Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut Moist Dan Gebu Sukatan Cawan


Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut, Moist Dan Gebu Sukatan Cawan || 
Salam semua, nak penghujung syawal dah, sekejap jer masa dah masuk bulan 7 dah. Tak lama nak raya haji pulak ni.


Nampak di masjid pun orang dah mula ada buat sembahyang hajat untuk jemaah haji nak bertolak tahun ini. Sebelum gambar jadi basi, sebab masih dalam mood raya walaupun gambar dah lama. hii

Siapa peminat kek marble ni, mesti ramai kan. Evergreen kek marble ni, Kalau buat sendiri lagi sedap. Ya lah buat sendiri lagi puas hati. Kek marble ni kalau tempah dengan baker pun dah berapa dah kan.

Disebabkan masih lagi dalam mood raya, Kali ini rasa nak share resepi kek marble yang paling gebu, mudah dan sedap. Tak lengkap kalau hidangan raya, tak ada kek marble buat hidangan untuk tetamu.

Resepi ini lagi mudah bila guna sukatan cawan. Kek marble ni kita  guna mentega dari Buttercup. Sebab apa kita suka, kita memang pengguna setia dengan Buttercup lama dah, sebab wangi, harum dan  harga mampu milik. Guna buttercup pun harum semerbak dah tak payah cari yang lain tak apa. Tak kisah nak lagi sedap gunalah butter yang mahal.

Kalau malas nak sukat cawan untuk mentega, beli jer lah yang seketul buttercup berat 250 gm tu lagi senang.


Resepi kek -kek ni, orang biasa nak cari guna sukatan cawan sebab malas nak timbang kan. Guna sukatan cawan pun make sure korang sukat guna cawan metrik ya, jangan pakai cawan untuk minum.

Biasanya, dah keluarkan dari oven, biarkan nanti loyang suam sikit dah boleh pegang terus terbalikkan atas pinggan, tak lama sangat dalam loyang ya, takut berpeluh kek. Macam tu lah kita buat, lepas letak atas pinggan terus tudung, dah jadi tabiat, :D.. kalau tak ada lah benda yang terbang nak hinggap. :D

Lamanya tak baking kek marble ni, lepas dah hajat nak makan kek marble, alhamdulillah menjadi jayanya. Nanti kalau korang nak cuba resepi di bawah ya. Jemput - jemputlah tonton di my youtube channel ya, jemput lah subscribe jugak. :)





Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut & Gebu Sukatan Cawan

Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan mentega atau 250 gm butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air panas

*sudu besar untuk sukatan metrik jangan guna sudu biasa sama juga dengan cawan

Cara-cara :

1. Pukul butter bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanila dan juga susu tepung dan putar rata
3. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder dan baking soda dan putar rata dengan kelajuan rendah. Dah siap, ketepikan sekejap
5. Sediakan bekas lain masukkan serbuk koko dan juga air panas dan kacau hingga larut
6. Ambil beberapa senduk adunan dan gaul rata dengan pes koko tadi
7. Sediakan loyang yang telah dialas dengan kertas dan ambil dalam beberapa sudu besar adunan coklat terlebih dahulu letak di tengah - tengah loyang kemudian letak adunan yang biasa
8. Buat secara berselang seli sampai habis. Ambil lidi dan lorekkan jadi corak marble
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 dan bakar selama 40 minit
10. Boleh cucuk dengan lidi di tengah kek nak tahu masak ke tidak, tak melekat tanda masak lah ya. Jangan terlebih masak lah ya takut tekstur kek kering
11. Keluarkan dari oven, nanti loyang suam sikit boleh terbalikkan atas redai, tunggu kek sejuk sepenuhnya boleh dihidangkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/07/resepi-kek-marble-susu-buttercup-raya-yang-lembut-moist-dan-gebu-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

Agar Agar Lapis Milo Dan Susu Yang Lembut Dan Sedap Resepi Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1457 hits
As Salam Agar Agar Lapis Milo Yang lembut dan Sedap Resepi Sukatan Cawan Alhamdulillah Syukur atas kesempatan masa yang Allah pinjamkan dapatlah saya akhirnya gagahkan diri yang sedia gagah untuk update blog Dah 18 Syawal wei Kejap bona eh ...
Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 998 hits
Puding Roti Marble SedapSukanya rasa puding roti sedap dan mengenyangkan Yelah sebab menggunakan roti kan Makan sepotong dua pun dah kenyang Kalau roti buku di rumah tak dapat perhatian susah nak dihabiskan buat saja puding roti marble Cara...
Resepi Kek Marble Dgn Periuk Noxxa

Resepi Kek Marble Dgn Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1716 hits
5 biji telur gred b 1 2 cawan gula kastor 1 sb ovalete 1 cawan minyak 1 cawan susu pekat 1 sk esen vanilla 2 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 2 sb serbuk koko ganti dengan pewarna pilihan cara cara 1 Mix gula telur susu pekat dan oval...
Kek Marble Moist

Kek Marble Moist

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 699 hits
Asalamualaikum dan salam jumaat lepas majlis bacaan surah Al Kahfi meh la menghadap dapo maya ni kek yang kak rose buat masa makan2 raya kat rumah ni tak sempat nak posing2 sbb tuan rumah kebizian menyediakan hidangan menu yang lain selain ...
Open Order Kek Brownies Kelupis Open House Hari Raya

Open Order Kek Brownies Kelupis Open House Hari Raya

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 795 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hai sekarang ni musim sibuk orang buat open house kan Haa bagi yang masih tercari cari apa menu dessert untuk meriahkan meja open house anda Sweet red cherry ada buat harga promosi untuk kek brownies kelu...
Resipi Kek Span Pandan Homemade Yang Sangat Gebu Mudah

Resipi Kek Span Pandan Homemade Yang Sangat Gebu Mudah

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 906 hits
Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya Jika anda terasa nak makan kek jom cuba buat Kek Span Pandan Ia menggunakan bahan bahan yang ringkas dan mudah disediakan Malah teksturnya yang lembut dan g...
Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi

Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 2713 hits
Resepi Tart Nenas Gebu Azlina Ina Memang Menjadi Tart Nenas satu jenis kuih raya moden yang masih laku keras hingga sekarang Tart Nenas Gulung antara kuih raya feveret MF tau Pergi mana mana rumah beraya cari kuih ni dulu kalau ada memang s...
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 1091 hits
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai Rutin waktu bekerja dulu setiap kali turun dari LRT mesti kena lalu depan kedai jual Waffle Setiap kali lalu mesti tergoda dengan bau Waffle yang macam memanggil manggil suruh beli Harum semerbak ...
Baju Raya Tema Songket Hijau Tua

Baju Raya Tema Songket Hijau Tua

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 553 hits
Dah berminggu minggu menyambut raya barulah nak update blog Tak sempat nak cerita pasal baju raya tema songket hijau kita Sibuk betul almaklumlah awal raya hari tu dah bercuti seminggu Makanya banyaklah hal yang nak diselesaikan Kat rumah m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya