Resepi Kek Keju Beri Biru Untuk Dikongsi Bersama Keluarga



Malaysia sememangnya negara yang cukup kaya dengan kepelbagaian makanan dan satu jenis makanan yang seringkali menjadi idaman semua, tak kira masa ialah pencuci mulut. Dan, ingin saya ingatkan ya, saya tak maksudkan sebarangan pencuci mulut ya. Pencuci mulut yang saya maksudkan kali ini ialah kek keju.
Pasti anda terfikir, kek keju makanan Malaysiakah? Semestinya, tak. Tapi, kita perlu terima hakikat bahawa kek ini telah menjadi sebahagian daripada seleksi pilihan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Lagipun, siapa yang tak sukakan keju?
Sejarah Kek Keju Bila bercakap tentang asal-usul kek keju, ramai yang menyangkakan bahawa kek keju dicipta di New York. Sedikit sebanyak maklumat yang anda terima itu betul tapi resepi kek keju pertama yang disediakan adalah di Yunani. Perkara lebih menarik ialah, kek keju merupakan makanan yang dihidangkan semasa acara sukan Olimpik pertama pada 776 S.M. Hebat, bukan?
Kek keju kemudiannya mula dijadikan sebagai makanan komersial di New York oleh imigran dari Itali. Tapi, bezanya ialah, keju yang digunakan ialah krim keju dan bukannya keju ricotta ataupun feta seperti dalam resepi kuno. Sebab itulah ada banyak variasi resepi kek keju menurut negara dan pilihan keju yang digunakan.
Dalam resepi saya ini, saya menggabungkan resepi klasik kek keju ala New York dan Philadelphia yang menggunakan telur kuning untuk memberikan tekstur yang lebih pekat serta krim masam atau tairu yang berikan rasa lebih berlemak.

Tak sabar pula nak sediakannya!
Bahan-Bahan:
a) Kerak
100g biskut digestive2 sudu besar gula55g mentega asin, dicairkan b) Krim
1kg krim keju, disimpan pada suhu bilik170g gula kastor  3 sudu besar kanji jagung2 sudu teh ekstrak vanila2 sudu teh parutan kulit lemon3 biji telur besar1 kuning telur 360gm tairu, dibahagikan2 sudu teh jus lemon c) Jem Biru
2 cawan beri biru1/2 biji lemon, jus saja1/3 cawan air50g gula kastor1/2 cawan beri biru, untuk hiasan Cara-Cara:
a) Kerak
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius.Untuk menyediakan kerak untuk kek ini, masukkan serbuk biskut, gula dan mentega cair dalam dulang 9 inci yang tak diminyakkan. Gaul rata dan ditekan secara sekata di dalam dulang.Bakar selama 10 minit dan sejukkan. Minyakkan sisi dulang dengan sedikit mentega cair.’ b) Jem Beri Biru
Panaskan kuali kecil atas api sederhana tinggi. Masukkan beri biru, air, gula, jus lemon dan air. Biarkan semua bahan mendidih dan kecilkan api. Biarkan sos mereneh hingga memekat danmelitupi bahagian belakang sudu besi. c) Krim Kek
Untuk membakar krim kek, naikkan suhu ketuhar ke 200 darjah Celsius.Dalam suatu mangkuk, pukul krim keju hingga ringan dan gebu. Masukkan gula sedikit demi sedikit, dan kerap mengaup di bahagian sisi dan dasar mangkuk.Masukkan kanji jagung, vanila dan parutan lemon.Masukkan telur satu per satu, pada kelajuan lebih perlahan. Kaup setiap kali telur dipukul. Kemudian, masukkan telur kuning.Pada kelajuan yang rendah, pukul 180g tairu hingga sebati. Tuang krim kek ke atas kerak yang sudah disejukkan.Bakar kek keju selama 10 minit pada suhu 200 darjah Celsius dan kurangkan suhu ke 105 darjah Celsius selama 25 minit. Padamkan ketuhar dan biarkan kek keju di dalam selama satu jam. Buka pintu ketuhar selang 30 minit. Sementara kek keju sedang dibakar, sediakan lapisan tairu.Masukkan baki 180g tairu di dalam mangkuk besar dengan baki 2 sudu besar gula dan jus lemon. Sapukan di atas kek keju sebaik saja dikeluarkan dari ketuhar.Benarkan kek keju untuk sejuk sepenuhnya ke suhu bilik, kemudian dengan hati-hati, larikan spatula di keliling kek keju untuk mudahkan kek dikeluarkan. Masukkan kek keju di dalam peti sejuk dan biarkan ia menyejuk sekurangnya selama 5 jam.Sapukan sos beri biru di atas.Hias kek dengan beri biru segar. Kek keju ini dapat disimpan dalam peti sejuk sehingga 5 hari. Tambah Beri Biru Baru Sedap! Ada kalanya, kek keju yang terlalu berlemak boleh membuatkan anda rasa jelak. Oleh itu, dengan penambahan jem biru ini, anda memberikan kerumitan perisa yang membuatkan kek keju anda laku dalam kalangan keluarga dan sahabat handai yang sememangnya hantu keju!
Jangan lupa untuk kongsi dengan saya kek keju kegemaran anda dan jika anda ada permintaan pencuci mulut yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan. Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!
The post Resepi Kek Keju Beri Biru Untuk Dikongsi Bersama Keluarga appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-kek-keju-beri-biru-untuk-dikongsi-bersama-keluarga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 893 hits
Ramai yang menggemari tektur liat liat dan kenyal kek sarang semut atau kat Perak ia lebih terkenal dengan nama kek gula hangus Tapi ramai yang mengadu buat kek gula hangus ni tiba tiba jadi dua lapis pulak Atas jadi gebu seakan kek span da...
Resepi Kek Pandan Versi Spounge Kek

Resepi Kek Pandan Versi Spounge Kek

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 712 hits
RESEPI KEK PANDAN VERSI SPONGE KEKBAHAN 5 biji telur 1 cawan tepung kek bluekey 1 cawan gula blend halus 1 sudu makan perisa pandan 1 sudu kecil pewarna hijau 1 sudu makan ovelletCARA CARA MASAK Satukan bahan diatas ni n mix smpai gebu dah ...
Resepi Kek Butter Cheese

Resepi Kek Butter Cheese

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1224 hits
RESEPI KEK BUTTER CHEESEKek Butter CheeseBahan Bahan 250gram butter 150gram cream cheese 200g gula castor 5biji telur gredA 1sudu kecik esen vanilla 250g tepung gandum 11 2 sudu kecil baking powderCara membuat satukan tepung dan baking powd...
Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 831 hits
RESEPI KEK MINYAKSEDAP DAN MUDAH BAHAN2 5 biji telur cawan gula kaster 1sdb ovelatte 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 2 cawan tepung gandum ayak 1sdk baking powder ayak 1sdk esen vanila Pewarna pilihan Bahan ayak bersamaCARA MEMBUAT ...
Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 549 hits
RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP TB pernah makan Kek Cheese ni MasyaAllahhh sedapnya alahai lembut gebusss lemak berkrim tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup TB takde oven huhu takpe tepek resepi sini dulu ek KEK CHEESEBAHAN BAH...
Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1074 hits
RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan bahan pun tak cukup TB tak buat pun lagi banyaknya alasan kan hahahha ok suatu hari pasti TB buat sebab dah ada...
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 541 hits
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga l Assalamualaikum Baru baru ni Ana sekeluarga saja saja naik Genting dan bermalam di First World Hotel Ni merupakan kali kedua Ana bermalam di sini Last 10 tahun lepa...
Boeing Beri Santunan Rp 1 6 M Per Orang Ke Keluarga Korban Jt 610

Boeing Beri Santunan Rp 1 6 M Per Orang Ke Keluarga Korban Jt 610

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 271 hits
Boeing memberi santunan berupa uang sebesar USD 114 500 atau sebesar Rp 1 60 miliar per orang ke keluarga korban kecelakaan pesawat Lion Air JT 610 per orang Hal ini disampaikan oleh perwakilan pihak Boeing Co Ibrahim Senen saat pelaksanaan...
Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 542 hits
Kelemahan kaum suami hari ini masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu Tak tahu mana yang silap baru kahwin terus ada masalah rumah tangga Bila pasangan nak betulkan keadaan masing masing mula tinggi suara Akhirnya anak ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor