Kimbap Roll Korea 2 cawan beras sushi
1 sudu cuka sushi/ cuka makan (ada yang guna minyak bijan)
Secubit garam halus
Kepingan rumpai laut
Tikar penggulung (Aku guna macaroon mat)
Bahan-Bahan Inti:
Timun Jepun
Telur
Ayam Brand Tuna Tin
Tuna spread
Dekat rumah ni hanya aku dan anak sulung je yang makan sayur maka aku letak timun jepun sahaja. Lain kali nak cuba sayur lain pula. Ada yang cadangkan bayam dan lobak. Pastikan celur atau masak sayur letak garam eh nanti hambar kimbap korang.
Kimbap dekat Dubuyo pun sedap. Anak-anak suka.
Cara Masak Nasi Sushi
1. Aku guna beras Jepun sushi jenama SUMO. Boleh beli di pasaraya Giant, AeonBig, Lotus dan lain-lain. Ada yang pernah guna beras biasa tapi katanya kena masak jadi lembik.
2. Basuh beras sekali sahaja.
3. Masak seperti beras biasa. Banyak mana air nak letak boleh guna tips sukatan jari untuk masak nasi.
4. Nasi dah masak boleh masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan cuka / minyak bijan, garam dan gaul sebati.
Ketepikan.
Cara Masak Inti
1. Potong timun & lobak memanjang dan hiris nipis. Goreng bersama sedikit minyak dan taburkan sedikit garam.
2. Sayur seperti bayam, kena celur.
3. Telur pula masak seperti sediakan telur dadar.
Cara Penyediaan Kimbap
1. Ambil 1 keping rumpai laut dan letak di atas bamboo mat. Ratakan nasi sushi sehingga sekata.
2. Susun segala inti yang dingini.
3. Gulung kemas menggunakan mat dan akhir sekali sapukan minyak bijan.
4. Potong menggunakan pisau tajam dan sedia dihidang.
Kesimpulan
Akhirnya tercapai juga angan-angan nak buat kimbap homemade. Rupanya resepi kimbap roll korea homemade mudah je nak buat. Paling utama kena ada kesabaran serta nak hasilkan kimbap yang cantik harus teliti dan cermat. Paling renyah nak sediakan inti.
Bahagian paling mudah adalah makan. Dalam masa 5 minit selepas dihidang kimbap aku buat habis dimakan anak-anak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/01/resepi-kimbap-roll-korea-homemade-mudah.html