Resepi Ikan Yang Lazat Lazat Mesti Cuba


Advertisement














Ada masalah nak cari idea untuk resepi masakan berasaskan ikan? Jangan risau. Kerana saya ada Koleksi Aneka Resepi Ikan Yang Lazat-Lazat di bawah ini yang saya ambil daripada blog-blog masakan yang terkenal. Dan gerenti lazat. Sebabnya...saya teliti bahan-bahan masakannya hampir sama dengan apa yang saya pernah guna sebelum ini...

Saya sebenarnya boleh juga memasak tetapi main campak-campak aje, itu yang 'gagal' dalam menyediakan satu resepi yang lengkap. Akhirnya buat kompilasi aje, senang nak rujuk dalam blog sendiri. Kan? Bagi yang nak cari idea memasak ikan, cuba cari dari koleksi resepi berasaskan ikan yang saya kongsikan ini.

 
1) Ikan Siakap Kukus Halia
Resepi pertama yang saya nak kongsi dan korang pun boleh buat semudah beberapa minit aje adalah Resepi Ikan Siakap Kukus Halia. Ikan siakap adalah antara ikan kegemaran saya dan keluarga. Tekstur isinya yang lembut amat sesuai untuk masakan stim/kukus. Lagipun ikan siakap sesuai untuk wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Sekarang pun dah mudah nak dapatkan ikan siakap. Resepi Ikan Siakap Kukus Halia ini saya ambil daripada blog masakan Sinar Kehidupanku kelolaan Ms Yatie. 




Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci halia – di hiris halus
3 biji bawang merah – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
10 biji cili padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
2-5 cendawan shitake – di hiris halus
1 biji air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

1) Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2) Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3) Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4) Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.


2. Resepi Asam Pedas Ikan Merah 
Ha! Yang kedua lagi best, asam pedas ikan merah. Resepi ringkas tetapi gerenti sedap ini saya ambil dan cedok dari blog Amie's Little Kitchen. Asam pedas adalah masakan terkenal orang Johor dan ada banyak cara dan versi memasaknya. Namun yang membuatkan sesuatu rasa asam pedas itu naik dan rasa asli adalah kerana serai dan asam jawanya! Tak caya? Cuba buat tanpa dua benda ni, memang jadi lain..hihi





Bahan-bahan:
5 keping ikan merah
10 biji kacang bendi - potong bahagian tampuk dan ekor
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:
30 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
5cm kunyit hidup
sedikit belacan


Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, bunga kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan merah dan biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah lembut
4. Masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan


3) Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Padi 
Resepi yang ketiga yang nak dikongsikan dalam koleksi aneka resepi ikan adalah Resepi ikan cencaru masak lemak cili padi. Resepi ini pun saya selalu buat tetapi kali ini saya ambil dari dapur resepi anak bapak yang kelihatan unik sedikit. Apa yang unik? Santannya datang daripada kelapa yang diparut bersama-sama bahan-bahan sampingan lain. Agak berlainan kerana biasanya kita ambil santan kelapa sahaja, tetapi resepi anak bapak guna sekali dengan kelapa parut tersebut. 
Jika nak lebih kaw...masukkan sepotong atau dua potong nenas, ikut suka. Ada masam-masam manis rasa nenas tersebut. Cuba lah! - yang ini saya tambah..hihi



Bahan-bahan:

3 ekor ikan caru disiat kulit (bakar separuh masak dan buang kulit)
1/2 biji kelapa (santan)
Setangkai serai (dititik)
2-3 daun limau purut
Garam secukup rasa


- Kisar semua bahan2 bawah ni -

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
2 biji buah keras
15-20 tangkai cili padi
2-3 keping daun limau purut
Kelapa parut - dalam segenggam atau lebih (ikut citarasa)

Cara-cara:

1) Panaskan periuk & tumis semua bahan-bahan kisar. Masukkan serai, daun limau dan tumis sampai naik minyak serta bau.

2) Masukkan santan & ikan biar sampai mendidih dan masak.. sedia untuk dihidang.

~ Kalau diperhatikan, antara bahan kisaran yang digunakan ialah kelapa parut dan dikisar bersama (bukan kelapa kerisik ataupun kelapa goreng) ada kelainan sedikit dengan resepi ni.. kuahnya pun likat dan pekat. selamat mencuba ;)


4) Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis  
Ikan bawal boleh tahan juga mahalnya. Terutamanya ikan bawal putih. Namun itu semua bukan jadi persoalan jika kita tahu memasaknya dan menghasilkan rasa yang lazat. Resepi ikan bawal masak masam manis di bawah ini saya ambil daripada blogger masakan terkenal iaitu En Mat Gebu!






BAHAN-BAHANNYA:

2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA:

1) Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.
4) Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
5) Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6) Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
7) Siap untuk dihidangkan.


5) Resepi Ikan Keli Goreng Berlada 
Seterusnya koleksi aneka resepi ikan saya kongsikan resepi yang amat mudah! Sesiapa pun boleh mencubanya terutamanya bagi newbie...iaitu resepi ikan keli goreng berlada. Jika anda tak makan ikan keli, tukarlah kepada ikan selar kuning atau ikan kembung pun boleh. Hihi..

Resepi ikan keli goreng berlada yang lazat ni saya ambil daripada website Karangkraf. Mungkin resepinya nampak mudah, kalau rasa nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Tak ada masalah pun..






Bahan-bahannya:

1 ekor ikan keli       } dibersihkan lalu digaul dengan serbuk kunyit dan garam
20 tangkai cili padi } dikisar
Garam
Gula
Minyak

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan goreng ikan keli yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan
2) Tumis cili api kisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan gula. Ikut cita rasa dan kacau sehingga masak sepenuhnya.
3) Setelah itu, siramkan bahan tumis tadi ke atas ikan keli goreng.


Selamat mencuba! Kalau suka boleh salin dan sebarkan..
Sebarkan Bahagia:Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/01/koleksi-aneka-resepi-ikan-yang-lazat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Goreng Kerabu Serunding Ikan

Resepi Nasi Goreng Kerabu Serunding Ikan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 295 hits
Nasi kerabu antara menu kesukaan kak ana sekeluarga dan kalau di kediaman kami ni ada 3 pilihan kedai makan nasi kerabu yang paling premium laa nasi kerabu original pantai timur yang kami selalu pii makan Gerai Mee Kuoh Udey di Batu 16 Rawa...
Ikan Celup Tepung Resepi Gerenti Rangup Dan Cantik Kerak Tepungnya

Ikan Celup Tepung Resepi Gerenti Rangup Dan Cantik Kerak Tepungnya

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 146 hits
Aneka hidupan laut yang digoreng celup tepung antara yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung terutamanya di pantai Timur Ikan sotong dan udang sering dijadikan menu utama goreng celup tepung yang sedap dinikmati bersama sos coleknya Ra...
Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

Resepi Ikan Bakar Sedap Dengan Bahan Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum Baru puasa ke 3 SA dah takde idea nak masak apa untuk berbuka jalan jalan kat FB tadi ternampak rezepi ni plak selalu buat ikan bakar kosong aje kan why not cuba buat ikan bakar cara ni plak aduhai tengok gambar ikan bakar n...
Kongsi Resepi Ikan Belimbing Berlado Sheila Rusly Diminta Kembalikan Ketuk Ketuk Ramadan

Kongsi Resepi Ikan Belimbing Berlado Sheila Rusly Diminta Kembalikan Ketuk Ketuk Ramadan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 287 hits
Pelakon dan penerbit Sheila Rusly sangat sinonim dikalangan peminat dalam segmen masakan terutama pada bulan puasa di mana ramai ternanti akan program Ketuk Ketuk Ramadan Pelbagai resepi masakan dikongsikan kepada para penonton pada tepat j...
Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 225 hits
Kuala Lumpur Faktor kekurangan mendadak bakalan di pasaran menyebabkan harga beberapa sayur sayuran yang dijual di pasar raya tempatan naik sehingga 100 peratus Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia Mohd Afiq Salim berkata tinjauan pi...
Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

Kalau Dah Jumpa Di Mahkamah Mesti Aku Saman Kau La Syamsul Yusof Nak Settle Dengan Farid Kamil Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 237 hits
Dua minggu lalu pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya Syamsul Yusof sekitar 2020 yang menjadi antara punca dia keluar daripada rumah nbsp Serentak dengan pendedahan itu pelakon Farid Kamil pula tampil mendedahkan...
Lu Dengan Family Mesti Mati Pengarah Filem Mentega Terbang Diugut Bunuh Kereta Disimbah Cat

Lu Dengan Family Mesti Mati Pengarah Filem Mentega Terbang Diugut Bunuh Kereta Disimbah Cat

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 210 hits
Baru baru ini filem Mentega Terbang arahan Khairi Anwar mengundang kontroversi apabila ada dakwaan mengatakan filem tersebut menghina Islam Filem tersebut dikatakan telah menghina Islam apabila terdapat dialog yang memaparkan watak individu...
Mesti Dendam Lagi Pada Anwar Ya Laaaa Atok Awat Lagu Tu Tukaq Sana Sini

Mesti Dendam Lagi Pada Anwar Ya Laaaa Atok Awat Lagu Tu Tukaq Sana Sini

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 151 hits
PAWANG SOODDulu masa langkah Sheraton berselindung konon bermusuhan Sekarang sendiri ia terbuka Game atok ni dah pakat boleh baca
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa