Resepi Roti Jala Kari Ayam Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.
Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Terdapat 2 jenis variasi santan Ayam Brand iaitu Santan Kelapa dan Trim Santan Kelapa. Dua santan ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. Kemarin mama masak Roti Jala & Kari Ayam menggunakan santan kotak dari Ayam Brand
Resepi Roti Jala
Bahan-bahan :-1 cawan air1 cawan susu1 kotak santan Ayam Brand3 cawan tepung gandum1 biji telur1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil garam2 sudu besar minyakCara-caranya :-
Kisarkan semua bahan di atas ke dalam blender. Kemudian jalakan atas pan leper. Setelah masak angkat lipat dan gulung
Resepi Kari Ayam Kentang & Carrot
Bahan-bahan :-Bawang putih dimayangHalia ditumbuk3 sekawan Ayam 4 sudu besar serbuk kari2 biji kentang dibelah 41 biji carrot dipotongAir asam jawa1 kotak santan Ayam Brand2 sudu besar kerisikGaram Cara-caranya :-Tumis 3 sekawan dengan bawang dan juga halia naik wangiKemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.Masukkan ubi kentang, carrot dan ayam, kacau sehingga lembut. Setelah itu masukkan air asam jawa dan masak sehingga ayam masak. Tuang santan kotak dan masukkan kerisik. dan kacau sehingga sebatiAkhir sekali perasakan dengan garam.
Resepi roti jala mama masukkan santan dan roti jala ni jadi lebih sedap dan creamy. Tekstur roti jala pun cantik jer. Manakala kari ayam letak santan Ayam Brand makin bertambah lemak dan jangan risau santan Ayam Brand ini bebas kolestrol dan sihat serta 45% kurang lemak
Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2019/05/resepi-roti-jala-kari-ayam-yang-sedap.html