Resepi Ketupat Sotong Versi Kelantan


Pertama Kali Cuba Masak Resepi Ketupat Sotong Versi Kelantan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya sudah 2 hari Sha beli sotong dengan niat memang nak buat ketupat sotong style kelantan. Sebab apa Sha sebut style Kelantan? Sebab setahu Sha ketupat sotong ada dua versi sama ada style Kelantan atau ketupat sotong style Terengganu. Apa beza kedua-dua ketupat sotong ini? Dari segi warna pun kita sudah boleh nampak bezanya, jika ketupat sotong style Terengganu warna kuahnya putih. Sha lahir dan dibesarkan di Besut, Terengganu iaitu sempadan antara negeri Kelantan dan Terengganu. Membesar dengan selera Kelantan dan Terengganu memang menarik kerana emak Sha yang berasal dari Kota Bharu besarkan Sha dengan masakan style Kelantan dan style Terengganu. Jika nasi dagang emak Sha biasakan Sha dengan Nasi Dagang Terengganu sehinggakan Sha tak boleh terima nasi dagang belah Kelantan tetapi untuk ketupat sotong emak Sha biasa buat Ketupat Sotong Style Kelantan


Pada pendapat Sha, sotong yang sesuai digunakan adalah bersaiz sederhana kerana nanti apabila ketupat sotong masak jadi comel-comel sahaja untuk dihidangkan
RESEPI KETUPAT SOTONG VERSI KELANTANBahan-Bahan Untuk Membuat Ketupat Sotong Versi Kelantan
6 ekor sotong bersaiz sederhana1 cawan beras pulut3 cawan santan1/2 keping gula melakaSekeping daun pandan1/2 sudu kecil garam***Lidi dipotong lebih kurang sepanjang 4-5 cm untuk cucuk dan sambung kepala sotong dengan badan nanti

Cara-cara Memasak Ketupat Sotong Style Kelantan
1. Pertama sekali kita rendam beras pulut yang dibersihkan dengan 1/2 cawan santan dan sedikit garam. Ketepikan

 2. Sementara menunggu beras pulut diperap, kita bersihkan sotong tanpa buang kulit luar. Asingkan kepala sotong dan bersihkan apa yang patut. Toskan

3. Selepas semuanya siap kita boleh mula mengisi beras pulut yang diperap dengan santan tadi ke dalam sotong. Diingatkan supaya tidak mengisi sotong dengan sepenuhnya bagi memberi ruang kepada pulut tadi masak. Jika penuh pulut akan keluar dari sotong kita tadi

 
4. Selepas isi beras pulut di dalam sotong, kita ambil balik kepala sotong dan masukkan kembali di bahagian kepala sotong cantumkan dengan menggunakan lidi


5. Setiap kali siap cantumkan kembali kepala sotong kita susunkan sotong-sotong di dalam periuk


6. Selepas siap susun sotong, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Jangan lupa letakkan daun pandan yang disimpul rapi dan letakkan sedikit garam


7. Bila separuh masak letakkan gula melaka. Biarkan gula melaka mencari di dalam periuk bersama santan


8. Jangan tinggalkan Ketupat Sotong di dalam periuk, nanti hangit. Pastikan gula melaka cair sepenuhnya dan sebati dengan santan dan bahan-bahan lain. Nampak kuah sedikit pekat kita boleh tutup api.

[ Tengah cari lauk berasaskan sotong? Boleh masak Sotong Goreng Kunyit Berkuah ]
Alhamdulillah akhirnya selepas bertahun-tahun tak makan ketupat sotong ini hari ini dapat juga merasa tambah pula dengan air tangan sendiri. Resepi Ketupat Sotong Style Kelantan yang mudah ini hanya sesuai untuk orang yang biasa makan manis, yang tak biasa dengan manisan mungkin tak suka sangat. Sebenarnya masa masak ketupat sotong ini terbit juga rasa risau jika pulut di dalam sotong tidak masak, maklumlah pertama kali masak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/04/resepi-ketupat-sotong-versi-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

Ketupat Sotong Kelantan Dengan Noxxa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 845 hits
Alhamdulillah syukur kerana kita berpeluang berada dalam bulan Ramadhan Ramai antara kita yang tidak berpeluang kerana telah terlebih dahulu dijemput Illahi Jadi kita yang diberi kesempatan ini wajiblah menggunakannya dengan sebaik mungkin ...
Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap Tutorial Bergambar

Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap Tutorial Bergambar

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 700 hits
Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling sedap Tutorial Bergambar Salam semua ketupat sotong masakan tradisi orang melayu sebelah pantai timur Terutamanya di negeri Kelantan dan juga Terengganu Ketupat sotong atau dalam dialek Kel...
Oh Ini Rasanya Ketupat Sotong

Oh Ini Rasanya Ketupat Sotong

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 457 hits
Sungguh Manis si Ketupat Sotong Haritu aku teringin nak sotong sumbat tapi bila baru ni kawan aku sebut masak ketupat sotong huish macam teringin gak sebab tak pernahh Kan Ketupat sotong antara makanan yang popular di Kelantan Meskipun maka...
Resepi Buah Gomok Kelantan Dari Cik Nor

Resepi Buah Gomok Kelantan Dari Cik Nor

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 534 hits
Resepi Buah Gomok Kelantan Uih first time tau mama dengar mama kuih ni Ada unsur kegemukan bila dengar nama dia ni Mari mama nak share Resepi Buah Gomok Kelantan dari Cik Nor Menurut Cik Nor buah gomok Ni Tak sama dgn tepung gomak Maka mama...
Resepi Sambal Putik Pauh Kelantan Simple Dan Sedap

Resepi Sambal Putik Pauh Kelantan Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 547 hits
Resepi Sambal Pauh Simple Dan Sedap Salam semua ini satu lagi resepi orang Kelantan yang patut korang cuba Kalau dah masuk musim pauh kat sini orang Kelantan panggil buah pauh Kalau bahasa melayu betul panggil buah mangga muda Banyak kan bo...
Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1064 hits
Hai guys kali ni saya nak share menu sambal sotong campur petai Saya suka makan petai especially campur dengan sambal Memang sedap kan Boleh menambah nasi dibuatnya Nasi panas panas pastu letak kicap wahhh kena sangat dengan sambal sotong p...
Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 607 hits
Bahan Bahan tulang daging mee kuning bawang merah bawang putih bawang besar halia lada hitam sawi carrot kobis telur tomatoCara Penyediaan Rebus tulang daging sampai empuk Panaskan minyak tumis bahan tumbuk Bila dah garing masukkan kedalam ...
Resepi Dorayaki Versi Original Dan Oreo Pastinya Gebu Dan Mudah

Resepi Dorayaki Versi Original Dan Oreo Pastinya Gebu Dan Mudah

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1562 hits
Sejak kecil lg kita mengenali kuih dorayaki bermula drpd animasi Jepun Doraemon Kuih mirip pankek ini sebenarnya kuih tradisional Jepun sejak zaman dahulu berbentuk bundar sedikit tembam dan terdiri drpd dua lapis kuih yg dilekatkan dgn men...
Resepi Sotong Masak Kicap Lemon

Resepi Sotong Masak Kicap Lemon

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 754 hits
AssalamualaikumResepi Sotong Masak Kicap Lemon Sekarang aku masih dalam misigantipuasaeyqahasnan Maklum laa aku nie suka sangat ganti puasa last minutes Taktahu apa masalah aku Padahal boleh je nak ganti awal awal tapi malas Kalau last minu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal