Guna Sumbangan Saudi Untuk Beli Jam Tangan Mewah Tak Wajar Kata Anifah


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu adalah tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli jam tangan mewah untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sumbangan yang dikatakan daripada Arab Saudi.
Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, 67, berkata beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhubung penggunaan sumbangan yang dikatakan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
Kekal berhubung bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga serta tambah kenalan baru. Hanya di Frenzscape.com ianya percuma! Sithambaram: Beli jam tangan Chanel berharga setengah juta ringgit untuk isteri Najib, adalah penggunaan yang tidak wajar?

Loading… Anifah: Sudah tentu tidak (wajar).
Sebelum ini, dikemukakan di mahkamah bahawa Najib membelanjakan US$130,625 (RM466,330.11) di butik Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat pada 2014 untuk membeli seutas jam tangan mewah sebagai hadiah hari jadi Rosmah.
Terdahulu, semasa membacakan kenyataan saksinya, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata difahamkan Raja Abdullah tidak mahu sumbangan wang itu “disalurkan secara tidak jelas” kerana ia mungkin mendatangkan masalah dalam penyalurannya dan meletakkan wang itu dalam akaun peribadi Najib bagi membolehkan menjadikannya lebih mudah dikawal.
Anifah, yang merupakan saksi keenam pihak pembelaan, memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri ada bertanya pendapatnya tentang sumbangan kewangan dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.
“Saya beri jaminan kepada beliau bahawa ia tidak apa-apa kerana sumbangan itu untuk digunakan bagi tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan politik dan adalah menjadi amalan biasa dalam UMNO bagi presiden parti bertanggungjawab secara peribadi terhadap sebahagian besar dana politik,” katanya.
Katanya Najib memberitahunya bahawa sumbangan itu untuk tujuan CSR dan Kabinet tidak dimaklumkan berhubung sumbangan itu kerana ia merupakan sumbangan peribadi daripada Raja Abdullah kepada Najib.
Kepada soalan lain, Anifah berkata beliau tidak pernah bertemu dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa beliau memegang jawatan sebagai menteri luar.
Sebelum prosiding berakhir hari ini, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa laporan oleh seorang pakar tulisan tangan mengenai tandatangan Najib pada 13 dokumen utama SRC International Sdn Bhd akan siap pada 26 Feb.
“Pakar telah selesai memeriksa dokumen yang dipertikaikan semalam, dan boleh menyiapkan laporan itu, selewat-lewatnya pada 26 Feb. Sekiranya pakar lambat menyerahkan laporannya itu, kami akan memberikan laporan itu kepada pihak pendakwaan dalam tempoh 12 jam,” katanya.
Bagaimanapun, Sithambaram berkata, mustahil untuk pihak pendakwaan meneliti laporan itu dalam masa singkat.
Berikutan itu, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan pihak pembelaan untuk memberi maklumat terkini mengenai laporan itu pada Isnin.
Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengaturkan pegawai penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenali sebagai Nasarudin, untuk memberi keterangan pada Isnin minggu depan sebagai saksi ketujuh pihak pembelaan.
Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berhubung dengan dana SRC.
Perbicaraan bersambung Isnin.
-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/guna-sumbangan-saudi-untuk-beli-jam-tangan-mewah-tak-wajar-kata-anifah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 759 hits
Ajar anak bawa barang yang berat sebenarnya bagus untuk kawal tangan menulis dan mata membaca Memang nampak kasihan pada anak tapi kena fikir kesannya bagus untuk perkembangan otot dan otak anak Perkongsian dari Terapis Cara Kerja mengenai ...
Sajat Buat Hal Soloz Beli Kereta Mewah Azwan Ali Perang Dengan Dsv

Sajat Buat Hal Soloz Beli Kereta Mewah Azwan Ali Perang Dengan Dsv

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 1320 hits
Hi gais kali ini Ohmedia bawakan kepada korang video kompilasi ohtrending sepanjang minggu pertama Februari 2020 Sumber Oh Media
Simpan Cita Cita Nak Jadi Pilot Adik Istimewa Qalesya Mohon Sumbangan Nak Tangan Robot

Simpan Cita Cita Nak Jadi Pilot Adik Istimewa Qalesya Mohon Sumbangan Nak Tangan Robot

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 558 hits
Sebagai seorang manusia mengejar cita cita atau impian dalam hidup bagaikan sudah menjadi lumrah Ada sesetengah orang tidak terlalu mengejar cita cita dan hanya mengikut sahaja apa yang ditakdirkan Ada pula yang bersungguh sungguh berdoa da...
Pns Gaji Rp 8 Juta Punya 19 Mobil Dan Rumah Mewah Wajar Nggak Sih

Pns Gaji Rp 8 Juta Punya 19 Mobil Dan Rumah Mewah Wajar Nggak Sih

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 454 hits
Rohadi pegawai negeri sipil di Pengadilan Negeri Jakarta Utara telah divonis 7 tahun penjara terkait perkara suap Kasus ini bikin geleng geleng kepala lantaran Rohadi yang mendapat gaji Rp 8 juta per bulan bisa punya 19 mobil dan rumah mewa...
Wow Prilly Latuconsina Beli Lampu Kristal Nan Mewah Untuk Di Kamar Mandi

Wow Prilly Latuconsina Beli Lampu Kristal Nan Mewah Untuk Di Kamar Mandi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 873 hits
Prilly Latuconsina membeli lampu kristal nan mewah yang secara khusus akan ia pasang di kamar mandi pribadinya
Hidup Mewah Art Usai Curi Duit Majikan Rp4 25 M Sampai Ada Yang Beli 2 Mobil

Hidup Mewah Art Usai Curi Duit Majikan Rp4 25 M Sampai Ada Yang Beli 2 Mobil

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 298 hits
Asisten Rumah Tangga mendadak kaya raya karena telah mencuri uang miliki majikan sebesar Rp4 25 miliar
Mewah Ini Potret Rumah Meriam Bellina Yang Jarang Tersorot

Mewah Ini Potret Rumah Meriam Bellina Yang Jarang Tersorot

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 419 hits
Menjadi artis terkenal Meriam Bellina terbilang tertutup perihal kehidupan pribadi termasuk kediamannya Maka tak heran bila selama ini rumah Meriam tak pernah terekspos
Satu Kapal Mewah Dinaiki 3 700 Penumpang Kini Dikuarantin Di Jepun Akibat Koronavirus

Satu Kapal Mewah Dinaiki 3 700 Penumpang Kini Dikuarantin Di Jepun Akibat Koronavirus

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 362 hits
Sebuah kapal persiaran mewah Diamond Princess Cruises yang membawa 3 7000 penumpang kini ditempatkan di pelabuhan Jepun apabila kesemua penumpang dikuarantin di atas kapal selepas seorang daripada mereka disahkan mengalami jangkitan koronav...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri