Resepi Kek Batik Indulgence Rasa Mewah Dark Chocholate Air Tangan Juliamasak


 Hasil beginner, best kot air tangan pertama kali buat, bahan pun senang dan rasanya lebih kurang macam coklat SR tu hahaha jimat ni buat banyak dan stok dalam peti ais, bebila boleh jamah. 
Bukan main tahun baru nak cuba resipi kek haha, kasi can lah juju mencuba ye dak? Asyik dok dalam zon selesa je, asyik terliur je tengok orang buat dan jual mana puas makan. Apa salahnya juju gigih sikit cari bahan buat kek dan mencuba. 
Pertama kali dalam seumur hidup buat kek.
Inilah kek yang menjadi juju buat dengan air tangan juju sendiri. Senang kek batik ni tak payah guna oven. Semuanya guna dapur gas untuk adunkan bahan dan sejukkan dalam peti ais selama 12 jam. 

Terus boleh potong dan ngap!
Rasanya kurang manis, semua 100% guna dark coklat dan milo sikit. Tiada sebarang gula kasar atau halus. 
Juju dapatkan resipi ni pun dalam media sosial, gabungan online seperti Youtube dan buku masakan. Jadinya apa salah kita mencuba, jadi ke idok mari tengok video dan gambar di bawah.  Bahan-bahan asas buat kek batik, bukan bahan premium, bahan biasa je. Whipping cream tu khas untuk adun layer dark coklat di atasnya. Untuk lebih rasa limpahan dark coklat. 
Bahan-bahan Kek Batik:
Biskut Marie - ikut berapa banyak bekas nak buat, satu bekas seeloknya 2 pek biskut. 
1 bar butter - juju guna salted butter senang tak payah letak garam dah
1/2 susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk milo
1/2 cawan air panas
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Topping indulgence
Whipping cream - selalunya kotak ungu di jual di pasaraya
1/2 cawan serbuk dark chocolate
1 bar dark chocolate
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter (dalam video lupa letak jadinya korang letak okey supaya hasil permukaan ada nampak kilat)

Cara buat layer pertama:
1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
2. Cairkan butter
3. Masukkan susu pekat kacau sehingga sebati.
4. Terus masukkan milo dan air panas. Kacau je.
5. Pecahkan telur, masukkan dalam adunan.
6. Yeyy masukkan esen vanila, terakhir sekali tutup api dapur.
7. Biskut marie dimasukkan sedikit demi sedikit, kacau sehingga ke semuanya sebati. Biarkan sejuk baru masuk dalam acuan dan tekan sedikit supaya padat.

Layer kedua topping:
1. Panaskan whipping cream dalam kuali.
2. Masukkan 1 bar dark coklat dan serbuk koko.
3. Esen vanila dan 1 sudu besar butter.
4. Kacau sehingga sebati, kalau nampak pekat sangat letak sikit air panas. 
5. Terus tuang adunan ni ke atas kek batik. Sejukkan terus. 

Nak senang, click je video di bawah sekali. Ada cara-cara juju tunjukkan dari A-Z.
 Dah namanya bukan bakers, apa sahaja bekas di rumah boleh buat tau. Yelah bukan guna oven so cari bekas 4 segi biasa dan juju letakkan kertas foil dalam tu. 
Tujuannya, bila di sejukkan dalam peti ais selama 12 jam kita boleh keluarkan kek batik ni mudah je. Tak melekat dekat bekas asal. Nak potong pun senang.  Berkilat sungguh hahha, dua bekas tau juju buat. Memang banyak buat, sekali buat biar buat banyak senang siapa nak makan boleh potong bila-bila masa. 
Masa ini sejukkan dulu layer pertama. Kemudian siap topping indulgence tu terus layerkan diatas kepala kek batik. Kemudian tutup bekas simpan dalam peti ais. 
Lagi sedap esok jelah korang makan haha, barulah rasanya lebih mesra dan padu ehhhh hahaha.  Serius, aku rasa pelik. Selama ini aku teringin nak buat kek, alhamdulilah tercapai wpun ia cuma kek batik haha. 
Aku potong kek aku guna pisau potong yang ada je weh, apa yang ada kak rumah aku tak add on pun beli kat kedai. Sebab aku tahu, mood nak buat kek cuma ikut mood bila teringin nak makan je baru aku buat dan cuba buat sendiri.
Ternyata tidak sia-sia kawan...Suami dan Abg Qi orang pertama juri rasa kek batik juju buat...kata mereka?"Lembutnya, sedap rasa koko tu mewah, ada chewy ala-ala cloud9 dilayer bawah sekali, tak manis sangat, just nice, sila buat lagi!!!!"
Bertalu-talu diorang makan hahahhaha Yang buat aku pelik, macam mana ada layer chewy ala-ala cloud9 di layer bawah sekali. Serius dah rupa macam 3 layer dah kek batik juju, tiber rasa eh cantiknya kek batik aku hahaha 😂😂😂

Leganya rasa di hati. Okeylah kan bagi beginner macam juju, sekali buat dah jadi. Bagi kalian yang takut nak buat kek, apa kata cuba dulu buat kek batik. Mesti jadi. 
Walaupun rupa kek juju tak komersial langsung, tapi rasanya juju rasa sendiri pun dah sedap walaupun tak guna pure butter atau bahan yang premium, syukur sangat di rasakan. Patut layer indulgence ni tebal sikit, sebab tamak nak buat 2 bekas tu nipis. Nanti lain kali nak buat tebal lah, lebihkan koko beli 2 bar hehe. 

Kebetulan semalam mertua juju datang ke rumah, langkah kanan lah juju jamu diorang rasa air tangan juju buat kek batik indulgence. Gila kan, pertama kali buat terus kau kasi mak pak mertua kau rasa, mujur lah ibu mertua cakap sedap. 👏💪
Maka berterbanganlah juju ke awan biru tak turun lagi sampai ke hari ini hahaha, selamat mencuba semua. 💋💖


Jangan lupa tekan butang subscribe Youtube Channel Julia Johari[ Klik VIDEO ]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2020/02/resepi-kek-batik-indulgence-rasa-mewah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Lapis Dua Rasa Susu

Resepi Kek Lapis Dua Rasa Susu

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1615 hits
RESEPI KEK LAPIS DUA RASA SUSUBAHAN BAHAN500gram mentega3 4gelas gula halus12biji telur1tin rendah sri kaya1tin rendah susu pekat manis200gram milo200gram horlicks1 1 2 gelas susu tepung1 1 2 gelas tepung gandumSedikit esen vanillaCARA CARA...
Resepi Air Kathira

Resepi Air Kathira

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 20237 hits
Bulan Puasa ni tak sah kalau takde air kathira bagi orang Johor kan Nah saya siap siap bagi resepi bagi yang nak mencuba ni memang popular bagi orang Negeri Johor nape nama kathira sebab air kathira ni bahan bahan terdiri dari dan terdiri d...
Guna Sumbangan Saudi Untuk Beli Jam Tangan Mewah Tak Wajar Kata Anifah

Guna Sumbangan Saudi Untuk Beli Jam Tangan Mewah Tak Wajar Kata Anifah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 273 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu adalah tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli jam tangan mewah untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sumbangan yang dikatakan daripada Ara...
Jam Tangan Mewah Dipilih Rosmah Kata Najib

Jam Tangan Mewah Dipilih Rosmah Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Jam tangan mewah bernilai RM466 330 yang dibeli Datuk Seri Najib Tun Razak The post appeared first on
Cuci Tangan Dengan Air Sabun Atau Pakai Hand Sanitizer

Cuci Tangan Dengan Air Sabun Atau Pakai Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 716 hits
Cuci Tangan Dengan Air Sabun atau Pakai Hand Sanitizer Cuci Tangan Dengan Air Sabun atau Pakai Hand Sanitizer Di waktu penularan wabak Coronavirus kini langkah mencuci tangan ialah perkara yang wajib dilakukan Hand sanitizer dapat digunakan...
Resepi Kek Lapis Kain Pelikat Atok

Resepi Kek Lapis Kain Pelikat Atok

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1667 hits
Kek Lapis Kain Pelikat Atok 500gm butter10 biji telur1 sb ovelte1 sb esen vanila1 tin besar susu pekat1 tin tinggi sri kaya200gm horlick1 pack serbuk santan300gm tepung hongkong1 sb paste pandan3 sb browing sugar kek ini sy memang tak letak...
Resepi Kek Dandy

Resepi Kek Dandy

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 2874 hits
KEK DANDYBahan 5 biji telur4 1 2 gelas tepung gandum450gm mentega1 1 2 gelas gula halus1 tin susu manisPewarna kuning kalau suka2 bungkus ceri hijau2 bungkus ceri merah 300gm kismis kuning300gm kismis hitam1 bungkus kulit limau kalau suka50...
Resepi Kek Pilih Kasih

Resepi Kek Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1660 hits
Kek legend Resepi Kek Pilih KasihBahan216 ozs Mentega 2 gelas gula halus 10 biji telur grade A1 sudu teh esen vanilla6 sudu makan milo3 sudu makan gula hitam2 1 2 gelas kacang tanah 500gram lengga yg telah diaruk or dipanaskn dikuali Tanpa ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025